Friday 24 February 2017

Pada 25-2-2017 satu majlis Walimatulurus telah diadakan dirumah Ali Abdul Rahman dan NorAzizan bt Mat Amin.. Majlis ini diadakan kerana meraikan perkawinan anak perempuan mereka iaitu Fatin Fasihah bt sulong dan Mohd  Fazli bin Mohd Nor

Pengantin lelaki berasal dari kampung kuala por dan berkerja sendiri dalam peniagaan bengkel,Pengantin perempuan seorang lulusan universiti tempatan dan menjalankan perniagaan butik.

Seperti biasa gotong royong diadakan dengan disertai oleh kaum lelaki dan kaum ibu serta budak2 yang memeriahkan majlis.Majlis kawin dirumah seorang yang disegani oleh penduduk kampung dan kerja gotong royong yang dijalankan tidak bermasalah langsung kerana ramai yang hadir untuk menjayakan majlis.Dibuat seawal pagi,pada pukul 7.30 dengan menyembelih lembu dan menyiang daging diwakaf kampung bukit gemuroh,Wakaf yang dibina ditepi sungai,khas untuk tujuan menyiang daging bagi penduduk kampung bukit gemuroh untuk kemudahan berkenduri kendara.

Dua ekor lembu telah tumbang pada majlis ini,Boleh dikatakan majlis kawin ini dibuat secara besar2an kerana jemputan bersurat sahaja seramai 2 ribu surat.Jemputan penduduk kampung dan waris2 terdekat merupakan jemputan secara tradisional iaitu dijemput dari rumah kerumah.
Majlis makan bermula 11.00 pagi hingga pukul 5.00 petang


Menu..
    1) Gulai daging tujuh kawah
    2) Ayam masak merah dua kawah 
    3) Sayur nangka sekawah
    4) Kerabu pucuk paku,Sayuran
    5) Ikan kering baik punya
    6) Sambal belacan sebesen
    7)  Bubur kacang sekawah
  
   

Semoga perkawinan ini bahagia sampai beranak dan bercucu,bahagia sampai akhir..(Jangan kata sajer jer.lautan api sangup direnangi)

JKKK kampung bukit gemuroh mengucapkam selamat pengatin baru kapada kedua2 mempelai.Semoga perkawinan ini mendapat berkat..

Majlis berakhir pada pukul 5 petang..



Tujuan perkahwinan
Salah satu dari tujuan dari pernikahan menurut Islam adalah untuk menjaga diri dari perbuatan maksiat. Seperti yang diketahui, pada saat ini banyak anak muda yang menjalin hubungan yang tidak diperbolehkan di dalam Islam yakni dengan berpacaran. Hubungan yang demikian ini menjadi ladang dosa bagi mereka yang menjalaninya karena dapat menimbulkan nafsu antara satu dengan lainnya. Nafsu syahwat merupakan fitrah yang ada dalam diri manusia. Untuk menjaga diri dari perbuatan maksiat, maka mereka yang telah mampu dianjurkan untuk menikah. Namun jika belum mampu, maka hendaknya berpuasa untuk mengendalikan diri.

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para pemuda, barang siapa dari kamu telah mampu memikul tanggul jawab keluarga, hendaknya segera menikah, karena dengan pernikahan engkau lebih mampu untuk menundukkan pandangan dan menjaga kemaluanmu. Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaknya ia berpuasa, karena puasa itu dapat mengendalikan dorongan seksualnya.” (Muttafaqun ‘alaih)









Saturday 18 February 2017

Pada 18-2-2017 belia 4b kampung bukit gemuroh serta jkk kampung bukit gemuroh telah menganjurkan satu program memancing tertutup disungai kampung bukit gemuroh.Tempat pertandingan dibuat antara pengkalan masjid sehingga pengkalan hilir (orang bukit gemuroh mesti tau).Seramai 50 orang peserta telah mengambil bahagian.Peserta terdiri dari kanak2 sehingga orang dewasa.Masa pertandingan dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari..
Program ini telah mendapat sambutan dari penduduk kampung,terutamanya golongan belia dan kanak2.Sedikit mencacatkan program kerana keadaan cuaca yang tak mengizinkan,Dari pagi hujan sederhana telah turun sehingga tengah hari.alhamdulillah,hujan rahmat..



Selain itu program yang diadakan bermaksud untuk mengeratkan antara penduduk nya.Pada majlis itu diadakan jamuan makan tengah hari bersama dengan penduduk nya.Makan tengah hari berlaukkan sayur2 kampung serta ikan panggang yang dicicah dengan budu huuuuu...

Pemyampaian hadiah dan pemenang cabutan nombor bertuah telah disempurnakan oleh pengerusi jkk kampung bukit gemuroh iaitu En Abdul Rashid Ismail

Hadiah.
1) ramle Ismail
2) mat alif
3) Amirudin
4) Ahmad izaudin.
5) Mat yoe.
6) naqib Amran
7) Adib..
8) denish..

Katagori ikan kecik telah dimenangi oleh muzakir..
Katagori ikan speciel telah dimenangi oleh..ramadan

Majlis bersurai pada pukul 2.00 petang.

Gambar-gambar



gambar ni bahagian mengail..



Gambar ni bahagian hadiah dan cabutan nombor bertuah





bahagian masak memasak



Lauk pauk



Gambar ni bahagian makan.Bahagian makan ni plk,bkn setakat makan tapi bedal terus..

Saturday 4 February 2017

Pada 4-2-2017 satu majlis walimatulurus telah diadakan dirumah saudara saffie bin mamat dan Siti Zaharah bt husin kerana meraikan perkawinan anak perempuan mereka iaitu Shafira Idha bt Saffie.Puteri kesayangan mereka telah dinikahkan pada pukul 11.00 pagi,4-1-2017 dimasjid kampung bukit gemuroh dengan Hanafi bin Abdul Samat.Pengantin perempuan seorang lepasan universiti tempatan dan pengantin lelaki yang berasal dari dari kampung Mahkota,batu cave,Selangor bekerja sebagai jurutera komputer.
Majlis kali ini diadakan  berbeza sedikit dengan majlis walimatulurus yang lain.Pada kebiasaan nya majlis walimatulurus dibuat secara bergotong royong yang melibatkan orang kampung dan jiran tetangga serta keluarga terdekat tetapi majlis pada kali ini tuan rumah telah mencubanya secara catering.Mungkin juga tuan rumah ingin membuat penilaian tentang untung dan rugi.Mungkin juga tuan rumah tak ingin menyusahkan jiran tetangga yg melibatkan keluarganya,Jadi kekallah majlis walimatulurus yang dibuat dirumah saudara saffie tidak melibatkan penduduk kampung.

Majlis bermula pada pukul 11.00 pagi dengan jemputan datang ke majlis yang diadakan,Pengantin lelaki bersama rombongannya telah tiba pada pukul 2.00 petang.Diteruskan dengan istiadat bersanding dan makan beradat serta beberapa acara yang lain(?) Majlis telah dikendalikan oleh DJ yang bertugas yang telah ditempah khas...
Oleh kerana kenduri dibuat dalam bentuk baru tanpa peryertaan penduduk kampung,kenduri dirasa kurang meriah dari satu sudut tapi dari sudut yang lain kemeriahan nya memang terasa terutama aturcara yang disebut diatas,Majlis kenduri tamat pada pukul 5.00 petang.

Menu.
1) nasi puteh dan nasi minyak
2) Gulai kawah.
3) Ayam masak merah
4) Sayur2
5) sambal belacan,.
6) ikan kering best punya
Manis mulut.
1) Aiskrim
2) Bubur kacang.
Pada am nya walimatul urus dirumah saudara saffie seperti juga kenduri2 yang telah lalu,Tak ada bezanya dari sudut layanan dan sebagainya. (berjaya yang sangat2).SEKIAN

Selamat pengantin baru diucapkan kapada kedua2 pengantin dari JKKK kampung bukit gemuroh dan admin blog kampung bukit gemuroh.Semoga kekal bahagia selamanya.

(habis sorang lagi awek bukit gemuroh kena bawak lari demer aduuuhhh)  :) :) :)
Setelah dirisik2 kos belanja kenduri sebanyak rm 20 ribu dan hantaran dari pihak lelaki serta mas kawin sebanyak Rm 10 ribu,makna nya lebih dari 30 ribu.Payah nak boleh menantu boh) Banyak tu boh.Bleh buat rumah sebuah doh,huhuhu<<<<<< hok ni bahagian lawok jer,tak ada kena mengena dengan penulisan blog..
Seruan kasih dari Orked Abdullah

Surat jemputan internet pengantin kat bawah


  • Hari Ini pada 11 pagi - 5 ptg
  • 74, kampung Bukit Gemuroh, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman.
  • Dijemput oleh Shafira Idha Saffie
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera
Dengan rasa penuh kesyukuran & besar hati kami sekeluarga ingin menjemput & mempersilakanTuan/Puan/Encik/Cik ke Majlis Perkahwinan saya SHAFIRA IDHA BINTI SAFFIE dan pasangan HANAFI BIN ABDUL SAMAT yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Majlis Pengantin perempuan

Tarikh : 04 Februari 2017
(bersamaan 07 Jamadilawwal 1438H)
Hari : Sabtu
Masa : 11.00am ~ 5.00pm
Alamat :74, kampung Bukit Gemuroh, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Majlis Pengantin lelaki

Tarikh : 11 Februari 2017
(bersamaan 14 Jamadilawwal 1438H)
Hari : Sabtu
Masa : 11.00am ~ 4.00pm
Alamat : Lot 4699-2 Kampung Mahkota,Jalan Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.


Semoga dengan kehadiran kalian akan memeriahkan lagi majlis saya dan pasangan & mendapat keberkatan serta limpahan rahmat dari ALLAH SWT..Insyaallah..
Terima Kasih..
Rabbi Yassir Wala Tu'assir












TUJUAN MEMBUAT KENDURI KAHWIN
Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.
Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama."
Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam Islam dibolehkan berdasarkan hadis riwayat Bukhari daripada Aisyah r.ha bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda maksudnya : "Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan."
Dalam hadis yang bertaraf 'hasan' yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda maksudnya :" Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan."
Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana. Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam adalah alunan nasyid yang memuji kebesaran Allah SWT dan berbentuk doa dan mempromosikan akhlak Islam. Hiburan yang berbentuk karaoke campuran lelaki dan perempuan adalah dilarang.

Thursday 2 February 2017

Pada 2-2-2017 satu majlis menyambut menantu telah diadakan dirumah tuan bilal masjid kampung bukit Gemuroh iaitu En sulong bin Ibrahim.Majlis ini diadakan kerana meraikan perkawinan anak mereka iaitu Roslan bin Sulong.Roslan bin Sulong telah memilih Nurliyana binti shihabudin sebagai teman hidupnya.Angkat nikah telah diangkat pada 29-1-2017 pukul 11.30 pagi di masjid Merchang....

Pengantin lelaki berasal dari kampung bukit Gemuroh sendiri dan berkerja swasta sebagai operator jentera berat.Pengantin perempuan seorang lulusan universiti tempatan dan berasal dari kampung Gong Kasim. Mercang .Terengganu.

Majlis kawin dirumah seorang bilal kampung tentunya disegani oleh penduduk kampung dan kerja gotong royong yang dijalankan tidak bermasalah lansung kerana ramai yang hadir untuk menjayakan majlis.Dibuat seawal pagi,pada pukul 7.30 dengan menyembelih lembu dan menyiang daging.Tiga ekor lembu telah tumbang pada majlis ini (ambik nok sangat,ni baru yer) itu tak termasuk gulai umbut serta menu2 yang lain (naik peluh boh).Jarang satu2 majlis kawin masakan daging nya sampai tujuh kawah,biasa nya gulai kawah hanya lah empat atau lima kawah sahaja kerana pada satu2 majlis kawin tidak sekadar gulai kawah daging tapi menu2 yang lain diketengahkan juga seperti masak umbut dan sayuran.Jadi boleh dikatakan majlis sambut menantu dirumah bilal kampung bukit gemuroh menjadi sesuatu yang besar juga.Seperti biasa gotong royong disertai oleh kaum lelaki dan kaum ibu serta budak2 yang memeriahkan majlis..


Menu..
 1)Gulai kawah  6 kawah
 2)Sup gear box/sup tulang 1 kawah
 3)Gulai umbut 1 kawah
 4)Sayur air  1 kawah
 5)Ikan kering
 6)Sambal belacan
 7)Bubur kacang

Semoga perkawinan ini bahagia sampai beranak dan bercucu,bahagia sampai akhir..

JKKK kampung bukit gemuroh mengucapkam selamat pengatin baru kapada kedua2 mempelai.Semoga perkawinan ini mendapat berkat..

Majlis berakhir pada pukul 5 petang..
tuan rumah buat perubahan yg agak memeranjatkan,tempat makan yang disediakan mengunakan dulang buluh yg dilapik dengan kertas pembungkus nasi dikedai2,Penjimatan tenaga kerja katanya,Patut sekali cara ini dipanjangkan kapada majlis yg lain kerana ada sentuhan tradisional,Mungkin boleh diubahsuai lagi dengan mengunakan daun pisang sebagai tempat lapik nya,tiada rungutan didalam cara hidangan ini kerana cara ini menyenangkan ramai orang yang tak kira pangkat..(ker guaner)