Saturday 20 May 2017

Ucapan pengerusi jkkk

Gotong royong perdana dinamakan sebegitu rupa kerana melibatkan banyak pihak dan penyertaan ramai orang,penyertaan bukan sekadar penduduk kampung tetapi melibatkan kumpulan lain yang mengambil bahagian,Kumpulan lain yang dimaksudkan ialah dari agensi kerajaan dan melibatkan orang penting dalam komuniti.Gotong royong perdana yang diadakan dikampung bukit gemuroh telah diadakan pada 20-5-2017.
Tempat berkumpul

Acara dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan pengerusi jkkk kampung bukit gemuroh dan ucapan dari tuan pegawai daerah sebagai perasmi gotong royong perdana 2017.Sebenarnya gotong royong perdana 2017 boleh dikatakan ada dua peringkat,peringkat pertama ialah lawatan tuan pegawai daerah ketempat tertentu seperti yang ada dalam minit mesyuarat jkkk kampung bukit gemuroh.Tempat2 tertentu yang dimaksudkan ialah.
Kawasan perkuburan
Kawasan nyiur mantaq
Kawasan kritikal
Tempat Gotong royong..

Semua tempat yang disebut diatas tuan pegawai daerah telah berkunjung serta bertanya masalah yang ada ditempat yang dilawati.


Makan pagi melibatkan semua,termasuk rombongan Tuan pegawai daerah,Hidangan merupakan nasi kebuli,Lauk ayam goreng,Gulai ayam,Ayam masak merah dan ikan kering.Nasi kebuli biasanya dimakan dengan ikan kering goreng sahaja,oleh kerana melibatkan tetamu maka lauk nya dipelbagaikan

Peringkat kedua melibatkan orang ramai,Gotong Royong yang dijalankan merupakan penebangan pokok besar ditepi jalan,Menyiapkan bangunan masjid,Membersihkan kawasan masjid,Menyiapkan wakaf,Bersih kawasan perkuburan,Menebas kawasan semak,Makeup pokok hiasan tepi jalan dan kaum pertempuan bergotong royong masak makanan dan minuman :).

 Gotong royong bermula pada pukul 9 pagi dan berakhi pada pukul 12.00 tengah hari
Tuan pegawai daerah mengunakan basikal sahaja untuk kesatu-satu tempat yang dilawati,Diiringi oleh ahli rombongannya.


Tuan pegawai daerah memulakan gotong royong dengan mengerat dahan pokok untuk memudahkan kerja.

Dikawasan tanah perkuburan

Diprojek kelapa mantaq dan diberi penerangan oleh pengerusi jkkk kampung bukit gemuroh.

Gambar-gambar kat bawah ialah gambar disekitar gotong royong perdana 2017.


















0 comments :

Post a Comment