Sunday 27 August 2017


Perkawinan menurut islam.
Marriage or marriage by language is gathered and mixed. According to Islamic terminology it is Ijab and Qabul ('aqad) to legalize sex between men and women uttered by words indicating marriage, according to the rules prescribed by Islam. The word zawaj is used in the Quran means the couple in their use of this word means the marriage of God S.W.T made people in pairs, to legalize marriage and forbids adultery.
Pada 27-8-2017 satu majlis walilmatulurus telah diadakan dirumah ahsaari iaitu seorang kaki tangan kerajaan yg bekerja di JPS negeri Terengganu.Majlis ini diadakan kerana meraikan perkawinan anak perempuan nya iaitu Nor Syarwana.Majlis walimatulurus ini telah dibuat secara gotong royong yg melibatkan semua penduduk kampung.Seperti Majlis perkawinan yang lain majlis dimulai dengan majlis akad nikah dan kenduri kawin.Akad nikah telah disempurnakan pada 26-8-2017 dirumah pengantin perempuan pada pukul 10.00 malam..Dengan sekali lafaz maka sah lah perkawinan itu.
Pengantin perempuan bekerja sebagai jururawat disebuah hospital diIbu negara Kuala Lumpur sementara pengantin lelaki bekerja sebagai juru teknik eletrik juga di ibu negara..Pengantin lelaki berasal dari kedah sementara pengantin perempuan memang salah seorang penduduk kampung bukit gemuroh.

Seperti biasa majlis kenduri kawin bermula diawal pagi dengan bergotong royong menyediakan lauk pauk seperti gulai daging kawah dan sayur2an.Diawal pagi juga gotong royong menyiang daging dan penyediaan lauk pauk lain..Dua ekor lembu telah disediakan dalam majlis ini.Dua ekur lembu menerbitkan enam kawah gulai daging bererti jemputan kenduri kawin lebih dari dua ribu orang..
Majlis makan bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang,sementara itu rombongan pengantin lelaki tiba pada pukul 1.30 tengah hari  diiringi  dengan bacaan doa.Pukul 2.00 petang majlis makan dengan kedua2 belah pengantin disertai dengan ahli rombongan.Rombongan pengantin lelaki telah bersurai pada pukul 3.00 petang.Pengantin lelaki ditinggalkan untuk basuh periuk,hahahahaha... 
Majlis sebenar2nya tamat pada pukul 5.00 petang...

JKKK Kg bukit gemuroh dan admin blog jkkk kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kapada kedua2 mempelai.iaitu Nor Syarwana bt shaari dan Emy Sharizan bin Ismail..Semoga perkawinan ini kekal selama nya.Didoakan semoga perkawinan ini diberkati..INSHAA ALLAH
Menu..
1)Daging kawah sebanyak enam kawah.
2)Sayur umbut sekawah
3)Acar,Sambal belacan,ikan kering.Ulam2an.

Lain2.
Bubur Kacang..
Catitan.Maaf kalau penceritaan tak bagus..















0 comments :

Post a Comment