Thursday 7 July 2016


Untuk mengekalkan silaturahim antara penduduk kampung bukit gemuroh dan perantau satu majlis berhari raya bersama perantau telah diadakan.Majlis ini telah dianjurkan oleh perantau sendiri dengan kerjasama JKKK kampung bukit gemuroh.Majlis ini telah diadakan pada 7-7-2016 pukul 9mlm.Perantau dari kampung bukit gemuroh mempunyai ahli jawatan kuasanya sendiri yang diketuai oleh Mohammad bin Abdullah dan seramai 23 orang AJK  serta mempunyai ahli yang agak ramai.
Pengerusi

Pada majlis ini telah diadakan jamuan nasi dagang dan mee hon rebus serta beberapa kueh raya.

Majlis telah dimulai dengan permainan bunga api pada pukul 9.30mlm disusuli dengan ucapan pengerusi majlis iaitu saudara mohammad  Abdullah serta ucapan dari pengerusi  ahli jawatan kuasa kampung bukit gemuroh iaitu saudara Rashid bin Ismail..Majlis ini juga telah diserikan dengan nyanyian oleh saudara Wan Fazrullah yang tak asing lagi disekitar kuala brang dan khas nya dikampung bukit gemuroh.
Ahli jawatan kuasa sambutan

Majlis sambutan telah berakhir pada pukul 11.45 malam diakhiri dengan permainan bunga api untuk kali kedua,Sekian...
Ahli jawatan kuasa


 nyanyian dari Wan Fazrullah


antara yang hadir

damar raya