Friday 16 December 2016

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 rabi ul awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 april 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Pada 15-12-2016 j3k kampung bukit gemuroh telah menyertai perarakan hari maulidur rasul peringkat hulu terengganu,J3k kampung bukit gemuroh diketuai oleh saudara shamsudin  Ahmad dan pasukan berselawat telah diketuai oleh cik puan hindun binti mamat,J3k bukit gemuroh disertai oleh 20 orang peserta..Peyertaan 20 orang itu terdiri dari golongan muda dan orang dewasa serta dua orang kanak2 sebagai pembawa sepanduk..


Sebelum dari tarikh perarakan peserta kampung bukit gemuroh telah mengadakan latihan selama empat hari,Latihan itu hanya lah untuk melicinkan sahaja diperarakan yang sebenar,Latihan itu mengambil masa hanya setengah jam sekali berlatih.

Perarakan dibandar kuala berang bermula pada pukul 9.00 pagi didepan pejabat JKR kuala berang,(dewan komuniti) Perarakan telah disertai oleh lebih dari seratus pasukan yang terdiri dari jabatan kerajaan, j3k,parti dan politik.Perarakan telah diketuai oleh dato' Tengku putera Tengku Awang,  ADUN kawasan telemong Dato’ Rozi Mamat dan MP hulu terengganu menyertai perarakan bersama2 dengan kepimpinan peringkat kampung...

Perarakan sambil berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW berakhir didewan majlis daerah kuala berang pada pukul 11.30 pagi.Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Dato’ Tengku Putera Tengku Awang kapada pasukan yang terbaik yang menyertai perarakan...SEKIAN,SEMOGA BEROLEH PAHALA...


Pada 16-12-2016 Ahli jawatan kuasa masjid kampung bukit gemuroh telah mengadakan sambutan hari lahir junjungan nabi besar  Muhammad SAW.Sambutan berupa berselawat keatas junjungan nabi selepas solat jumaat dan diikuti dengan jamuan yang telah disediakan...
Sebelum dari itu JKKK kampung bukit gemuroh telah mengadakan gotong royong sempena dengan sambutan hari maulidur rasul.Gotong royong berupa membersihkan kawasan masjid,membersih tanah perkuburan,bersih tepi jalan,mengutip sampah sarap,langskap..Gotong royong telah disertai oleh pemuda kampung,J3K,AJK Masjid serta penduduk kampung bukit gemuroh...Sekian


Sunday 2 October 2016


Nampak seperti perkawinan diraja

Pada 2-10-2016 satu majlis walimatulurus telah diadakan dirumah saudara Ton Jiwa Teratur bin ton jusuh kerana meraikan perkawinan anak perempuannya iaitu Wan Noor Hafsah binti Ton Jiwa teratur dengan pasangan nya Mohd Firdaus bin M.Hasan.Akad nikah dilangsungkan dimasjid kampung bukit gemuroh  pada 1-10-2016 pada pukul 9.30 malam
 Pengantin lelaki juga berasal dari kampung bukit gemuroh (makna nya sakni nikah sama sekampung).Kedua2 nya bekerja dipusat latihan bomba di wakaf tapai (senang kira,jumpa kat nung lah ning)
Majlis ini diadakan dengan gilang gemilang,Sejak pagi penduduk kampung bertukus lumus menyediakan lauk pauk,Tuan rumah telah menumbangkan tiga ekor lembu,(tuan rumah banyak lembu boh) Dengan tiga ekor lembu majlis biasanya sangat sibuk kerana jemputan tentu ramai,Majlis makan seawal jam 11.00 pagi dan rombongan pengantin lelaki akan tiba pukul 12.00 tengah hari.Dengan atur cara yang macam itu memerlukan tenaga yang bukan sedikit.


Cabutan nombor bertuah telah diadakan,Acara telah dikendalikan oleh juru hebah yang disewa khas.Disamping itu DJ telah mengadakan beberapa acara sampingan untuk memeriahkan lagi majlis walimatulurus.
Menu.
Nasi kawah.
Gulai daging kawah,Tujuh kawah
Sayur Umbut.
Sambal.Ikan kering Goreng.
Gulai ikan.

Lain2..Bubur,Akod Kedut.Chef akod kedut telah dibawa dari wakaf tapai.
(tenguk toh,gi sender dok mudah kekawan toh,huhuhu)

Semoga perkawinan ini kekal bahagia selamanya...

Admin blog JKKK kampung bukit gemuroh dan JKKK kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kapada dua mempelai.

gambar2>>>>>

Permaufakatan
semangat gotong royong seperti ini bergantung juga kapada tuan punya kerja,kalau tuan kenduri sentiasa ada ditengah masyarakat (tolong kerja kuit orang) orang yang akan tolong sehingga kerja selesai,yg datang tolong menjadi sangat ramai.tapi kalau seseorang itu kurang ditengah masyarakat juga tak perlu bimbang kerana akan sentiasa ada yang akan tolong,Bak kata orang,kalau malu pun orang kampung kita jgk seandainya satu2 majlis tidak berjaya disebabkan tak ada orang yg datang.Perlu juga diketahui,bergotong royong mesti ada elemen,yg bekerja,yg arah2,yang duduk2,yg berloyar buruk,yang makan2,yg berkenal2an,Tempat seperti ini sebaik tempat untuk mengeratkan silatulrahim...

untuk memeriahkan suasana akan ada yang bergurau berlebihan,sebenarnya nak ikat tali nak tambat kaki lembu supaya senang untuk menyiang.. #mat isan

kualiti tinggi daging ni,sampai teringat2 ketika menyiangnya

Acara makan pagi

Acara buat air

penduduk kg bukit gemuroh kebanyakan nya layak menjadi chef

terasa tinggi nilainya

(bakar akod kedut),tempat bakar akod ni beharga rm 400 untuk satu set.Dibuat dari tembaga tulin.



DJ


Tetamu>>>
Sesuatu yang mesti dibaiki dikhemah makan,meja tak sepadan dgn kerusi,kerusi banyak tapi meja tak ada.Makan terpaksa ikut stail allahyarham tan sri p.ramlee seperti dlm filem arahan nya.Tenguk gambar kat bawah..Perkara yang seperti ini terjadi dikebanyakan kampung di hulu terengganu.




lagu oleh tan sri s.m.salim

catitan:admin banyak tepengaruh kapada membuat blog race moto,sbb tu sentiasa ada perkataan acara,harap maaf deh..

Friday 16 September 2016

Pada 16-9-2016 satu majlis menyambut menantu telah diadakan dirumah saudara Hasan bin Muhamad kerana meraikan perkawinan adik iparnya iaitu  Muhamad Taufik bin Mokhtar dengan pasangan nya  Muliyati bt Ibrahim.Akad nikah dilangsungkan dimasjid kampung Matang  pada 13-8-2016..
Muhamad taufik merupakan penduduk kampung bukit gemuroh dan Muliyati berasal dari kampung matang kuala berang...Kedua2 nya bekerja dihospital kuala berang...
Majlis ini diadakan dengan sederhana sahaja tetapi meriah dengan kehadiran keluarga dikedua belah pihak serta penduduk kampung bukit gemuroh,Selepas solat jumaat satu majlis doa selamat telah diadakan untuk menambah berkat majlis sambut menantu sempena perkawinan Muhamad Taufik dan Muliyati...Semoga perkawinan ini kekal bahagia selamanya...
Admin blog JKKK kampung bukit gemuroh dan JKKK kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kapada dua mempelai blog 

Gambar-gambar>>>>>>>>




tiga orang mat bangla sesat,hahahaha...

Sunday 4 September 2016


Pada 3-9-2016 belia 4b kampung  bukit gemuroh telah menganjurkan satu pertandingan bolasepak pasir tertutup kampung bukit gemuroh.Acara ini telah diadakan dipasir sungai tersat iaitu di pengkalan tengah.Acara ini telah disertai oleh belia2 yang berumur dari 13 tahun sehingga belia2 tua (keh keh keh).

Walau pun pertandingan ini mirip kapada sukan tetapi acara ini lebih kapada merapatkan antara penduduknya kerana pada acara ini telah diadakan jamuan makan seolah2 seperti berkelah.Telah disertai oleh ramai warga kampung dari yang semuda2nya hingga kapada yang tua.Untuk memeriahkan lagi acara bolasepak pasir,penganjur telah mengadakan satu game penyertaan ramai iaitu teka biji betik.Teka biji betik telah dimenangi oleh adik nurul farisya bt nayusdi.

Dipagi2 lagi kaum mak telah memasak lauk pauk ala kampung dan memasak nasi kawah untuk hidangan kapada penduduk kampung dan peserta bolasepak pasir.Lauk berupa sayuran kampung,ikan panggang,ikan singgang serta budu,petai jeruk pun ada jugak(hehehe)

Acara bolasepak pasir bermula pada pukul 8.00 pagi dengan lapan kumpulan telah mengambil bahagian dengan satu kumpulan mempunyai enam orang pemain,nama kumpulan seperti berikut,
1    1)    Kumpulan ikan rong
2    2)    Kumpulan ikan kelah
3    3)    Kumpulan ikan kaloi
4    4)    Kumpulan ikan kawang
5    5)    Kumpulan ikan butal
6    6)    Kumpulan ikan belida
7    7)    Kumpulan ikan terbol
8    8)    Kumpulan ikan seluang
(nama kumpulan yang berbau kampung,tapi nama butal berbau bandar boh!!!..hehehe)

Acara telah dilangsung secara liga,mata yang tertinggi akan bermain diperlawanan akhir.Pada pukul 2.00 petang jamuan makan tengah hari untuk semua yang hadir dan pelawanan akhir telah diadakan pada pukul 2.15 petang dengan kumpulan ikan rom  telah menjadi juara serta kumpulan ikan seluang telah menjadi naib juara.Pada pukul 2.30 petang telah diadakan majlis penyampaian hadiah..Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh pengerusi JKKK Kampung bukit gemuroh iaitu En Rashid bin Ismail,sekian..maju lah sukan untuk suka-suka...

Gambar-gambar>>>>>>



Masa kemuncak




penonton dan tukang masak


Tukang makan

Hadiah-hadiah






Antara penerima hadiah

Tamat lah sudah acara bolasepak pasir..