Monday 28 August 2017


Sejarah perkahwinan
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara nabi adam a.s. bersama hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, perjanjian lama dan perjanjian baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”.
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan..
Pada 28-8-2017 satu majlis walimatulurus telah diadakan dirumah Esah Musa,Majlis ini telah diadakan kerana perkahwinan cucunya iaitu Yusra Nabilah,Seperti yang diketahui umum,Muda Ali,ayah kpd yusra nabilah telah meninggal dunia beberapa bulan yg lalu (Semoga roh nya dicucuri rahmat,mungkin ada rasa terkilan pengantin perempuan dan adik beradik nya kerana ayah mereka sangat baru meninggal dunia) jadi majlis ini telah dikendalikan oleh saudara lelaki pengantin perempuan dan dibantu oleh saudara mara yang terdekat ,tidak ketinggalan oleh orang kampung sendiri. 
Pengantin perempuan seorang guru dan bertugas di Danau Kota kuala lumpur sementara pengantin lelaki seorang anggota polis dan bekerja diPaka terengganu.Pengantin lelaki memang berasal dari paka dan tinggal dikampung tebing tembah.Boleh dikatakan kedua2 pengantin seperti pinang dibelah dua. (maksudnya hensen )

Majlis Akad nikah telah disempunakan dimasjid kampung bukit gemuroh pada pukul 9.00 pagi,dihari majlis walimatulurus.Dengan sekali lafaz pada 9.30 pagi maka sempurna lah cinta yang dibangga2kan menjadi perkahwinan. (nak sangat2 lah tu)
Kerja kenduri kawin bermula seawal pukul 5.00 pagi pada hari isnin,kerana pada malam nya hujan telah turun mencurah2,Persediaan awal mesti dilakukan kerana segenap tempat telah basah termasuk dengan kayu api,khemah,kerusi meja,Walau macam mana pun semua kerja dapat diselesaikan berkat dari gotong royong.Seperti pada majlis2 yg sebelum ini kerja kawin dilakukan dengan bergotong royong melibatkan pemuda dan penduduk kampung dan jiran tetangga,Selewat 8.00 pagi seekur lembu telah ditumbangkan untuk majlis ini (kalau muda ali ada mungkin majlis ni akan dibuat lebih besar lagi,Walau mcm mana pun majlis ini sudah pun besar dan memadai) Agak lewat lembu disembelih sebab hujan yg belum berhenti sejak dari malam.

Pada majlis ini tiga kawah daging disediakan serta sekawah gulai ayam,Masak umbut seperiuk.sambal,ikan kering dan ulam2an.Perlu juga diberi perhatian tentang air minuman,Air minum telah dimasak oleh pemuda kampung pada malam harinya.Memang telah menjadi tradisi,Air mesti dimasak untuk majlis kawin sejak dari dulu lagi.
Rombongan pengantin lelaki telah tiba pada 11.30 pagi dengan rombongan yg seramai tiga puluh orang.Rombongan lelaki bersurai pada pukul 12.30 tengah hari setelah majlis penyerahan. (kena serah jgk boh)

Majlis kenduri kawin bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Menu.
1) Gulai daging tiga kawah
2) Gulai ayam sekawah
3) Sayur umbut..
4) Sambal,Ulam2an
(menu ni adalah basic,sebenarnya banyak lagi masakan yg disediakan seperti nasi kebuli,mee goreng,Nasi goreng,Air plk ada bermacam2 seperti air kopi,teh,air sirap dan air tawar biasa)

J3K Kampung bukit gemuroh dan admin blog j3k kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kapada Yusra Nabila dan Nazaruddin.Semoga perkahwinan ini dicucuri rahmat dan kekal sehingga anak cucu cicit..Sekian

Catitan.Minta maaf banyak2 sekiranya penulisan kurang memuaskan...

Sedih dengar lagu ni,terutama kpd anak perempuan yg baru kawin









0 comments :

Post a Comment