Sunday 26 March 2017


Perkawinan menurut islam.
Marriage or marriage by language is gathered and mixed. According to Islamic terminology it is Ijab and Qabul ('aqad) to legalize sex between men and women uttered by words indicating marriage, according to the rules prescribed by Islam. The word zawaj is used in the Quran means the couple in their use of this word means the marriage of God S.W.T made people in pairs, to legalize marriage and forbids adultery.

Maksud dalam bahasa melayu.
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.










Gambar kat atas peristiwa diperlis serta bergambar dengan saudara2 dia (mat isan)

Mohd ihsan luthpi seorang pemuda yang sentiasa hidup dikalangan kawan2nya,Yang ada ditepi dan ditengah.Maksudnya,ada dimana2 sahaja, samada tempat kenduri kendara,tempat nikah kawin,tempat gotong royong,tempat masyarakat berkumpul,bermotor lasak dalam hutan,memancing dan menimba kubang sehingga kapada main meriam buluh sewaktu bulan puasa :) Setelah berkerjaya sebagai seorang angota polis semua perkara2 tersebut menjadi sejarah kapadanya kerana dia telah berkhidmat dinegeri perlis tempat dia  bertemu jodoh.Semua perkara yang diatas akan terjadi hanya sekali sekala sahaja apabila dia pulang kekampung halaman.Begitu lah sedikit biodata seorang pengantin baru yang baru bernikah pada 19-3-2017 dimasjid darul ulum wang ulu perlis darul kayangan.Telah diakad nikah kan dengan Nur hani bt Alwi pada pukul 10.00 pagi dengan disaksikan oleh keluarga terdekat dikedua2 belah pihak..Itu cerita dinegeri perlis tempat Mohd ihsan luthpi bertemu jodoh dan telah diijabkabulkan.
Bergambar dengan kedua ibu bapanya

Cerita kat bawah telah terjadi dikampung nya sendiri...
Pada 25-3-2017 satu majlis menyambut menantu telah diadakan dirumah Ahmad bin Mamat dan Makelesum bt mat aruf iaitu ibu bapa kapada Mohd Ihsan Luthpi.Majlis dibuat dengan bergotong royong oleh penduduk kampung serta sanak saudara.Seperti biasa kerja gotong royong dibuat seawal pagi kerana rombongan pengantin perempuan dan majlis kenduri diadakan pada pukul 11.00.Tetapi kelebihan gotong royong semua perkara tersebut dapat diselesaikan dengan mudah.

Tidak diketahui penyakit apa kah yang telah melanda pengantin baru ni,dengan moto MX nya dengan vespanya,Adakah akan terjadi race antara vespa dan  moto MX ni,sama2 lah kita nantikan..Admin belum dapat penjelasan yang sewajarnya dari pengantin..

Oleh kerana pengantin mendapat perhatian yang wajar dari kawan2nya,majlis kenduri kawin nya telah diatur dengan pelbagai sambutan,Pada tengah malam telah diadakan acara membakar bunga api untuk memeriahkan majlis.Pada malam majlis kawin ramai kawan2 yang datang menolong menyediakan keperluan memasak untuk esuk hari,Keadaan begini akan memudahkan pada majlis yang sebenar,Ramai kawan2 nya menolong kerja kawin nya sehingga selesai..Selain itu tarian balai telah dipertontonkan dimajlis menyambut menantu oleh murid2 sekolah.Tarian balai merupakan sebuah tarian tradisi kampung bukit gemuroh sejak turun temurun.Dipertontokan kapada tetamu luar menjadi satu kebanggaan.
Tarian balai telah dipetontonkan pada majlis sambut menatu Ahmad bin Mamat.Pasukan tarian balai ini telah mengadakan pertunjukan dibanyak tempat khususnya dimajlis keramaian.Tempat yang paling grand pasukan tarian ini mengadakan pertunjukan ialah kejohanan le tour de langkawi..Dalam gambar kelihatan pengantin baru sedang meraikan tarian balai yg dipersembahkan,Pakai spek mata hitam bapok besarnya..

SERUAN KASIH OLEH ALEYNA

Majlis selesai pada pukul 5.00 petang,SEKIAN..

AHLI JAWATAN KUASA KAMPUNG BUKIT GEMUROH MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KAPADA KEDUA2 PENGANTIN,IAITU MOHD IHSAN LUTHPI BIN AHMAD DAN NUR HANI BT ALWI.SEMOGA PERKAHWINAN INI KEKAL SELAMANYA

GAMBAR-GAMBAR>>>
Dalam semua gotong royong,berbagai kerektor yang boleh kita tenguk,Kerektor2 tersebut hanya lah untuk melengkapkan makna gotong royong.Dalam gotong royong mesti ada yang bekerja bagai nak rak,Mesti ada yang berloyar buruk,mesti ada yang tak malu kira nak makan jer,mesti ada tukang arah2 dan tunjuk2,Tunjuk plk dengan mulut jer,Yang paling penting mesti ada yang memasak,hehehe



Kesepakatan



TETAMU BAPOK RAMAI :)


acara sambutan