Sunday 29 May 2016


Pada 29-5-2016 satu majlis walimatulurus telah diadakan dikediaman saudara Ashari bin Abdul Aziz dan Salamah bt Ali,Majlis ini diadakan untuk meraikan perkahwinan anak mereka iaitu Abidah bt Ashari dengan pasangannya iaitu Mohd Zamir Safuan bin Mohd Kamal..


Abidah seorang pekerja swasta dan akan meneruskan pelajaran nya keperingkat PHD.sementara pasangan nya bekerja sebagai medical labolatory dengan kementerian kesihatan,Pengantin lelaki berasal dari Johor dan bekerja di Kuala Lumpur.Kedua2 mempelai ini merupakan individu yang berpendapatan tinggi(bukan orang susah boh,sehingga haku nak taip blog ni pun terketar2).
Seperti biasa majlis walimatulurus dijayakan dengan cara bergotong royong oleh penduduk kampung,Semua acara penduduknya akan dibatalkan supaya majlis walimatulurus akan sempurna dengan jayanya...Semoga kedua pengantin akan bahagia sehingga akhir hayat...


ADMIN BLOG KAMPUNG BUKIT GEMUROH DAN J3K KAMPUNG BUKIT GEMUROH MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA KEDUA2 MEMPELAI,SEMOGA BAHAGIA SEHINGGA AKHIR HAYAT,

Gambar-gambar>>>>>>

Pekerja yg bertungkus lumus..


Tukang masak..



Tetamu jemputan



Pasukan kompang...

Tok besan (tetamu dari pengantin lelaki) hehehe...



Thursday 19 May 2016

Pada 19-5-2016 telah diadakah majlis walimatullurus untuk meraikan perkahwinan Nurul Aziah bt mohamad Shafie dengan pasangan nya iaitu Che Mohammad Hquzai bin Ali, Pengantin perempuan salah seorang dari penduduk kampung bukit gemuroh, merupakan seorang kaki tangan kerajaan dan sememangnya  berasal dari kampung bukit gemuroh,Pengantin perempuan merupakan anak ke-dua dari empat beradik dan telah kehilangan kedua2 org tua nya semenjak beberapa tahun lepas. Majlis ini telah dikendalikan sepenuhnya  oleh keluarga terdekatnya.

 Pasangan nya juga seorang kaki tangan kerajaan  yang bertugas di kuala lumpur dan berasal dari kampung Maras,Terengganu.Akad nikah telah dilangsungkan pada 19-5-2016 dimasjid kampung bukit gemuroh pada pukul  11.00 pagi iaitu sama tarikh dengan majlis walimatulurus.Majlis walimatulurus bermula dari pukul  11.00 pagi hingga pukul  4.00 petang.

Majlis yang diraikan ini merupakan majlis yang agak sederhana  tetapi telah disertai oleh sebahagian besar penduduk kampung dan keluarga terdekat.Seperti biasa majlis seperti ini telah dibuat secara gotong royong,Walaupun majlis ini dikatakan sebagai sederhana tetapi telah menyediakan tiga kawah gulai daging serta beberapa jenis lauk yang lain.Majlis  ini juga mengikut ketetapan seperti majlis2 walimatulurus yang lain juga.Bermula dengan meletak kerja,menyedialan khemah2 untuk memasak serta khemah2 untuk tetamu dan penyediaan ahli jawatan kuasa nya sendiri untuk menjayakan majlis.Semoga perkahwinan ini kekal  bahagia sehingga akhir hayat..Sekian.

Admin blog kampung bukit gemuroh serta ahli jawatan kuasa keselamatan kampung bukit gemuroh mengucapakan selamat pengantin baru kapada kedua pengantin,Semoga bahagia ke akhir hayat..

Gambar-gambar.>>>>>>>>>>











Sunday 8 May 2016


Pada 7-5-2016 j3k kampung bukit gemuroh telah mengadakan satu gotong royong yang dinamakan sebagai gotong royong perdana..Gotong royong ini telah mendapat kerjasama dari penduduk kampung bukit gemuroh.Gotong royong ini juga telah mendapat kerjasama dari majlis daerah hulu teengganu,Beberapa buah jentera telah terlibat.

Gotong royong telah dibahagikan kapada beberapa bahagian..
Cuci parit/alur
Landskap
Bersih dikawasan masjid
Bersih kawasan kubur
Bersih laluan dlm kampung..

Setiap bahagian diketuai oleh seorang ketua yg bertanggung jawab atas bahagian masing2.

Gotong royong bermula pada pukul 9.00 pagi.Dimulai dgn bacaan doa oleh bilal masjid kampung bukit gemuroh...Gotong royong berakhir  pada pukul 12-30 tengah hari dengan makan tengah hari yg telah disediakan dimasjid kampung bukit gemuroh,Sekian..

Catitan:Disebelah malam nya telah diadakan majlis selawat nabi S.A.W,Majlis anjuran bersama j3k kampung bukit gemuroh dan PIBG sekolah kampung bukit gemuroh,Lebih dari seratus orang penduduk kampung bukit telah memenuhi dewan sekolah kampung bukit gemuroh...