Tuesday 27 May 2014

Assalamualaikum...
Syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia nya wujudnya laman blog ini. Terima kasih kapada penyumbang-penyumbang penulisan kepada blog ini, tanpa mereka blog ini tak dapat diwujudkan. Kewujudan blog ini memang tepat pada masanya kerana sejajar dengan perkembangan ICT, menyalurkan maklumat kepada semua pihak dengan harapan diterima baik oleh penduduk setempat. Sebagai pengerusi JKKK saya berharap blog ini dapat menyatupadukan kampung tanpa mengira fahaman politik dengan harapan dapat meningkatkan kualiti hidup tanpa mengira golongan yang berpendapatan rendah  dan golongan yang mempunyai sedikit kelebihan. Kami ajk JKKK sedaya upaya membantu semua golongan.Harapan kami kapada semua agar membatu segala usaha kami dalam program  yang kami lakukan unntuk kampung ini. Marilah kita lakukan yang terbaik untuk kampung kita...

'MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT'


Abd. Rashid bin Hj. Ismail
Ketua JKKK

0 comments :

Post a Comment