Tuesday 7 October 2014



(CERITA INI TELAH DICERITAKAN KAPADA AKU OLEH MOHAMAD ABDULLAH,AKU TAK TAU SAMA ADA BETUL KE DAK,IKUT AKAL MEMANG TAK LOJIK,TAPI BACA JE CERITA NI)

BUKIT LANGKAT


Pada tahun 1930 an,Ayah arwah yunus bin itam (pok nuh),orang panggil tok bomoh itam,memang dia seorang bomoh,sangat terkenal dimasa itu,Tok bomoh itam telah bertanam padi huma dibukit langkat.

Suatu hari dia berehat di dangau,kerana terlalu penat dia tertidur,dalam tidur nya dia telah bermimpi berjumpa dengan puteri bunian,puteri tersebut telah berkata,"kami nak berkawan dengan awak kerana awak orang baik",lalu puteri bunian telah berpesan,kalau nak berjumpa dengan kami,pakai lah kopiah yang terletak diatas sebuah batu dan dibawah pokok pula,(macam cerita star gate jugak ar) Puteri tersebut telah hilang dari pandangan dan tok bomoh itam telah terjaga dari tidur nya,tok bomoh itam telah mencari kopiah yang diceritakan oleh puteri bunian seperti didalam mimpi nya tadi,setelah terjumpa dengan kopiah yang diceritakan,tok bomoh itam terus memakai nya,Bila saja dia memakai kopiah  tersebut tok bomoh itam telah nampak sebatang jalan dan dia terus mengikut jalan tersebut dan telah terjumpa dengan sebuah kampung yang indah,kampung tersebut ialah kampung orang bunian...Tok bomoh itam telah nampak semua kampung halaman ayam itik,kerbau lembu dan tok bomoh itam telah berjumpa dengan mak dan ayah puteri bunian Setelah beberapa lama berulang alik dan bercinta dengan puteri bunian,keluarga puteri bunian telah bersetuju untuk kahwin kan tok bomoh itam dengan puteri bunian,Dimasa itu Tok bomoh itam dah ada anak dikampung iaitu yunus bin itam (pok nuh)

(Untuk pengetahuan, tok bomoh itam tinggal dikampung bukit gemuroh,mereka telah pindah kekampung kuala menjing akhir tahun 60an)
Orang bunian telah berpesan kapada bomoh itam:“kisah di bukit langkat jangan bawak ke kampung,kalau nak kekampung dibukit langkat,pakai kopiah yang di bagi,bila nak balik kampung,cabut kopiah dan simpan ditempat yang selamat"..

Selang beberapa bulan kemudiannya mereka dikahwinkan,di masa itu orang bukit langkat buat kenduri besar (perkampungan bunian)Ramai dari penduduk kampung bukit gemuroh yang kena jemput kenduri kawin tersebut.Penduduk kampung bukit gemuroh menghadiri majlis tersebut macam kenduri biasa,Perkampung yang mereka lihat serupa dengan kampung2 melayu yang lain,Riuh rendah kenduri macam kenduri dikampung2 melayu yang biasa,Ada tempat memasak,ada tempat untuk makan,riuh rendah budak2 dan sebagainya.Selain dari jemputan biasa penduduk kampung bukit gemuroh juga di jemput untuk memeriahkan lagi perkawinan tok bomo itam,Jemputan untuk berdikir rebana besar memenuhi acara pada malam perkawinan tok bomo itam dan puteri bunian.Pasukan berdikir rebana besar telah diketuai oleh tok mezah,(tok mezah ialah tok ki kpd ketua pemuda umno kg bukit gemuroh sekarang)dan tok pahang (Tok Pahang ialah ayah tiri kapada Ghani Abu Bakar,Sidik Abu Bakar dan Halimah hitam.Tok pahang telah meninggal dunia di Makah) Dikatakan jemputan untuk berdikir rebana besar hanya berdikir sebelum subuh sahaja dan pihak tuan rumah berjanji untuk memberitahu masa untuk berhenti berdikir tapi pihak tuan rumah terlupa untuk mengingatkan  jemputan berdikir rebana besar kerana terlalu asyik mendengar alunan keasyikan yang dibawa oleh para jemputan dari kampung bukit gemuroh,Oleh kerana terjadi peristiwa lupa tersebut pasukan berdikir telah berdikir sehingga larut ke waktu subuh,Oleh kerana hari dah siang mereka telah dijumpai oleh pasukan pencari dari kampung bukit gemuroh, sedang asyik berdikir diatas pokok ara besar di bukit langkat.(Waktu sebelum subuh yang dijanjikan oleh tuan rumah ialah masa yang sesuai untuk berhenti berdikir dan kejadian berdikir diatas pokok ara tidak akan terjadi.)

Pada masa perkahwinan tok bomo itam telah terjadi perkara yang tak diingini,Semua hasil padi tak menjadi kerana padi telah diambil oleh penduduk kampung bukit langkat untuk dibuat kenduri kahwin tok bomo itam dan puteri bunian dan telah masuk kedalam mimpi penduduk kampung bukit gemuroh, penduduk kampung bukit langkat telah meminta maaf tentang kejadian tersebut dan kejadian berebana diatas pokok ara...

Walau macam mana pun penduduk kampung bukit gemuroh yang menerima jemputan kawin dari penduduk bukit langkat, tidak tahu siapa yang berkawin,mereka menghadiri jemputan sahaja tanpa tahu siapa kah yang berkawin,

Setelah berkawin dengan puteri bunian, tok bomoh itam sentiasa berulang alik ke bukit langkat dengan memakai kopiah nya dan menyimpan kopiah tersebut setelah pulang kekampung. Dikampung tok bomo itam mempunyai isteri dan anak dan di bukit langkat tok bomo itam mempunyai isteri muda nya, puteri bunian.(untung ar dia).Beberapa bulan kemudian nya puteri bunian telah pun mengandung hasil perkawinan nya dengan tok bomoh itam dan berita gembira itu disampaikan kapada tok bomoh itam,Oleh kerana terlalu gembira tok bomo itam telah terlepas cakap kapada penduduk kampung tentang perkawinan nya dengan puteri bunian kerana terlalu gembira menerima berita isteri bunian nya mengandung.Oleh kerana pesanan orang bunian,"yang dibukit jangan bawak ke kampung,"tok bomoh itam dah langgar,kopiah yang menjadi kunci untuk berjumpa dengan orang bunian telah diambil balik oleh orang bunian,Sejak itu tok bomoh itam telah menjadi sasau kerana mengenangkan puteri bunian dan anak yang dalam kandungan puteri.Sejak itu tok bomoh itam tak dapat lagi berjumpa dengan isteri nya.Tok Bomoh itam telah berpesan kapada anak nya iaitu yunus itam (pok nuh) untuk mencari adik nya,Tok bomoh itam dalam keadaan kurang waras nya sehingga meninggal dunia.
TAMAT
(Sejak itu pok nuh sentiasa berulang alik ke bukit langkat,Arwah telah membuka tanah disitu dan dikatakan juga arwah ingin bertemu dengan adik nya.Tak diketahui arwah berjumpa atau tidak,ada yang kata arwah pernah berjumpa dengan adik nya seorang lelaki,kalau arwah berjumpa memang boleh dipertikaikan kerana arwah tak pernah pakai kopiah atau pun kalau ada kopiah tersebut adakah puteri bunian telah baik hati memberi kopiah tersebut,baik hati benar puteri bunian,suami sendiri marah bagai nak rak tiba2 dengan anak tiri nya dia jadi baik,macam tak lojik jer,kikikikiki)

1 comment :