Thursday 31 July 2014

Allahukbar Allahuakbar Allahuakbar,takbir raya yang sentiasa dikumandangkan diseluruh pelusuk bumi bila tiba saat untuk berhari raya,inti pati khutbah yang sentiasa memuji Allah dan meraikan kemenangan yang dikecapi oleh mereka2 yang berjaya melawan hawa nafsu,menahan lapar dahaga menjaga tata tertib bila melakukan ibadat...


Takbir raya dikumandangkan dimasjid2 Atau ditempat2 umum dgn maksud membesarkan Allah yang memang besar sifat nya,


Ajk masjid kampung bukit gemuroh telah melakukan takbir raya selepas solat iisyak,dihadiri oleh pemuda dan ahli jamaah,lebih kurang 20 orang ahli jamaah yang mengambil bahagian.

Diharap pada masa yang akan datang lebih ramai dapat menghadirkan diri dlm majlis yg sebegini,sekian

Pada 26hb julai 2014 belia kg bukit gemuroh dan ahli jawatan kuasa kampung dengan kerja sama ahli jawatan kuasa masjid telah mengadakan majlis berbuka puasa.Majlis berbuka puasa ini juga kerana ingin meraikan perantau yg pulang untuk berhari raya..

Lebih kurang seratus orang penduduk telah hadir dimajlis ini.boleh dikatakan majlis berbuka puasa sangat berjaya.Seekur lembu telah disembelih dan penyediaan lauk pauk telah dilakukan oleh kaum wanita.

Majlis doa selamat telah diadakan sebelum berbuka dan majlis tamat setelah solat maghrib berjamaah,sekian


Sunday 27 July 2014

Pada 1 syawal 1435 Hijrah bersamaan dengan 28hb julai 2014 kampung bukit gemuroh telah kehilangan seorang warga tua nya,Seorang yang hidup nya telah banyak merasai jerih perit kerana perjalanan hidupnya mengalami beberapa peristiwa penting dalam negara Malaysia.Seorang yang merasai semua nya kerana dimasa kejadian penting negara beliau telah pun dewasa .

Ibu kapada saudara Arifin bin Mamat,bernama Zainab bt Abdullah,berumur 85 thn,panggilan mesra dikampung sebagai mok long Nab,Mok long Nab telah uzur sejak sekian lama.Beliau telah dijaga dan tinggal bersama anak nya dgn mendapat kasih sayang sebagai seorang mak,Semoga roh nya dicucuri rahmat,semoga rohnya ditempat kan ditempat yang selayak nya,Al Fatihah....

Akan dimandikan pada pukul 4 ptg
Solat jenazah pada pukul 5 ptg
Akan dikebumikan pada pukul 5.30 ptg.
Inshallah....

Sunday 20 July 2014

Pada 19hb julai 2014 bersamaan dengan 21 hb ramadan 1435 H,Masjid kg bukit gemuroh dengan kerjasama jkk kampung bukit gemuroh telah mengadakan majlis khatam Al Quran,Majlis khatam Al Quran merupakan majlis yang mesti diadakan pada bulan ramadan,disamping majlis berkhatam Al Quran biasanya akan diadakan majlis berbuka puasa..

Majlis Khatam Al Quran dan berbuka puasa akan disertai oleh penduduk kampung jiran dan tetamu yang dijemput,Seramai 2oo orang tetamu telah hadir dalam majlis yang bermula seawal pukul 6.30 petangdan berakhir selepas solat sunat berjamaah selepas berbuka puasa..Sekian
Aturcara Majlis..
6.00 ptg>>>> ketibaan tetamu
6.30 ptg>>>>acara khatam Quran dimulakan
7.00 ptg>>>>tahlil
7.28 ptg>>>>Berbuka puasa dan solat maghrib





Sunday 6 July 2014

Gotong Royong membersih kawasan masjid dan kawasan tanah perkuburan telah diadakan pada 27hb jun 2014 hari jumaat, dengan kerjasama ahli jawatan kuasa masjid dan ahli jawatan kuasa kemajuan kampung bukit gemuroh.Telah disertai oleh semua golongan,Gotong royong membersikan masjid dan tanah perkuburan merupakan gotong royong rutin yang diadakan pada setiap tahun bila kedatangan bulan ramadan.Program bermula seawal pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dengan diakhiri dengan jamuan makan dan bersolat jumaat,sekian
Gambar2 >>>>>>>>







































Mengempeng merupakan salah satu acara dipekan budaya kuala berang.Pekan budaya kuala berang pada tahun 2014 bermula dari 13hb.jun 2014 sehingga 21hb jun 2014.Menumbuk empeng pada pekan budaya pada kali ini kerana ingin mencipta rekod Malaysia book Of Record.Majlis bermula seawal pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00.Majlis telah dirasmikan oleh Exco perlancungan negeri Terengganu.
Kumpulan menumbuk emping telah datang dari seluruh kampung dari kawasan hulu terengganu,Kampung bukit gemuroh telah menghantar kumpulan nya yang terdiri dari kaum wanita nya yang diketuai oleh:
Pengurus>>>>>>>>>En Samsudin bin Ahmad
Penolong Pengurus>>Hasmah Yunus

Penumbuk emping nya terdiri dari:
Ketua>>>>>>>>>>>>Hitam bt Saleh
Pen Ketua>>>>>>>>>Nurul Nadia Bt Samsudin.

Pasukan penumbuk Emping:
1)Hafsah Bt Ismail
2)Juwahi Bt Ahmad
3)Fatimah Bt Jusuh
4)Kalsom Bt Kasim
5)Zainun Bt Isa
6)Salma Bt Muda
7)Rahimah Bt Ismail
8)Hasnah Bt Hamzah