Sunday 12 October 2014


masjid kg bukit gemuroh 2014

TERAWIH..
Peluh Che we Meriam semakin banyak menitik dari celah dahi nya yang berkerut, Api yang ditiupnya tak mahu menyala. Ia menungging-nungging meniup api dibawah kawah yang penuh berisi air.
 "Celake sungguh api ni tak mboh(tak mahu) nyala"Che wa Meriam menyumpah keseorangan. Hendak diangkat semula kawah tu tidak terdaya olehnya. Mahu tak mahu terpaksa diusahakan supaya api itu menyala. Kini hidungnya pula mula berair. Hingus cair mula merayap kebibir mulutnya. Sesekali  ia menyedut semula kehidung. Kadang-kadang disapu dengan tepi kain batik lusuh yang dipakainya. Tangan yang berkerutu hitam terketar2 menguis kayu dibawah kawah. Puntung-puntung kayu itu mula kelihatan berbara merah. Lama kelamaan api mula menyala menjulang kawah besar diatas tungku itu. Che we Meriam berdiri tegak dan kelihatan lega sambil mengurut dada. Dia mengemaskan  ikatan kain batik yang hampir mengelusur kebawah.
"Sekawah besar bubur lambuk ni, cukup makan untuk 'pat puluh' (40) orang budak-budak terawih malam ni."
"Tapi..ni.. malam jumaat..Ada ratib Saman..mesti ramai budak-budak datang," sungut Che we Meriam keseorangan. Dia kelihatan ragu-ragu dan meninggalkan kawah..
***********************************************************************************************************
Diberanda Masjid bersepah. Kelihatan Mak Teh bertimpuh dikelilingi peralatan pinggan mangkuk yang berisi rempah. Disebelahnya Jenab, Liah, Sara, Yati dan Jarah, masih anak-anak dara belaka. Mereka sibuk menyiang ubi. Sesekali mereka mengilai seperti burung kelengking yang terlepas "guli." (buah guli dari pokok guli memang makanan burung kelengking,bila buah itu terlepas dari mulut, ia menjerit seperti mengilai) Geli hati mereka apabila terkeluar kata-kata lucu. Jarah kelihatan paling riang. Dia baru balik dari bandar kerana cuti sekolah.
"Liah, Sara, Yati, Jarah..jangan semua menyiang ubi aje,tinggal Jenab sorang cukuplah,"Tiba-tiba  Mak Teh bersuara..
"Liah siang (potong) ikan bilis, Jarah hiris bawang, Yati tumbuk lada hitam, dan Sara kukur lah nyiur (parut kelapa) ni."
Leter Mak Teh lagi.Masing-masing tersipu malu dan terus bangun mengambil tugas masing-masing sebagaimana arahan Mak Teh. Liah duduk dibelakang Mak Teh dan mencabit-cabit ikan bilis.  Mak Teh hanya memerhati pekerjaan budak-budak itu. Hidung Jarah yang putih mula merah dan berair terkena percikan air bawang. Air matanya juga meleleh, Jenab asyik menyiang ubi, sebuku demi sebuku, Sara terhingut-hingut dengan pemarut kelapa jenis lama.(pemarut kelapa jenis tunggang seperti kuda) Buah dadanya yang baru nak 'naik edar' (Bila anak perempuan mula naik gadis buah dada mula kelihatan membesar)turut sama bergerak-gerak. Begitu juga Yati, buah dadanya lebih besar dari Sara, Dia juga asyik dengan tugasnya. Mak Teh hanya terlopong memerhati.
***********************************************************************************************************

 gambar hiasan

Seketika, muncul wajah Che We Meriam yang berkerut kepanasan dan duduk disebelah Mak Teh. Dia mengesat dahi dengan lengan baju kebaya lusuhnya...
"Banyak mana mu buat upoh (rempah) nya," tiba-tiba tanya Che We Meriam

"Kelih (tengok) aje lah, dua tiga puluh sen yang budak-budak beli, tu aje lah," jawab Mak Teh berlagu. Dia menunjuk ke arah rempah yang berselerak..

"Daun taruk (jenis-jenis sayuran) nya mana," Tanya Che We Meriam lagi..

"Budak hok gi cari daun taruk dok balik lagi". Jawab Mak Teh

"Sape gi cari daun taruk tu Mak Teh"? Tanya Jarah pula.

"Hai sape lagi, budak  dua tiga kerat tu lah, Bakar, Mahalim, Hamir" Jawab Mak teh penuh berlagu.

"Hai Jarah buat-buat tanya pula..abang Kar..mesti lah ada sama" Yati memerli,

Jarah yang hampir menangis terkena air bawang mula radang, dia bangun mencubit paha Yati. Yati menjerit kesakitan. Semuanya ketawa kecil.

***********************************************************************************************************
Gambar hiasan

"Hai apa yang bising ni,"? Tiba-tiba suara lelaki menyergah dari bawah, suasana gamat tadi bertukar, semuanya menjadi malu dan tersipu-sipu.
 Ketibaan Bakar diikuti oleh Mahalim, Deraman dan Hamir. Masing-masing bergalas dengan daun taruk. Rambut Deraman yang lurus menyerupai rambut Bruce Lee kelihatan bergerbang tersangkut ranting semasa menyusup nyasap didalam hutan tadi. Begitu juga Mahalim. Kain pelikatnya yang lapuk digulung tinggi. Ternampak kepala lututnya yang berparut. Betis Hamir yang berbulu lebat penuh dibaluti selut  lembik (lumpur). Seperti kerbau yang baru naik berkubang. Mereka berempat termengah-mengah keletihan. Mahalim melemparkan galasan keriba Mak Teh. Mak Teh terkejut dan melatah. Dia bangun melompat. Banyak terkeluar kata-kata lucu. Suasana gamat semula. Deraman kelihatan menyental-nyental kaki kepangkal kelapa. Pacat-pacat yang menjangkau kekakinya tidak mahu tanggal. Lalu dipunggut dua tiga ekor dan dicampak kedalam api. Dua tiga kali bunyi letusan kecil...
"Kenapa lambat sangat Che Bakar,"? Tanya Yati selamba, tak habis-habis memerli.

"Hai..apa boleh buat Ti, kami pun nok bangat (cepat) Cuba kelih (tenguk)ni betis kami macam dikerkau harimau,"Jawab Bakar sambil menunjukan betisnya yang bercalar kapada Yati.
.
"Jauh ke tempat mu cari daun taruk tu,"? Tanya Yati..

"Jauh tu dok (tidak) lah..tapi masuk hutan, harung paya, lintah pacat he..tak boleh nak cerita," Jelas Bakar. Nadanya agak menarik. Yati kelihatan geli geleman mendengar cerita Bakar itu..

"Tadinya,Jarah dah mula risau," Perli Yati tak habis-habis, Bakar hanya tersenyum simpul. Mahalim, Deraman dan Hamir tercegat keletihan.

"Buat ape mu tercacang(berdiri tegak kaku) tu. Gi basuh kaki, pahtu mari siang daun taruk ni. Ramai buat cepat siap," Ajak Mak Teh bersungguh-sungguh..

"Hai lenguh dok hilang lagi ajok kerja puloh doh," Jawab Deraman..

"Doh, kalu mu tercacang gitu, bila nk masak ubur lambuk ni, le ni pukul berapa dah, pukul tiga lebih,
Sebentar lagi nak berbuka puasa pulak, Hai..dok tau lah aku budak-budak le ni malas sangat."
Leter Mak Teh bersambung-sambung..

"Hai bulan puasa ni dok baik marah-marah Mak Teh,"Sampuk Mahalim.

Mak Teh hanya mengemek-ngemekan bibirnya sahaja. Che we Meriam yang tercangkung memerhati sejak tadi segera bangun. Dia mengambil dua besen besar kosong dan meletakkan disisi Mak Teh..

"Ha, sekarang mari sini semua,"Ajak Mak Teh.
Budak-budak tadi terus datang duduk mengelilingi Mak Teh

"Siang daun taruk ni halus-halus. Besen yang ini isikan pucuk paku midin'(paku merah),dan yang satu lagi sebelah Mak Teh tu campur daun kaduk, daun taruk manis, daun kunyit, daun derdat, daun kemangin, daun kesum dan daun serai kayu,"..Mak Teh mengarah betul-betul kapada budak-budak tadi.

Mereka kemudian mencabit-cabit daun-daun(daun taruk) itu sehingga penuh dua besen yang memuat lima gantang itu..

***********************************************************************************************************

Che we Meriam yang hanya memerhati sejak tadi cepat-cepat bangun dan menuju kawah. Api masih menjulang. Lega hati Che we Meriam. Kawahnya mula mengelegak. Beras didalamnya telah pun pecah-pecah. Telah menjadi bubur. Che we Meriam mengeluh kepuasan. Anak dara berempat tadi diperintahkan supaya membawa kesemua peralatan rempah dan daun taruk kebawah. Che We Meriam salah seorang Ahli jawatan kuasa kaum ibu di Kampung Bukit Gemuroh itu. Semua arahan nya tak pernah diingkari oleh sesiapa pun. Lagi pun dia ketua bahagian masak memasak. Semua taruk dan rempah-rempah tadi dimasukan satu persatu mengikut arahan Che We Meriam. Dia mengacau dengan senduk panjang yang dibuat dengan pelepah kelapa. Satu jam kemudian kawah itu diangkat dengan pertolongan Tok Bilal Latif yang baru saja tiba. Mak Teh turut membantu. Budak lelaki tadi entah kemana menghilang.

***********************************************************************************************************

Che We Meriam tidak pulang sejak petangnya. Malamnya akan bersolat terawih pula. Lampu spirit yang dihidupkan oleh Tok Bilal Latif sebelum berbuka tadi, tergantung tinggi. Bahagian beranda masjid terang berderang. Hanya Che We Meriam keseorangan. Dia begitu ghalib (leka) mengapur daun sirihnya. Mencuci mulut selepas berbuka. Sejurus kemudian Saleh tiba, Saleh anak kapada tok iman dikampung tu. Dia membawa lampu spirit kedalam. Digantungnya dibahagian tengah-tengah masjid. Seluruh ruang terang benderang. Surat dan kitab-kitab usang jelas kelihatan dilubang-lubang tiang. Tabir buruk yang sudah usang yang koyak rabak, sebagai pemisah bahagian solat perempuan melambai-lambai ditiup angin malam. Ketayak-ketayak (kopiah) yang tidak ada putihnya lagi dan songkok-songkok yang telah lusuh juga bersangkutan di dinding. Baju solat wanita yang berdaki bersidaian didawai tabir...

***********************************************************************************************************

Waktu isyak akan tiba, sejurus tiba beberapa orang lagi iaitu Tok Pukok Ismail, Che Leh Pukak, Dolah Yu, Tok Pulut, Tok Khatib Janggut, Bidin buta dan lain-lain. Sejurus tiba pula dua tiga orang wanita iaitu Tok Halus, Minah Tok Hiti, Mak De Timah, Mak Teh Embong, Tok Timah Tok Mail, Tok Haram dan diikuti dua tiga orang anak dara Jarah, Yati dan Sara. Masing-masing berselubung. Mereka masuk ke masjid dan mengenakan pakaian untuk solat. Sejurus kemudian kedengaran riuh rendah, gegak gempita, seperti sekumpulan musuh yang akan menyerang masjid lakunya. Kumpulan budak-budak datang terawih. Dua tiga puluh orang ramainya. Ada yang bertempik, Ada yang terjatuh, Ada yang kena langgar, Ada yang berpimpin berderet-deret, macam-macam kejadian. Masing-masing mahu cepat benar. Mereka takut benar melintasi kubur disitu. Ada yang membawa pelita, Ada yang membawa tanglung, Ada juga yang membawa puntung kayu yang berbara, dikibar-kibar supaya terang. Tidak kurang juga yang bergelap. Setiba kumpulan ini hampir runtuh masjid dibuat nya.

***********************************************************************************************************

Perasaan Che We Meriam mula bertukar. Dia tahu benar kalau tiba pasukan budak berterawih, tentu sekali suasana menjadi gamat. Dia tidak menghiraukan sangat dan masuk mengenakan baju untuk solat. Tok Bilal Latif dan Tok Iman Dolah tiba sejurus. Budak-budak yang bising dan berkelompok, bersandar ditiang diam. Mereka begitu takut dengan Tok Imam Dolah yang lalu depan mereka. Seperti tikus yang takutkan kucing lakunya. Bercangkungan seperti tunggul mati.

***********************************************************************************************************

Diluar masjid Saleh terus memukul geduk(geduk dibuat dari kulit kerbau). Suara Tok Bilal Latif bergema mengalunkan azan. Solat isyak dimulakan diikuti dengan solat terawih. Tok Imam Dolah didepan dan dua saf dibelakang manakala budak-budak satu saf. Disebelah kaum wanita berbaris juga dua tiga saf pendek termasuk Che We Meriam, Mak Teh dan dua tiga orang anak dara tadi. Berlalu sudah dua rakaat pertama solat terawih.Diikuti oleh sahutan budak-budak yang memecah kesunyian.

 "Saa Llah llah wasalamuuuualai.....ihh"
Tempik budak-budak dengan begitu kuat sekali. Mereka solat begitu khusuk sekali. Disahut oleh budak-budak dengan penuh semangat selepas imam memberi salam...
***********************************************************************************************************
Tiba-tiba dirakaat kelapan suasana menjadi gamat, Budak-budak mula bising. Menganggu imam membaca, menganggu solat terawih, serasa Che We Meriam mahu membatalkan solatnya. Mahu ditengking budak-budak itu. Disabarnya. Bengkak dada Che We Meriam. Dia tidak dapat memberi tumpuan penuh pada solatnya,hingga rakaat itu selesai. Budak-budak riuh lagi dibelakang. Selesai sahaja  rakaat,Che We Meriam terus jerkah menjerkah budak-budak yang riuh itu dengan sekuat-kuat nya, Marah betul Che We Meriam ketika itu. Semua budak sunyi sepi..
"Mu seme mari mejid ni nak terawih ke nak apa hah?" Kata Che We Meriam dengan marah..
"Apa yang uning (kamu semua) buat hah," Tanya Che We Meriam lagi..
"Budak-budak gocoh Tok We," Kata Semek Long..
"Hapeh gocoh, mari aku ajar, mu dok tahu, mejid ni tempat orang beribadat, bukan tempat orang nak gocoh," Ugut Che We Meriam bersungguh-sungguh
***********************************************************************************************************
Budak-budak diam sejurus. Rakaat kesembilan dimulakan lagi. Che We Meriam terus solat. Bermacam-macam perasan dendamnya. Marah dan radang terpaksa ditahan. Serasa tidak sah langsung solatnya ketika itu. Hendak dimarah teruk-teruk takut nanti tiada budak datang pada malam esoknya. Tidak meriahlah masjid jika tiada budak berterawih. fikir Che We Meriam. Budak-budak terus bising hingga rakaat yang akhir. Selesai solat terawih semua budak-budak berkejar ke-anjung masjid.

***********************************************************************************************************

Che We Meriam cepat-cepat menanggalkan baju sembahyangnya dan terus ke anjung masjid dan menyeduk bubur lambuk yang separuh hangat. Satu demi satu. Budak-budak terus menerkam. Berebut mengambil bubur lambuk sepinggan seorang. Riuh rendah. Seperti anak itik berebut makanan. Ada yang terlanggar sama sendiri. Tertumpah bubur lambuk tercurah kebaju kawan. Che We Meriam bersama dua tiga pembantu tidak henti-henti menyenduk bubur lambuk sepinggan demi sepinggan. Tidak sampai beberapa minit sahaja suasana disitu menjadi sunyi sepi. Budak-budak semua telah pulang. Hanya tinggal pingan-pingan yang berserakan. Bubur lambuk bertumpahan kelantai. Hanya Che We Meriam tercangkung disisi besen besar yang telah kosong.

***********************************************************************************************************

Didalam masjid Tok Imam Dolah dan Tok Bilal Latif sedang khusuk ditikar.Mereka membaca Al Quran. Suara mereka sayup-sayup kedengaran dan bergetar...

Sekian
Oleh
MOHAMAD BIN ABDULLAH  PPN

Thursday 9 October 2014

Pada 6-10-2014 belia kampung bukit gemuroh telah menganjurkan acara bola tampar tertutup.Acara ini telah disertai oleh belia2 kampung bukit gemuroh,Enam pasukan telah mengambil bahagian.
NAMA-NAMA PESERTA

Perlawanan dimulai seawal 8.30 pagi di gelangang bola tampar kampung bukit gemuroh.Permainan dijalankan secara liga dengan setiap pasukan bertembung antara satu sama lain.Empat pasukan teratas kepusingan peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir telah diadakan pada pukul 4.30 petang,
Pembahagian hadiah telah disempurnakan oleh pengerusi JKKK kampung bukit gemuroh kapada juara dan naib juara,Selain itu hadiah juga telah diberikan kapada penonton dan permain.Hadiah telah dikatagorikan ke beberapa bahagian,.

A)Juara>>>>kumpulan 2
1) Mat epi
2) Gabang,
3) Jusuh.
4)Mat Yus.
5) Mat Alif.
6) Sulong Harun.
7) Serah mamud
8) Kapok

B) Naib Juara>>>>Pasukan  4
1) Saari.
2) Mat Emy
3) Mat Atan
4) Hafiz Mat zam
5) Mat Piko
6) Chik 
7) Along Piji.

C) Tempat Ke-3>>> Kumpulan 1
1) Zeri.
2) Mat Yie
3) Sudin
4) Saupi pio
5) Iman mamud.
6) Naim 
7) Mamud.
8) Pok meri..
Hadiah kapada penonton dan permain..
1) DJ sporting>>>>>>>>>Nuar Labu
2) Penyokong cilik>>>>>> Adik Yo.
3) Penyokong vateren>>>>Pok su mail
4) Pengadil terbaik>>>>>>Zamri Mat som
5) Penjaga Garisan terbaik>Mat Duan.
6)Permain Vateren Terbaik>Jusuh.
7) Permain Terbaik >>>>>> Mat Atan..

Pukul 6.30 bersurai...Sekian...










Tuesday 7 October 2014



(CERITA INI TELAH DICERITAKAN KAPADA AKU OLEH MOHAMAD ABDULLAH,AKU TAK TAU SAMA ADA BETUL KE DAK,IKUT AKAL MEMANG TAK LOJIK,TAPI BACA JE CERITA NI)

BUKIT LANGKAT


Pada tahun 1930 an,Ayah arwah yunus bin itam (pok nuh),orang panggil tok bomoh itam,memang dia seorang bomoh,sangat terkenal dimasa itu,Tok bomoh itam telah bertanam padi huma dibukit langkat.

Suatu hari dia berehat di dangau,kerana terlalu penat dia tertidur,dalam tidur nya dia telah bermimpi berjumpa dengan puteri bunian,puteri tersebut telah berkata,"kami nak berkawan dengan awak kerana awak orang baik",lalu puteri bunian telah berpesan,kalau nak berjumpa dengan kami,pakai lah kopiah yang terletak diatas sebuah batu dan dibawah pokok pula,(macam cerita star gate jugak ar) Puteri tersebut telah hilang dari pandangan dan tok bomoh itam telah terjaga dari tidur nya,tok bomoh itam telah mencari kopiah yang diceritakan oleh puteri bunian seperti didalam mimpi nya tadi,setelah terjumpa dengan kopiah yang diceritakan,tok bomoh itam terus memakai nya,Bila saja dia memakai kopiah  tersebut tok bomoh itam telah nampak sebatang jalan dan dia terus mengikut jalan tersebut dan telah terjumpa dengan sebuah kampung yang indah,kampung tersebut ialah kampung orang bunian...Tok bomoh itam telah nampak semua kampung halaman ayam itik,kerbau lembu dan tok bomoh itam telah berjumpa dengan mak dan ayah puteri bunian Setelah beberapa lama berulang alik dan bercinta dengan puteri bunian,keluarga puteri bunian telah bersetuju untuk kahwin kan tok bomoh itam dengan puteri bunian,Dimasa itu Tok bomoh itam dah ada anak dikampung iaitu yunus bin itam (pok nuh)

(Untuk pengetahuan, tok bomoh itam tinggal dikampung bukit gemuroh,mereka telah pindah kekampung kuala menjing akhir tahun 60an)
Orang bunian telah berpesan kapada bomoh itam:“kisah di bukit langkat jangan bawak ke kampung,kalau nak kekampung dibukit langkat,pakai kopiah yang di bagi,bila nak balik kampung,cabut kopiah dan simpan ditempat yang selamat"..

Selang beberapa bulan kemudiannya mereka dikahwinkan,di masa itu orang bukit langkat buat kenduri besar (perkampungan bunian)Ramai dari penduduk kampung bukit gemuroh yang kena jemput kenduri kawin tersebut.Penduduk kampung bukit gemuroh menghadiri majlis tersebut macam kenduri biasa,Perkampung yang mereka lihat serupa dengan kampung2 melayu yang lain,Riuh rendah kenduri macam kenduri dikampung2 melayu yang biasa,Ada tempat memasak,ada tempat untuk makan,riuh rendah budak2 dan sebagainya.Selain dari jemputan biasa penduduk kampung bukit gemuroh juga di jemput untuk memeriahkan lagi perkawinan tok bomo itam,Jemputan untuk berdikir rebana besar memenuhi acara pada malam perkawinan tok bomo itam dan puteri bunian.Pasukan berdikir rebana besar telah diketuai oleh tok mezah,(tok mezah ialah tok ki kpd ketua pemuda umno kg bukit gemuroh sekarang)dan tok pahang (Tok Pahang ialah ayah tiri kapada Ghani Abu Bakar,Sidik Abu Bakar dan Halimah hitam.Tok pahang telah meninggal dunia di Makah) Dikatakan jemputan untuk berdikir rebana besar hanya berdikir sebelum subuh sahaja dan pihak tuan rumah berjanji untuk memberitahu masa untuk berhenti berdikir tapi pihak tuan rumah terlupa untuk mengingatkan  jemputan berdikir rebana besar kerana terlalu asyik mendengar alunan keasyikan yang dibawa oleh para jemputan dari kampung bukit gemuroh,Oleh kerana terjadi peristiwa lupa tersebut pasukan berdikir telah berdikir sehingga larut ke waktu subuh,Oleh kerana hari dah siang mereka telah dijumpai oleh pasukan pencari dari kampung bukit gemuroh, sedang asyik berdikir diatas pokok ara besar di bukit langkat.(Waktu sebelum subuh yang dijanjikan oleh tuan rumah ialah masa yang sesuai untuk berhenti berdikir dan kejadian berdikir diatas pokok ara tidak akan terjadi.)

Pada masa perkahwinan tok bomo itam telah terjadi perkara yang tak diingini,Semua hasil padi tak menjadi kerana padi telah diambil oleh penduduk kampung bukit langkat untuk dibuat kenduri kahwin tok bomo itam dan puteri bunian dan telah masuk kedalam mimpi penduduk kampung bukit gemuroh, penduduk kampung bukit langkat telah meminta maaf tentang kejadian tersebut dan kejadian berebana diatas pokok ara...

Walau macam mana pun penduduk kampung bukit gemuroh yang menerima jemputan kawin dari penduduk bukit langkat, tidak tahu siapa yang berkawin,mereka menghadiri jemputan sahaja tanpa tahu siapa kah yang berkawin,

Setelah berkawin dengan puteri bunian, tok bomoh itam sentiasa berulang alik ke bukit langkat dengan memakai kopiah nya dan menyimpan kopiah tersebut setelah pulang kekampung. Dikampung tok bomo itam mempunyai isteri dan anak dan di bukit langkat tok bomo itam mempunyai isteri muda nya, puteri bunian.(untung ar dia).Beberapa bulan kemudian nya puteri bunian telah pun mengandung hasil perkawinan nya dengan tok bomoh itam dan berita gembira itu disampaikan kapada tok bomoh itam,Oleh kerana terlalu gembira tok bomo itam telah terlepas cakap kapada penduduk kampung tentang perkawinan nya dengan puteri bunian kerana terlalu gembira menerima berita isteri bunian nya mengandung.Oleh kerana pesanan orang bunian,"yang dibukit jangan bawak ke kampung,"tok bomoh itam dah langgar,kopiah yang menjadi kunci untuk berjumpa dengan orang bunian telah diambil balik oleh orang bunian,Sejak itu tok bomoh itam telah menjadi sasau kerana mengenangkan puteri bunian dan anak yang dalam kandungan puteri.Sejak itu tok bomoh itam tak dapat lagi berjumpa dengan isteri nya.Tok Bomoh itam telah berpesan kapada anak nya iaitu yunus itam (pok nuh) untuk mencari adik nya,Tok bomoh itam dalam keadaan kurang waras nya sehingga meninggal dunia.
TAMAT
(Sejak itu pok nuh sentiasa berulang alik ke bukit langkat,Arwah telah membuka tanah disitu dan dikatakan juga arwah ingin bertemu dengan adik nya.Tak diketahui arwah berjumpa atau tidak,ada yang kata arwah pernah berjumpa dengan adik nya seorang lelaki,kalau arwah berjumpa memang boleh dipertikaikan kerana arwah tak pernah pakai kopiah atau pun kalau ada kopiah tersebut adakah puteri bunian telah baik hati memberi kopiah tersebut,baik hati benar puteri bunian,suami sendiri marah bagai nak rak tiba2 dengan anak tiri nya dia jadi baik,macam tak lojik jer,kikikikiki)

Thursday 31 July 2014

Allahukbar Allahuakbar Allahuakbar,takbir raya yang sentiasa dikumandangkan diseluruh pelusuk bumi bila tiba saat untuk berhari raya,inti pati khutbah yang sentiasa memuji Allah dan meraikan kemenangan yang dikecapi oleh mereka2 yang berjaya melawan hawa nafsu,menahan lapar dahaga menjaga tata tertib bila melakukan ibadat...


Takbir raya dikumandangkan dimasjid2 Atau ditempat2 umum dgn maksud membesarkan Allah yang memang besar sifat nya,


Ajk masjid kampung bukit gemuroh telah melakukan takbir raya selepas solat iisyak,dihadiri oleh pemuda dan ahli jamaah,lebih kurang 20 orang ahli jamaah yang mengambil bahagian.

Diharap pada masa yang akan datang lebih ramai dapat menghadirkan diri dlm majlis yg sebegini,sekian

Pada 26hb julai 2014 belia kg bukit gemuroh dan ahli jawatan kuasa kampung dengan kerja sama ahli jawatan kuasa masjid telah mengadakan majlis berbuka puasa.Majlis berbuka puasa ini juga kerana ingin meraikan perantau yg pulang untuk berhari raya..

Lebih kurang seratus orang penduduk telah hadir dimajlis ini.boleh dikatakan majlis berbuka puasa sangat berjaya.Seekur lembu telah disembelih dan penyediaan lauk pauk telah dilakukan oleh kaum wanita.

Majlis doa selamat telah diadakan sebelum berbuka dan majlis tamat setelah solat maghrib berjamaah,sekian


Sunday 27 July 2014

Pada 1 syawal 1435 Hijrah bersamaan dengan 28hb julai 2014 kampung bukit gemuroh telah kehilangan seorang warga tua nya,Seorang yang hidup nya telah banyak merasai jerih perit kerana perjalanan hidupnya mengalami beberapa peristiwa penting dalam negara Malaysia.Seorang yang merasai semua nya kerana dimasa kejadian penting negara beliau telah pun dewasa .

Ibu kapada saudara Arifin bin Mamat,bernama Zainab bt Abdullah,berumur 85 thn,panggilan mesra dikampung sebagai mok long Nab,Mok long Nab telah uzur sejak sekian lama.Beliau telah dijaga dan tinggal bersama anak nya dgn mendapat kasih sayang sebagai seorang mak,Semoga roh nya dicucuri rahmat,semoga rohnya ditempat kan ditempat yang selayak nya,Al Fatihah....

Akan dimandikan pada pukul 4 ptg
Solat jenazah pada pukul 5 ptg
Akan dikebumikan pada pukul 5.30 ptg.
Inshallah....

Sunday 20 July 2014

Pada 19hb julai 2014 bersamaan dengan 21 hb ramadan 1435 H,Masjid kg bukit gemuroh dengan kerjasama jkk kampung bukit gemuroh telah mengadakan majlis khatam Al Quran,Majlis khatam Al Quran merupakan majlis yang mesti diadakan pada bulan ramadan,disamping majlis berkhatam Al Quran biasanya akan diadakan majlis berbuka puasa..

Majlis Khatam Al Quran dan berbuka puasa akan disertai oleh penduduk kampung jiran dan tetamu yang dijemput,Seramai 2oo orang tetamu telah hadir dalam majlis yang bermula seawal pukul 6.30 petangdan berakhir selepas solat sunat berjamaah selepas berbuka puasa..Sekian
Aturcara Majlis..
6.00 ptg>>>> ketibaan tetamu
6.30 ptg>>>>acara khatam Quran dimulakan
7.00 ptg>>>>tahlil
7.28 ptg>>>>Berbuka puasa dan solat maghrib





Sunday 6 July 2014

Gotong Royong membersih kawasan masjid dan kawasan tanah perkuburan telah diadakan pada 27hb jun 2014 hari jumaat, dengan kerjasama ahli jawatan kuasa masjid dan ahli jawatan kuasa kemajuan kampung bukit gemuroh.Telah disertai oleh semua golongan,Gotong royong membersikan masjid dan tanah perkuburan merupakan gotong royong rutin yang diadakan pada setiap tahun bila kedatangan bulan ramadan.Program bermula seawal pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dengan diakhiri dengan jamuan makan dan bersolat jumaat,sekian
Gambar2 >>>>>>>>