Sunday 19 April 2015



Salah satu anugerah besar daripada tuhan yang maha esa ialah air,Air merupakan keperluan yang sangat asas dalam kehidupan.Air tidak hanya penting kapada manusia tetapi air merupakan penting kapada semua makhluk seperti haiwan dan tumbuhan,Tanpa air berkemungkinan besar tiada kehidupan.Air memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan manusia,Malah tubuh manusia sendiri terdiri dari 70% air,Air digunakan untuk macam2 perkara seperti membersihkan diri,memasak dan sebagainya,Selain itu air berperanan besar dalam sektor perlancungan perkilangan pertanian,malah boleh dikatakan air diperlukan dalam semua kegiatan hidup





Air boleh didapati dibanyak tempat tetapi tidak semua tempat mempunyai air,contoh2 tempat yang tak mempunyai air seperti digurun2,Walau macam mana pun keberadaan air ada dimana2 walau pun digurun sendiri Cuma quantiti air nya sahaja yang berlainan sama ada banyak atau pun sikit,Air digurun dihadirkan hanya dalam bentuk embun,Digurun tidak mempunyai hujan,malah ada gurun didunia tak mempunyai hujan sejak 100,000 tahun yang lalu.Di-Malaysia,negara kita tak langsung punya masalah kekurangan air,air ada dimana2,sama ada disungai2,tasik2,parit2 dan didalam perut  bumi,Yang paling penting ialah menjaga sumber ini dengan sebaik2nya



Yang aku nak cerita tentang sumber air yang ada dikampung bukit gemuroh,Sumber air ini bukan lah terlalu penting kapada masyarakat setempat atau negara,tetapi penting kerana satu dari anugerah tuhan itu ada dikampung bukit gemuroh dan mesti dijaga peranan nya,Sumber yang aku maksudkan ialah Alur kampung bukit gemuroh,Walau pun alur ini tak penting kapada kehidupan penduduk kampung bukit gemuroh tetapi peranan nya boleh dikatakan sebagai besar kerana alur ini memberi kedamaian kapada yang ingin menikmatinya dan mungkin salah satu peranan nya untuk melengkapkan peranan nya sebagai sebuah kampung, kampung bukit gemuroh.Disuatu masa yang lalu alur ini telah mengairi kawasan penanaman padi,Air alur ini cukup untuk kegiatan penanaman padi sehingga penanaman padi tak diusahakan lagi...



Alur kampung bukit gemuroh bermula dari bukit langkap,Panjang alur ini lebih kurang 3 km.Dan alur ini berkualakan disungai tersat,Keseluruhan alur ini melalui kawasan pertanian,dan dikebanyakan tempat laluan nya melalui kebun kelapa sawit dan kebun getah,selain itu ialah tanah terbiar yang tak diusahakan,Hanya sedikit laluan nya melalui kawasan perumahan hingga kekuala alur di sungai tersat.baca sini.http://azramsulong.blogspot.com/2013/03/sungai-tersat.html


Pada suatu hari aku telah mengikuti alur ini dari hulu sampai kehilir,mengambil gambar ditempat sumber air alur ini keluar dari celahan batu dan aku melalui alur diparit2 yang dibuat untuk mengeringkan kawasan penanaman kelapa sawit sehingga ketanah gambut yang sangat sukar untuk dilalui.Hanya sedikit sahaja hutan tanah gambut yang belum diusik,mungkin tuan punya tanah tak mempunyai bajet untuk diusahakan tanah mereka,Melalui tanah gambut ini aku merasa sedih kerana peranan alur ini seperti dibenci,ternampak sangat kemiskinan yang dialami oleh alur ini,dibuat sebegitu rupa seperti tak punya peranan langsung.Tangisan senyapnya seperti tak dipedulikan


Satu jam aku terkial2 ditanah gambut yang tak diusik,Takut kapada anakonda (macam ada jer) babi hutan dan binatang yang bisa.Melihat keajaiban faunanya,terjerlus kedalam paya yang sangat dalam tanah lembik nya.mendengar kicauan burung,melihat burung merbuk yang membina sarang,melihat anak2 haruan yang berenang2 dicelah rumput,duduk seketika ditanah yang lembab sambil hisap rokok daun,kikiki



Melalui kawasan projek penanaman kelapan pandan yang diusahakan oleh penduduk kampung dengan kerjasama jabatan pertanian.Baca sinihttp://bukitgemuroh-community.blogspot.com/2015/04/projek-tanam-kelapa.html..Selain itu alur ini melalui satu kawasan tanah terbiar yang tak diusahakan sejak berpuluh tahun yang lalu,Kawasan ini merupakan tempat berpaya dan menjadi tempat makan binatang ternakan seperti kerbau kepunyaaan penduduk kampung,Selebih nya alur ini melalui kawasan kampung dan meneruskan peranan nya kesungai tersat,Sekian..




Kesimpulan nya:Harap benar2 supaya alur ini dijaga dengan rapi,jangan sampai alur ini menjadi tempat pembuangan sampah atau menjadi tandas awam,Harap benar2 alur ini dijadikan tempat untuk rekreasi,Dibina dengan baik dan dihargai...

Catitan:gambar yang paling atas ialah gambar yang paling hulu dan yang paling bawah ialah gambar kuala alur kampung bukit gemuroh disungai tersat,Gambar mengikut susunan seperti nombor..