Wednesday 23 March 2016














Saturday 19 March 2016

Walimatulurus (bahasa arab: ÙˆÙ„يمة) atau kenduri kahwin (seperti majlis santapan makanan) sunat diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat).
Tujuan walimatulurus
Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.
Adab walimatulurus
Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti
1.      dilakukan selepas akad nikah;
2.    menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan;
3.    bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mewah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.
Agenda walimatulurus
Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus, etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan, namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya. Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain. Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.

Pada 18.3,2016 dan 19.3.2016 telah berlangsung satu majlis walimatulurus untuk meraikan perkahwinan nurul Nadia bt shamsudin dan Faizal bin Alangan.Pengantin perempuan berasal dari kampung bukit gemuroh dan pasangannya  Faizal Alangan berasal dari sabah dan telah menginap lama disemenanjung,Kedua2 pengantin merupakan kakitangan kerajaan dan berkerja dinegeri terengganu darul iman...Tuan majlis walimatulurus ialah saudara Shamsudin  bin Ahmad dan isteri hasmah bt Yunus merupakan ayah dan ibu kepada pengantin perempuan dan merupakan seorang kaki tangan kerajaan.Encik Syamsudin seorang yang sangat berpengaruh dikampung bukit gemuroh.Majlis walimatulurus ini merupakan majlis pertama nya dan pengantin perempuan merupakan anak sulong dalam keluarganya.Pengantin telah diijab kabul pada 17-3-2016 pada pukul 9.30 malam..

Pada hari pertama iaitu hari meletak kerja,satu majlis doa selamat telah diadakan pada pagi hari dan disertai oleh beberapa orang jiran terdekat dan ahli masjid,Majlis doa selamat biasanya hanya disertai oleh beberapa orang kerana dibuat secara ringkas sahaja.Pada hari pertama ini lah segala keperluan asas mesti dihadirkan seperti khemah makan, khemah tempat memasak,kerusi meja,periuk kawah.pingan mangkuk dan penyedian rempah ratus dan sebagainya.Sebenarnya majlis seumpama ini telah pun diawali beberapa minggu sebelum nya,Mesyuaratakan diadakan beberapa peringkat,dimulai dengan mesyuarat ahli keluarga dan diteruskan dengan mesyuarat dengan jiran tetangga serta kawan2 baik dan ketua kampung.Pada hari pertama majlis walimatulurus hanya lah terjemahan dari mesyuarat yang telah diadakan..

Keputusan mesyuarat mesti berkeputusan macam ini.
1)Ketua umum
2)Penyambut tetamu
3)Ketua Khemah
4)ketua pinggan mangkuk,kawah,periuk
5)Ketua kayu api
6)ketua air minum (orang muda2 biasanya)
7)Ketua basuh pinggan dan Cawan(gelas)

Pada hari kedua majlis walimatulurus iaitu pada 19.3.2016 majlis memerlukan kerja sama dari seluruh penduduk kampung bersepakat untuk menjayakan majlis.Agenda majlis bermula seawal jam 8 pagi iaitu bermula dengan menyediakan lauk pauk.Kaum lelaki akan dikerahkan untuk menyiang daging,dimasa yang sama kaum perempuan mengambil tempatnya dengan menyediakan lauk pauk lain yang mesti ada pada majlis walimatulurus,Hiruk pikuk pada majlis walimatulurus memang tak dapat dielakkan kerana gotong royong untuk  menjayakan majlis menjadi lebih sibuk dengan aktiviti parut kelapa,membelah unbut,menyiang sayur dan pada masa yang sama ada yang sedang membelah kayu api.

Gulai daging merupakan lauk penting dalam sesuatu majlis walimatulurus dikampung bukit gemuroh.Pada majlis walimatulurus saudara shamsudin Ahmad telah diperuntukan sebanyak 8 kawah daging yang masak,dengan 8 kawah merupakan satu majlis yang sangat tinggi  jemputan nya dan majlis ini boleh dikatakan sebagai yang tertinggi dikampung bukit Gemuroh.Majlis makan bermula dari 11.00 pagi sehingga 5.00 petang tapi biasanya akan berlarut2 hingga kemalam.Jemputan dari tetamu lelaki tiba pada pukul 12.00 tengah hari dan diikuti dengan majlis bersanding dan diikuti dengan beramah tamah dengan keluarga kedua2 belah  pihak..

Majlis walimatulurus nurul Nadia bt Syamsudin telah diterjemahkan seperti cerita diatas..

Selamat pengantin baru diucapkan kapada nurul Nadia bt syamsudin dan Faizal bin Alangan dari admin blog kampung bukit gemuroh dan seluruh penduduk kampung bukit gemuroh,semoga kekal selamanya.

SEKIAN


Untuk menjayakan walimatulurus ini.


PENYEDIAAN






KESEPAKATAN










TETAMU





TETAMU VIP


CREW:




PENGANTIN :








Nur Amira syhira (Drummer)