Tuesday 30 June 2015

Telah kembali kerahmatullah Ismail bin omar pada 23-6-2015,Allahyarham lebih dikenali sebagai pok ngoh enon.Telah menghambuskan nafas terakhir pada 23-6-2015 pada pukul 11.30 malam dan arwah telah dikebumikan pada 24-6-2015 pada keesukan hari nya,semoga roh nya dicucuri rahmat..Amin...

Friday 5 June 2015

Telah kembali kerahmatullah Esah bt Embong pada 2-6-2015 pada pukul 9.30 malam setelah mengalami sakit angin ahmar selama dua minggu,Dilahirkan pada 19-8-1941.Berusia 74 tahun,semoga roh nya dicucuri rahmat...


Telah pulang kerahmatullah liah bt hassan pada 24-5-2015 pada pukul 4.30 petang setelah mengidap sakit angin ahmar hampir 3 tahun yang lalu.Meninggal pada usia 71 tahun. Dilahirkan pada  21-9-1944...Semoga roh nya dicucuri rahmat,Amin..
kebun sayur yg diusahakan oleh liah hasan sebelum ditimpa musibah sakit angin ahmar

Semasa hidupnya liah bt hasan seorang yang sangat gigih berusaha sebagai seorang pekebun sambilan,Beliau juga dikenali sebagai mok yoh kapada penduduk kampung dan mesra dipanggil macam tu.Beliau suka bertanam sayur secara kecil2an menumpang bertanam secara berkelompok bersama2 kawan nya,Tanaman nya sangat menjadi dan memmberi hasil yg boleh dikatakan sebagai lumayan.Tanaman yang beliau sering usahakan seperti tanam jagung,kacang tanah dan sayuran seperti timun,lada dan kacang panjang.Beliau juga seorang tukang urut yang berjaya berdasarkan ramai yang mengunjungi rumah nya untuk berurut dan kerap berurut diluar kampung.Sekian

Tuesday 19 May 2015




Apa yang aku nak cerita tentang gambar diatas ialah dimasa teknologi belum lagi pesat membangun dikampung bukit gemuroh khas nya dan dimalaysia am nya.Cerita aku ini berkisar pada tahun 1970 hingga tahun 1980...Dimasa itu dunia internet hanya ada di amerika syarikat,itu pun berkisar kapada angkatan tenteranya sahaja.Facebook dan sebagainya masih lagi belum terfikir oleh sesiapa.dimasa itu pengasas facebook belum lagi lahir kedunia,mungkin juga mak dan ayah Mark Zuckerberg belum lagi pandai mengurat,huhuhu....

Seingat aku komputer hanya digunakan oleh perdana menteri yang ke-4 iaitu Tun Dr mahathir Mohamad pada tahu 1982...Sebelum itu komputer tak ada orang yang pandai sebut.Bila diperkenalkan dengan komputer,nama komputer seolah2 sesuatu yang sangat besar,Komputer juga difahami sebagai sesuatu yang sangat ajaib,komputer dikatakan sebagai sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah.Setelah generasi sekarang diperkenalkan dengan komputer maka komputer telah memberi faham kapada semua yang mengenalinya.

Dikampung bukit gemuroh pada tahun 1960an,alatan eletronik yang ada dimasa itu ialah radio,Tv memang tak ada lagi,Tv tidak dikenali cara digunakan,ada yang kata tv ialah panggung kecil yang ada filem kat belakang tv,Macam2 andaian dibuat apakah tv.Aku sendiri mengenali tv dan pertama sekali tenguk tv dirumah guru aku,seorang berbangsa china yang bernama Mr lai, disekolah menengah tengku ampuan intan Kuala berang pada tahun 1970an dan aku mengenali dan bertanya macam mana tv berfungsi.Dari situ lah aku benar2 kenal cara2 tv berfungsi,Menjadi perdebatan hangat dikalangan kawan2 aku macam mana gambar yang dipancarkan dari kuala Lumpur boleh dilihat beratus batu jauh nya (masa tu kiraan batu tau,kilometer ukuran baru).Belajar dan bertanya,diketahui lah cara2 tv berfungsi...

Tv yang pertama ada dikampung bukit gemuroh dipunyai oleh Saleh bin Abdullah iaitu abang kapada mat diana,Tv nya berfungsi mengunakan generator yg dibeli dan digerakan dengan memngunakan minyak petrol sebab dimasa itu letrik belum ada dikampung bukit gemuroh.untuk memenuhi pergunaan minyak petrol kapada generator untuk letrik,tuan punya tv telah mengutip 5 sen seorang untuk satu tayangan tv.Pada tahun2 itu siaran tv sangat terhad,siaran nya bermula pada pukul 3 petang dan tamat pada 12 tengah malam,pada hari ahad siaran tv bermula agak awal sedikit,bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 malam..

Cerita2 yang menjadi minat ketika ialah:
1)Space: 1999 is a British-Italian science-fiction television series that ran for two seasons and originally aired from 1975 to 1977.[1] In the opening episode, set in September 1999, nuclear waste stored on the Moon's far side explodes, knocking the Moon out of orbit and sending it, as well as the 311 inhabitants of Moonbase Alpha, hurtling uncontrollably into space. The series was the last production by the partnership of Gerry and Sylvia Anderson and was the most expensive series produced for British television up to that time. The first season was co-produced by the British television ITC and the Italian television RAI, while the second season was produced solely by ITC.

Starring:
Martin landau,Barbara Bain,Barry Morse,Catherine Schell,Prentis Hancock,Clifton Jones,Zienia Merton,Anton Phillips,Nick Tate,Suzanne Roquette,Tony Anholt,Jeffery Kissoon,Alibe Parsons and Yasuko Nagazumi...



2)Combat! is an American television program that originally aired on ABC from 1962 until 1967. (The exclamation point in Combat! was a stylized bayonet.) The show covered the grim lives of a squad of American soldiers fighting the Germans in France during World War II. (The episode "A Day In June" shows D-Day as a flashback, hence the action occurs during and after June 1944.) The program starred Rick Jason as platoon leader Second Lieutenant Gil Hanley and Vic Morrow as Sergeant "Chip" Saunders. The series was unusual in that Jason and Morrow would play the lead in alternating episodes.
Starring:Vic Morrow and Rick Jason...

3)The Six Million Dollar Man is an American television series about a former astronaut with bionic implants working for a fictional government office known as OSI.[n 1] The series is based on the Martin Caidin novel Cyborg, which was the series's proposed title during pre-production.[2] Following three television movies aired in 1973, The Six Million Dollar Man aired on the ABC network as a regular series for five seasons from 1974 to 1978. The title role of Steve Austin was played by Lee Majors, who subsequently became a pop culture icon of the 1970s. A spin-off series, The Bionic Woman, ran from 1976 to 1978 (and, in turn, was the subject of a remake in 2007). Three television movies featuring both eponymous characters were also produced between 1987 and 1994
Starring: Lee Majors,Richard Anderson,Martin E.Brooks

Banyak cerita yang menarik diketika itu seperti Bionic woman,Lost in space,High Chaparall,Planet off the apes,logan run,Manixx,Chips,jessica six dan banyak lagi siri2 television yang aku dok ingat doh,huhuhu...

Tunggu cerita aku bab yang lain pulok....


Sunday 19 April 2015



Salah satu anugerah besar daripada tuhan yang maha esa ialah air,Air merupakan keperluan yang sangat asas dalam kehidupan.Air tidak hanya penting kapada manusia tetapi air merupakan penting kapada semua makhluk seperti haiwan dan tumbuhan,Tanpa air berkemungkinan besar tiada kehidupan.Air memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan manusia,Malah tubuh manusia sendiri terdiri dari 70% air,Air digunakan untuk macam2 perkara seperti membersihkan diri,memasak dan sebagainya,Selain itu air berperanan besar dalam sektor perlancungan perkilangan pertanian,malah boleh dikatakan air diperlukan dalam semua kegiatan hidup





Air boleh didapati dibanyak tempat tetapi tidak semua tempat mempunyai air,contoh2 tempat yang tak mempunyai air seperti digurun2,Walau macam mana pun keberadaan air ada dimana2 walau pun digurun sendiri Cuma quantiti air nya sahaja yang berlainan sama ada banyak atau pun sikit,Air digurun dihadirkan hanya dalam bentuk embun,Digurun tidak mempunyai hujan,malah ada gurun didunia tak mempunyai hujan sejak 100,000 tahun yang lalu.Di-Malaysia,negara kita tak langsung punya masalah kekurangan air,air ada dimana2,sama ada disungai2,tasik2,parit2 dan didalam perut  bumi,Yang paling penting ialah menjaga sumber ini dengan sebaik2nya



Yang aku nak cerita tentang sumber air yang ada dikampung bukit gemuroh,Sumber air ini bukan lah terlalu penting kapada masyarakat setempat atau negara,tetapi penting kerana satu dari anugerah tuhan itu ada dikampung bukit gemuroh dan mesti dijaga peranan nya,Sumber yang aku maksudkan ialah Alur kampung bukit gemuroh,Walau pun alur ini tak penting kapada kehidupan penduduk kampung bukit gemuroh tetapi peranan nya boleh dikatakan sebagai besar kerana alur ini memberi kedamaian kapada yang ingin menikmatinya dan mungkin salah satu peranan nya untuk melengkapkan peranan nya sebagai sebuah kampung, kampung bukit gemuroh.Disuatu masa yang lalu alur ini telah mengairi kawasan penanaman padi,Air alur ini cukup untuk kegiatan penanaman padi sehingga penanaman padi tak diusahakan lagi...



Alur kampung bukit gemuroh bermula dari bukit langkap,Panjang alur ini lebih kurang 3 km.Dan alur ini berkualakan disungai tersat,Keseluruhan alur ini melalui kawasan pertanian,dan dikebanyakan tempat laluan nya melalui kebun kelapa sawit dan kebun getah,selain itu ialah tanah terbiar yang tak diusahakan,Hanya sedikit laluan nya melalui kawasan perumahan hingga kekuala alur di sungai tersat.baca sini.http://azramsulong.blogspot.com/2013/03/sungai-tersat.html


Pada suatu hari aku telah mengikuti alur ini dari hulu sampai kehilir,mengambil gambar ditempat sumber air alur ini keluar dari celahan batu dan aku melalui alur diparit2 yang dibuat untuk mengeringkan kawasan penanaman kelapa sawit sehingga ketanah gambut yang sangat sukar untuk dilalui.Hanya sedikit sahaja hutan tanah gambut yang belum diusik,mungkin tuan punya tanah tak mempunyai bajet untuk diusahakan tanah mereka,Melalui tanah gambut ini aku merasa sedih kerana peranan alur ini seperti dibenci,ternampak sangat kemiskinan yang dialami oleh alur ini,dibuat sebegitu rupa seperti tak punya peranan langsung.Tangisan senyapnya seperti tak dipedulikan


Satu jam aku terkial2 ditanah gambut yang tak diusik,Takut kapada anakonda (macam ada jer) babi hutan dan binatang yang bisa.Melihat keajaiban faunanya,terjerlus kedalam paya yang sangat dalam tanah lembik nya.mendengar kicauan burung,melihat burung merbuk yang membina sarang,melihat anak2 haruan yang berenang2 dicelah rumput,duduk seketika ditanah yang lembab sambil hisap rokok daun,kikiki



Melalui kawasan projek penanaman kelapan pandan yang diusahakan oleh penduduk kampung dengan kerjasama jabatan pertanian.Baca sinihttp://bukitgemuroh-community.blogspot.com/2015/04/projek-tanam-kelapa.html..Selain itu alur ini melalui satu kawasan tanah terbiar yang tak diusahakan sejak berpuluh tahun yang lalu,Kawasan ini merupakan tempat berpaya dan menjadi tempat makan binatang ternakan seperti kerbau kepunyaaan penduduk kampung,Selebih nya alur ini melalui kawasan kampung dan meneruskan peranan nya kesungai tersat,Sekian..




Kesimpulan nya:Harap benar2 supaya alur ini dijaga dengan rapi,jangan sampai alur ini menjadi tempat pembuangan sampah atau menjadi tandas awam,Harap benar2 alur ini dijadikan tempat untuk rekreasi,Dibina dengan baik dan dihargai...

Catitan:gambar yang paling atas ialah gambar yang paling hulu dan yang paling bawah ialah gambar kuala alur kampung bukit gemuroh disungai tersat,Gambar mengikut susunan seperti nombor..