Selasa, 8 April 2014
Pesta Wau
....FIESTA WAU TERTUTUP 2014...
Pada 4 April 2014, satu pertandingan wau telah
diadakan di satu kawasan lapang di Padang Nibong. Pertandingan ini
bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.
Pertandingan ini terpaksa ditamatkan setengah jam awal kerana cuaca yang
agak redup menandakan hujan akan terun walaupun hujan xturun2.. hihi.
Acara ini diadakan buat julung kalinya setelah sekian lama tidak
berlangsung di Kg Bukit Gemuruh dan anjuran sepenuhnya daripada Ahli
Gerakan Belia Kg Bukit Gemuruh. Seramai 43 orang kampung yang menyertai
pertandingan ini dengan bayaran rm5 bagi golongan dewasa dan rm3 bagi
golongan kanak - kanak. Syarat penyertaan pula, setiap peserta mesti
berkain batik dan cara pemaikan pula adalah mengikut kreativiti masing -
masing. Pada akhir pertandingan, setiap peserta diberi sehelai tuala
sebagai cederahati dan hadiah bagi pemenang pula berupa wang tunai dan
hamper.
Pemenangnya...
a) Kategori wau tegak -Dewasa - 1) Chik (
2) Naden
3) Zeri
4) Pok Yuk
5) Gaban
- Kanak kanak - 1) Muhaizul
2) Siti syakila
3) Rozaiman Mat Atan
c) Kategori Wau muting/pusing - Mat daud
d) Kategori Wau Khas/ versatile - Pendi
e) Kategori Wau Comel 1) Amir
2) pok pa
3) Khairul Haki
f) Kategori hadiah misteri - Azuan farid
Ia cukup meriah dengan pelbagai gelagat peserta
dan penonton, wau beraneka jenis, dan pelbagai lagi. Walaupun hanya
separuh sahaja orang kampung yang datang, tetapi ia cukup mengeratkan
silaturrahim orang kampung. Pada waktu pagi hari itu juga, orang kampung
bergotong royong membersihkan kawasan kampung. Golongan lelaki
membersihkan kawasan kampung dengan menebas belukar dan membaiki wakaf
yang sedia ada. Manakala golongan wanita pula membersihkan kawasan
masjid serta memasak untuk makan tengahari. Walaupun hanya berlaukkan
budu, sardin, ikan panggang, dan sayur air..ia cukup menyelerakan
apabila makan beramai - ramai.
KLIK _ KLIK....
.... Promosikan wau masing - masing..siapa yang paling kreatif??.....
....Antara pemenangnya adalah......
....Ragam penonton & pemain...
....sebelum ia bermula....
...di tengah panas..
....tunggu turn untuk diterbangkan...
...cover smart r 2...
...wau di awan biru...
...hadiah besar dari tuannya...
...siapa yang paling segak bergaya?....
...mc petang 2..
SEKIAN....
0 comments :
Post a Comment