Wednesday 25 June 2014

Dun telemong menganjurkan piala dun untuk bolasepak yg bermula sejak bulan mei yg baru lalu.Penganjuran nya meliputi seluruh DUN telemong,Pada pusingan awal kejohanan ini telah dipecahkan mengikut mukim,Mulim tersat telah dipecahkan kpd dua kumpulan
a)Kumpulan A
1)kampung padang setar
2)Kampung sekayu
3)Kampung kemat
4)zKampung durian bador

b)Kumpulan B
1)Kampung ceting
2)kampung kuala menjing
3)Kampung Pelandan
4)Kampung bukit gemuroh

Kampung bukit gemuroh berada dlm kumpulan B bersama kg pelandan,kg cheting dan kg kuala menjing,

Keputusan untuk kumpulan B
1)kg bukit gemuroh>>  5   O <<<Pelandan
2)kg bukit gemuroh>> 1.    2 <<< Cheting
3)kg bukit gemuroh>>0.      1<<< kuala menjing

Mata.
Kg cheting                  7 mata
Kg kuala Menjing.     7 mata
Kg bkt gemuroh.        3 mata
Kg Pelandan.              O mata

Dua pasukan teratas akan memasuki pusingan kedua yang akan disambung selepas hari raya puasa.Kg bukit gemuroh telah gagal untuk meneruskan cabaran setelah hanya. Mendapat tiga mata sahaja.,sekian


Semua perlawanan telah diadakan dipadang kampung kuala menjing.
 Otai termenung panjang,mengingati hari2 gemilang nya

Tuesday 24 June 2014

Bermula pada 13hb jun 2014 sehingga 13hb julai 2014 dunia akan beraksi dengan menyaksi kan kejohanan piala dunia Brazil yang lebih dikenali sebagai World Cup,Dunia akan berjaga malam disuatu sudut dunia dan akan meyaksikan nya pada sebelah siang disudut dunia yang lain pula.Oleh kerana perbezaan masa yang jauh antara negara yg menganjurkan kejohanan ini, menyaksikan aksi piala dunia pada malam hari sudah menjadi perkara biasa..

Malaysia antara negara yang terpaksa meyaksikan piala dunia pada pukul 12 tengah malam sehingga awal pagi.Perbezaan waktu antara negara yg menganjur piala dunia dan malaysia ialah 12 jam,Acara yg berlangsung pukul 12 tengahari boleh ditonton pukul 12 tengah malam dimalaysia.Dengan waktu yg terlalu berbeza dan larut malam telah menjadikan acara ini dipelbagaikan cara penontonannya,selain dari tonton dirumah ada pihak2 tertentu telah mengadakan tayangan skrin besar,biasanya restoran2,party2 politik dan orang perseorangan telah mengambil inisiatif penayangan skrin besar,restoran2 untuk menarik pelanggan,party politik untuk mengekalkan sokongan,orang perseorangan hanya untuk kepuasan diri sendiri.huhuhuhu...


Tayangan secara langsung perlawanan bola sepak piala dunia merupakan satu agenda belia kampung bukit gemuroh dengan kerjasama DUN telemong.Tayangan skrin besar telah dibuat digelangang futsal kampung hukit gemuroh pada 19hb jun 2014.Dalam program ini telah diadakan beberapa acara sampingan sementara menunggu siaran langsung bermula.Lebih kurang 50 0rang belia telah hadir menyaksi dan memeriahkan program tersebut...
Acara2nya ialah,
1) ting2 bola..
2) tendangan gol..
3) cabutan nombor bertuah.

Acara ting2 bola telah dimenangi oleh,
1) mat yi

Acara tendang bola ke belakang,.
1) saari.
2) naden

Seramai 10 orang telah memenangi cabutan nombor bertuah dan hadiah2 berupa baju bola team yang bertanding dipiala dunia brazil 2014.Semua hadiah telah disumbangkan oleh datok jailani selaku Ahli parliman hulu terengganu dan Datok Rozi Mamat selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong


Program tamat pada pukul 5 pagi,Sekian

Monday 23 June 2014


Jalan baru ini hanya diturap semula kerana keadaan jalan yang sudah rosak,pembinaan jalan baru bermula dikampung bukit biah sehingga ke kampung bukit gemuroh sejauh 1.6 km.Pembinaan jalan dibuat pada 14hb jun 2014 dan siap pada 16hb jun 2014.Pembinaan jalan baru sejauh 1.6 km ini telah disebut didalam mesyuarat jKK pada sesi bln  januari 2014 dan telah di realisasikan pada bulan jun 2014.Sekian

Sunday 15 June 2014

  Benang sutera yang dibeli dari pembekal.

 

Sejarah sutera dan asal usulnya..

Sutera berasal dari negeri china,Sutera dijumpai dan digunakan berabad2 sebelum masihi,Dimasa itu perdagangan sutera dimonopoli oleh  negera china kerana kerahsiannya yang tidak memungkinkan pembuatan sutera diketahui oleh penduduk negera2 lain,Sutera dijumpai dengan cara tidak sengaja oleh seorang permaisuri china dimasa itu,Penelitian permaisuri maharaja china keatas kepompong dipokok malberi dan dengan tidak sengaja telah mengambil kepompong,kepompong yang diambil telah jatuh kedalam cawan teh yang sedang panas,ketika diambil ternampak oleh nya jaluran benang yang dihasil oleh kepompong.Dan dari situ bermulanya sejarah pembuatan kain sutera dinegara china,Pembuatan sutera telah menjadi rahsia negara berabad2 lamanya sehingga kerajaan bezentine telah menhantar beberapa orang pengintip untuk mengintip cara2 pembuatan sutera dan dari situ perusahaan membuat sutera telah dikuasai oleh negara2 diasia barat dan eropah pada 500 masihi setelah berabad2 menjadi rahsia oleh kerajaan china...


Sutera dimalaysia/terengganu

Sutera di-tanah melayu telah dikenali sejak tahun 1200 masihi,terutama nya dinegeri terengganu,Sutera telah dibawa oleh pedagang china keterengganu melalui pelabuhan terengganu dan terus kepelabuhan hulu, di kuala berang.( ganuindah.blogspot.com/2011/12/negeri-terengganu.html ) Melaka telah mengenali sutera pada tahun 1500,terkemudian dari terengganu,Pedagang dari china telah memainkan peranan yang penting mempekenalkan dan membawa sutera ketanah melayu..

Walau pun sutera telah lama dikenali dan dipakai oleh golongan bangsawan diterengganu tetapi pembuatan sutera,serta penanaman pokok malberi hanya dilakukan pada awal tahun 1980.Penanaman pokok malberi telah dilakukan oleh individu yang meminati perusahaan membuat sutera dengan membawa pokok malbari keluar dari negara india dan ditanam di kampung cheting hulu terengganu.Sutera Semai adalah anak syarikat dinegeri terengganu telah mengambil tangung jawab bagi melaksanakan perusahaan sutera di Terengganu.

 Mesin pelerai benang sutera

 PENENUNAN SUTERA DIKAMPUNG BUKIT GEMUROH..

Mungkin kerana kurang sesuai dan mungkin kurang kepakaran penanaman pokok malberi dan perusahaan membuat sutera oleh syarikat sutera semai di kampung cheting telah berkubur begitu sahaja, dengan meninggalkan beberapa orang pekerja mahir dalam penenunan sutera.Dari susur galur ini lah beberapa orang yang sangat meminati penenunan sutera telah mengambil beberapa inisiatif untuk menjadikan penenunan sutera sebagai kerjaya yang boleh memberikan pekerjaan kapada beberapa orang penduduk kampung bukit gemuroh.Beberapa orang yang berkemahiran telah menyewa peralatan menenun dan dijadikan sebagai perkerjaan kapada mereka.Perusahaan menenun yang dilakukan oleh mereka telah mendapat kerjasama JKK Kampung Bukit gemuroh dengan memberi bangunan balai raya lama untuk mereka beroperasi,Setakat ini ada 3 orang telah berkerja sepenuh masa untuk menenun.Setakat ini hasil produk mereka ialah batik sutera,songket dan sutera biasa.Penenunan sutera berdasarkan kapada tempahan yang diterima.Tempahan boleh dibuat di nombor talipon,0199913558....Sekian...
Benang akan disusun diatas bidai mengikut corak yang dikehendaki

Benang akan digulung dimesin pengulung..

80% siap

Kain Sutera yang sudah siap di tenun
Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam lailatul qadar Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAWtidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:>>

Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda SAW selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
 Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.




Pada tahun ini nisfu syaaban telah jatuh pada 12hb jun 2014,seluruh masjid2 talah mengadakan bacaan yasin untuk menyambut nisfu syaaban dan tidak ketinggalan masjid kampung bukit Gemuroh telah mengadakan majlis yang sama,Semua ajk masjid dan ajk jkk telah hadir dalam majlis tersebut dan tidak ketinggalan penduduk setempat..

Majlis dimulakan dengan bersolat maghrib berjamaah,bacaan yasin,dan sedikit tazkirah,Majlis berakhir selepas solat isyak pada pukul 9.00 malam,Sekian.


Saturday 14 June 2014


Kampung bukit Gemuroh telah menyertai pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M),Pertandingan ini telah disertai oleh beberapa buah kampung dikawasan hulu terengganu dan salah satu kampung yang menyertai nya ialah kampung Bukit Gemuroh.
Pada 11hb.jun 2014 yang lalu ajk pertandingan kampung bukit Gemuroh telah menerima kehadiran juri dalam permarkahan kapada kampung yang bertanding.Beberapa acara telah disusun untuk menyambut para Juri yang terdiri dari pelbagai pegawai dari pelbagai jabatan yang mempunyai kepakaran dalam permarkahan seperti jabatan kemas,ketua penghulu dan dari jabatan yang berkaitan...
Rombongan telah disambut dengan acara perarakan motosikal dari team HTMCC pada  2.30 petang,Seramai 20 orang rider dan suka rela telah menyertai perarakan yg bermula dari sempadan kampung bukit gemuroh dan kampung kuala Menjing.Perarakan sejauh 500meter itu telah disambut oleh AJK pertandingan dan Ketua nya En Abdul Rashid Ismail dibalai raya kampung Bukit Gemuroh.,Rombongan Juri juga telah dihidangkan dengan tarian balai oleh penari2 balai yang dilatih khas untuk beberapa sambutan dan pertunjukan didalam dan luar kampung.Penari terdiri dari kanak2 yang berusia 9thn hingga 12 tahun.
Pada pukul 3.00 petang upacara sambutan selesai dan dimulai permarkahan oleh juri,Permarkahan selesai pada pukul 4.00 petang dan disudahi dengan jamuan ringan kapada juri dan sekelian yang hadir,Sekian....



Wednesday 4 June 2014

Al Fatihah..
Pada 3hb jun 2014 penduduk kampung bukit gemuroh telah kehilangan seseorang yang sangat dikenali oleh penduduk kampung,Beliau seorang ayah,seorang sahabat dan seorang kawan kapada semua orang.Nawawi bin Ngah nama yang dikenali oleh kawan2nya,Ayah Teh Nawi kapada saudara terdekat dan bak (ayah) kapada anak-anak nya.

Telah menhembuskan nafas pada 6.00 petang pada 3hb.jun 2014 dihospital Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Telah dimandikan serta dikafankan pada pukul 9.00 pagi 4hb.jun 2014.Telah disembahyangkan pada pukul 9.45 pagi dan siap dikebumikan dan ditalkinkan pada pukul 10.45 pagi,Semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang-orang yang sholeh,Amin.....

Sunday 1 June 2014


Setiap yang hidup pasti akan menemui tuhan nya,ALLAH yang maha agong,Pada 2hb jun 2014 pukul 9.00 pagi,telah kembali kerahmatullah saudara Mokhtar bin Mat Amin suami kapada maznah bt Abdullah,Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh.....

Solat jenazah selepas asar dan selamat dikebumikan pada pukul 6 petang ditanah perkuboran kampung bukit Gemuroh....Semoga roh nya di cucuri rahmat....