Saturday 24 February 2018


Pada 24-2--2018 satu majlis walilmatulurus telah diadakan dirumah Shaifuddin bin Mat Radzi,Majlis menyambut menantu ini diadakan kerana perkawinan  anak perempuannya iaitu Aima Nazirah binti Shaifuddin.Sementara pengantin lelaki bernama Ismail bin Ibrahim.Pengantin perempuan bekerja dikota bharu Kelantan sebagai pelukis pelan sementara pengantin lelaki bekerja disebuah syarikat swasta dibandar kota bharu...Pengantin lelaki berasal dari tumpat kelantan dan pengantin perempuan berasal dari kampung bukit gemuroh..Akad nikah telah diadakan di masjid kampung bukit gemuroh pada 24-2-2018,pukul10.00 pagi,dengan sekali lafaz maka sah lah kedua2nyamenjadi suami isteri..(Habis sorang lagi awek bukit gemuroh)
Kisah percintaan antara kedua2nya tak lah panjang,hanya setahun berkenalan dan  mendirikan rumah tangga dengan mengikat tali pertunangan selama tiga bulan.Ada kisah lucu antara kedua2 pengantin ini.Kedua2 nya berkenalan disatu program Hit fat,Program ini merupakan program untuk mengurus kan badan.Mungkin kedua2nya terasa kurang keyakinan diri oleh kerana berat badan yang tak sepadan dengan usia dan mungkin juga untuk ketrampilan diri kapada kedua2nya yang bekerjaya..Tetapi admin tak nampak plk kedua2nya kurus,hahaha...Apa yg nak ditekankan disini ialah kalau dah jodoh pertemuan,gemok ke kurus tak menjadi halangan,Terus je jalan...Gurau je pengantin.. :) :) :)
Seperti biasa majlis kenduri kawin bermula diawal pagi dengan bergotong royong menyediakan lauk pauk seperti gulai daging kawah dan sayur2an.Diawal pagi juga gotong royong menyiang daging dan penyediaan lauk pauk.

Pada malam sebelum majlis walilmatulurus golongan muda bergotong royong memasak air minum secukupnya disamping menyediakan kemudahan untuk memasak seperti dapur,kayu api,periuk besar dan sebagainya.

Majlis makan bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang,sementara itu rombongan pengantin lelaki tiba pada pukul 12.30 pagi diiringi  dengan bacaan doa.Pukul 1.30 ptg majlis makan dengan kedua2 belah pengantin disertai dengan ahli rombongan.Rombongan pengantin perempuan telah bersurai pada pukul 2.30 petang.Sementara itu jemputan kenduri kawin berlanjutan seperti yang dirancang sehingga pukul 5.00 petang.SEKIAN
JKKK Kg bukit gemuroh dan admin blog jkkk kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kapada kedua2 pengantin iaitu Aima Nazirah dan Ismail  Semoga perkawinan ini kekal selama nya.Didoakan semoga perkawinan ini diberkati..INSHAA ALLAH.

BARISAN PENGANTIN LELAKI>>>>>>







Video suasana perkawinan Aima Nazirah dan Ismail

TETAMU JEMPUTAN>>>>>>>






PEKERJA KENDURI KAWIN>>>>>







Friday 23 February 2018

Pada 23-2-2018 penduduk tanah lot kampung bukit gemuroh telah menerima kunjungan oleh Ahli Parlimen hulu terengganu kerana kejayaan projek bekalan letrik kerumah penduduk ditanah lot tersebut.Program ini  dimulakan sejak akhir tahun 2017 lagi dgn pengumuman yang telah dibuat oleh dato' sri ahli parlimen hulu terengganu dgn meluluskan peruntukan sebanyak 10 ribu ringgit.Kedatangan dato,sri Jailani Johari pada petang tersebut merupakan kemuncak kpd kejayaan bekalan letrik ketanah lot kg bukit Gemuroh dalam program santai nya yg dinamakan program suiz on  ( senang cerita,Buka Suiz) 
Atur cara majlis..
Ketibaan dato' Sri Jailani Johari pada pukul 4.45 petang.
1) Ucapan alu2an oleh pengerusi jkkk.
2) Ucapan oleh Dato Sri Jailani Johari..
3) Gimik Suiz On/beramah tamah dgn penduduk setempat.
4) Jamuan ringan..
5) Lawatan kekolam pancing...

Majlis berakhir pada pukul 6.00 petang..