Saturday 20 May 2017

Ucapan pengerusi jkkk

Gotong royong perdana dinamakan sebegitu rupa kerana melibatkan banyak pihak dan penyertaan ramai orang,penyertaan bukan sekadar penduduk kampung tetapi melibatkan kumpulan lain yang mengambil bahagian,Kumpulan lain yang dimaksudkan ialah dari agensi kerajaan dan melibatkan orang penting dalam komuniti.Gotong royong perdana yang diadakan dikampung bukit gemuroh telah diadakan pada 20-5-2017.
Tempat berkumpul

Acara dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan pengerusi jkkk kampung bukit gemuroh dan ucapan dari tuan pegawai daerah sebagai perasmi gotong royong perdana 2017.Sebenarnya gotong royong perdana 2017 boleh dikatakan ada dua peringkat,peringkat pertama ialah lawatan tuan pegawai daerah ketempat tertentu seperti yang ada dalam minit mesyuarat jkkk kampung bukit gemuroh.Tempat2 tertentu yang dimaksudkan ialah.
Kawasan perkuburan
Kawasan nyiur mantaq
Kawasan kritikal
Tempat Gotong royong..

Semua tempat yang disebut diatas tuan pegawai daerah telah berkunjung serta bertanya masalah yang ada ditempat yang dilawati.


Makan pagi melibatkan semua,termasuk rombongan Tuan pegawai daerah,Hidangan merupakan nasi kebuli,Lauk ayam goreng,Gulai ayam,Ayam masak merah dan ikan kering.Nasi kebuli biasanya dimakan dengan ikan kering goreng sahaja,oleh kerana melibatkan tetamu maka lauk nya dipelbagaikan

Peringkat kedua melibatkan orang ramai,Gotong Royong yang dijalankan merupakan penebangan pokok besar ditepi jalan,Menyiapkan bangunan masjid,Membersihkan kawasan masjid,Menyiapkan wakaf,Bersih kawasan perkuburan,Menebas kawasan semak,Makeup pokok hiasan tepi jalan dan kaum pertempuan bergotong royong masak makanan dan minuman :).

 Gotong royong bermula pada pukul 9 pagi dan berakhi pada pukul 12.00 tengah hari
Tuan pegawai daerah mengunakan basikal sahaja untuk kesatu-satu tempat yang dilawati,Diiringi oleh ahli rombongannya.


Tuan pegawai daerah memulakan gotong royong dengan mengerat dahan pokok untuk memudahkan kerja.

Dikawasan tanah perkuburan

Diprojek kelapa mantaq dan diberi penerangan oleh pengerusi jkkk kampung bukit gemuroh.

Gambar-gambar kat bawah ialah gambar disekitar gotong royong perdana 2017.


















Monday 1 May 2017

Pada 1-5-2017 satu majlis menyambut menantu telah diadakan dirumah saudara ton jiwa teratur bin ton jusuh kerana meraikan perkawinan anak nya ke-2 iaitu Siti hajar bt ton jiwa teratur dan Mohd Faizi bin mustafa.Akad nikah telah dilangsungkan dimasjid kampung bukit gemuroh pada 10.30 pagi pada 1-5-2017..Akad nikah telah disempurnakan oleh ustaz mustafa dari kampung durian bador.
Pengatin lelaki berasal dari kampung sekayu dan bekerja sendiri,Pengantin perempuan bekerja dengan kementerian kesihatan dan bertugas diselangor.Majlis ini telah diadakan dengan gilang gemilang walau pun pada 1-10-2016 yang baru lalu saudara ton Jiwa telah mengadakan majlis perkawinan anak pertama nya.Pada majlis perkawinan yang ke-2 ini tak menjadi masalah kapada nya untuk mengadakan majlis  yang serupa dengan majlis perkawinan yang pertama.
Semoga perkahwinan ini bahagia selama2nya..

ADMIN BLOG KAMPUNG BUKIT GEMUROH DAN JKKK KAMPUNG BUKIT GEMUROH SERTA PENDUDUK KAMPUNG BUKIT GEMUROH MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA KEDUA2 MEMPELAI..
Menu.
1) Gulai Daging 4 kawah..
2) Gulai ayam sekawah
3) Sayur umbut sekawah
4) Sayur keladi seperiuk
5) Sambal belacan/ikan kering baik punya
Lain-lain..
1)Akod Kedut
2) Aiskrim best punya..