Tuesday 30 June 2015

Telah kembali kerahmatullah Ismail bin omar pada 23-6-2015,Allahyarham lebih dikenali sebagai pok ngoh enon.Telah menghambuskan nafas terakhir pada 23-6-2015 pada pukul 11.30 malam dan arwah telah dikebumikan pada 24-6-2015 pada keesukan hari nya,semoga roh nya dicucuri rahmat..Amin...

Friday 5 June 2015

Telah kembali kerahmatullah Esah bt Embong pada 2-6-2015 pada pukul 9.30 malam setelah mengalami sakit angin ahmar selama dua minggu,Dilahirkan pada 19-8-1941.Berusia 74 tahun,semoga roh nya dicucuri rahmat...


Telah pulang kerahmatullah liah bt hassan pada 24-5-2015 pada pukul 4.30 petang setelah mengidap sakit angin ahmar hampir 3 tahun yang lalu.Meninggal pada usia 71 tahun. Dilahirkan pada  21-9-1944...Semoga roh nya dicucuri rahmat,Amin..
kebun sayur yg diusahakan oleh liah hasan sebelum ditimpa musibah sakit angin ahmar

Semasa hidupnya liah bt hasan seorang yang sangat gigih berusaha sebagai seorang pekebun sambilan,Beliau juga dikenali sebagai mok yoh kapada penduduk kampung dan mesra dipanggil macam tu.Beliau suka bertanam sayur secara kecil2an menumpang bertanam secara berkelompok bersama2 kawan nya,Tanaman nya sangat menjadi dan memmberi hasil yg boleh dikatakan sebagai lumayan.Tanaman yang beliau sering usahakan seperti tanam jagung,kacang tanah dan sayuran seperti timun,lada dan kacang panjang.Beliau juga seorang tukang urut yang berjaya berdasarkan ramai yang mengunjungi rumah nya untuk berurut dan kerap berurut diluar kampung.Sekian