Saturday 25 August 2018

Satu majlis menyambut menantu telah diadakan dirumah saudara Haji Arifin bin Mamat dan Hajjah Esah bt Mamat.Majlis menyambut menantu ini  telah adakan pada 25-8-2018.Majlis ini diadakan kerana perkawinan anak lelaki mereka iaitu Mohd Sabri Bin Arifin
memang padan...muka sama-sama bulat dah..

Pengantin lelaki,Sabri bin arifin merupakan penduduk kampung Bukit Gemuroh dan bekerja dijabatan kerja raya marang, Terengganu sementara pengantin perempuan iaitu Rosaliza bt Abdul Rassid berasal dari kampung padang setengge dan bekerja dijabatan pengangkut jalan (JPJ) di kuala Terengganu.Mereka berdua telah dinikahkan pada 17-8-2018 dikampung padang setengge....

Acara majlis bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang..Kenduri kawin ini telah diadakan secara gotong royong dan melibatkan ramai dari penduduk kampung.Majlis menyambut menantu ini dipimpin oleh saudara Mohamad Abdullah atau Mat Diana selaku juru acara majlis.Pengantin perempuan telah tiba pada pukul 1.00 tengah hari dan rombongan pengantin telah besurai pada pukul 3.00 petang,Sekian 

Menu..
Nasi putih
Nasi beriani
Gulai Kawah-6 kawah
Sayur2an
Buah2an tempatan
Aiskrim
Bubur Kacang..

Admin dan penduduk kampung bukit Gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kpd kedua2 mempelai Sabri dan Rosaliza..Semoga perkawinan ini diberkati Oleh ALLAH..Amin



Gambar disekitar perkawinan sabri dan rosaliza>>>>>







 



Antara yang paling glemer..>>>>





Saturday 18 August 2018

Satu majlis walimatulurus telah diadakan dirumah saudara saroji bin Cek junuh dan (isteri saroji admin dok ingat nama tp kat kampung orang panggil dengan nama semek jie,Malas nak gi tya,klu buka senarai daftar undi mmg tau pun,huhuhu)  telah dilansungkan pada 18-8-2018.Majlis ini diadakan kerana perkawinan anak perempuan mereka iaitu Nur Shahira bt saroji...

Pengantin lelaki,Anuar bin Mohd Noor berasal dari kampung butut kuala berang dan bekerja dipejabat tanah sementara pengantin perempuan masih belajar di universiti tempatan,(Nok nikoh sangat2 doh)..Akad nikah telah disempurnakan pada 18-8-2018 pukul 10 pagi dirumah pengantin perempuan..

Acara majlis bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang..Kenduri kawin ini telah diadakan secara catering dan tak melibatkan ramai dari penduduk kampung..Walau mcm mana pun tuan rumah serta jiran dan adik beradik telah berpakat untuk bergotong royong sesama mereka memasak beberapa jenis lauk lagi yg berupa masak sayuran dan gulai ayam..

Menu..
Admin dok tau apa masakan yang disediakan oleh catering,sbb admin dok gi makan,Oleh itu menu nya mungkin menjadi misteri,huhuhuhu...
Admin mengucapkan selamat pengantin baru kapada dua mempelai,semoga perkahwinan ini diberkati..Penduduk kampung serta ajk kampung juga mendoakan kedua mempelai,semoga perkawinan ini berkekalan..



Satu majlis walimatulurus telah diadakan dirumah saudara hassan bin mohamad dan Arniza bt mukhtar telah dilansungkan pada 18-8-2018.Majlis ini diadakan kerana perkawinan anak perempuan mereka iaitu Nurul Akalily bt hassan 
Pengantin lelaki berasal dari kampung gaung kuala berang dan bekerja dipejabat daerah hulu terengganu sementara pengantin perempuan bekerja sebagai dipusat jualan..Akad nikah telah disempurnakan pada 17-8-2018 pukul 10 mlm dimasjid kampung bukit gemuroh...
Acara majlisbermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang..Kenduri kawin ini telah diadakan dengan cara bergotong royong oleh penduduk kampung..Majlis kenduri kawin dirumah hasan bin mohamad telah dipimpin oleh juru acara majlis iaitu saudara wan fazrullah..
Menu..
Nasi putih
Gulai kawah
Sayur2an
Bubur
Aiscream...
Selamat pengantin baru kapada kedua2 mempelai,semoga kekal abadi hendak nya...




Monday 18 June 2018

Pada 16-6-2018 satu majlis sambutan hariraya bersama perantau telah diadakan dan  dianjurkan oleh perantau2 dari kg  bukit Gemuroh.Majlis sambutan hari raya ini ini melibatkan oleh semua penduduk kampung.Lebih kurang 200 orang perantau telah hadir didalam program ini.perantau yang dimaksudkan ialah penduduk asal dari kampung bukit gemuroh yg telah berkawin diluar dari kampung dan individu yang berkerja diluar dari kampung.Diluar dari kampung bukan sekadar yang berkerja dihujung  negara seperti johor,kuala lumpur kedah dan perlis tetapi mereka2 yang hanya berkerja diluar dari daerah kampung pun dikira sebagai perantau.Perantau yg dimaksudkan ialah mereka2 yang tak tinggal dikampung.Objektif program ini ialah untuk mengerat kan hubungan silaturahim dan untuk mengenali antara satu dengan yg lain khususnya bersama perantau sendiri dan am nya kapada penduduk kampung sendiri.

Group perantau ini hanya ditubuhkan melalui aplikasi whatsapp sahaja sehingga berkembang menjadi group yg dikenali oleh perantau sendiri dan penduduk kampung,Group ini telah ditubuhkan sejak tiga tahun yang lalu oleh Shafari Sidek seorang perantau yang berkerja diselangor.Sejak dari itu group perantau telah berkembang biak...

Aturcara majlis:
1) Ucapan pengerusi majlis-Shahru Sidek
2) Ucapan penaung---Mohamad Abdullah
3) Ucapan pengerusi group perantau- Shafari Sidek
4) Ucapan Wakil kampung bukit gemuroh.-Rashid Ismail
5) Ucapan wakil Perantau..-Nawang
6) Pemberian Duit hari raya kapada warga mas dan kanak2.
7) Demostrasi buat emping dan laksa kampung
8) Jamuan..
9) Bersurai...

Kerangan aturcara majlis..
Pengerusi majlis telah mengalu2kan kedatangan perantau dan penduduk kampung kerana menjayakan program yg dianjurkan.Begitu juga dengan ucapan penaung group perantau iaitu Mohamad abdullah,beliau mengharapkan program ini dapat diadakan pada setiap tahun..Ucapan pengerusi Group perantau iaitu Shafari sidek berkisar kapada tertubuhnya group perantau..Ucapan wakil kampung iaitu Rashid Ismail berkisar kapada silatulrahim antara penduduk dan perantau,Beliau mengalu2kan kedatangan perantau untuk menjayakan program yang sudah diatur..Ucapan wakil perantau berkisar kapada penting nya hubungan sesama kita supaya dapat mengenali antara satu dengan yg lain..

Pemberian duit raya merupakan sesuatu yang patut dipuji kerana kos telah ditanggung oleh perantau sendiri,Sesuatu yang agak payah untuk program pemberian ini tetapi atas maufakat antara perantau pemberian duit raya telah diberikan kapada yang sepatutnya..Seramai 20 orang penerima telah menerima duit raya yang terdiri dari yang sakit dan warga mas..Seramai 60 orang kanak2 yang hadir diprogram ini yg berumur bawah 12 tahun juga menerima pemberian duit raya masing2Semoga dimasa hadapan pemberian duit raya kapada yang sakit serta warga emas dan kanak2 dapat digandakan lagi,hehehehehe...

Demostrasi menumbuk emping dan buat laksa cara kampung telah mendapat sambutan yg luar biasa kerana ramai dari mereka yg hadir telah mencuba untuk mengendalikan pembuatan laksa kampung dan acara buat emping,Ramai dari kalangan yang hadir bergedik giler untuk mencuba..

Menu jamuan makan ialah kueh mueh seperti tepong gomak,puteri mandi,kek2,biskut,selain itu nasi beryani,laksa kampung,laksa penang,nasi dagang dan macam2 ada..


Kesimpulan nya....boleh dikatakan program ini sangat berjaya berdasarkan dari kedatangan dan sambutan penduduk kampung.Mungkin ada cacat cela yg boleh dibaiki untuk masa depan.Dari cakap2 oleh ramai peserta bahawa program ini patut diadakan pada setiap tahun.Ramai juga yg merasa sangat terharu dengan majlis ini kerana dapat mendekkatkan antara yg tak kenal antara kaum kerabat sendiri dan merasai acara yg disediakan terutama pembuatan laksa kampung dan acara tumbuk emping.Sekian

URUS SETIA





DEMOSTRASI TUMBUK EMPING>>>




BUAT LAKSA KAMPUNG






YANG HADIR
















PENERIMA SUMBANGAN