Thursday 31 August 2017

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang menjadi tunjang bermulanya kehidupan sesebuah keluarga . Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam,perkahwinan Bagi masyarakat Melayu, adat perkahwinan melayu sangat dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dilaksanakankan secara meriah dan penuh adat istiadat Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri terutama dalam majlis perkahwinan Malah adat dikatakan akan memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran sesebuah majlis perkahwinan. Lazimnya istiadat ini disusun begitu teratur mengikut langkah yang telah dirancang.

Secara dasarnya adat2 yang perlu diikut didalam alam melayu untuk mendirikan rumah tangga ada sekurang2nya empat perkara,
1) adat merisik
2) adat meminang
3) Adat bertunang.
4) Akad nikah


Adat merisik.
Adat merisik biasanya dari pihak lelaki.Adat merisik tak perlu lah orang tua kapada yang nak kawin yang pergi merisik,cukup sekadar kawan atau keluarga yang terdekat,Rombongan merisik juga tak lah ramai sgt cuma sekadar empat atau lima orang sahaja,Merisik hanya sekadar untuk memutuskan hari untuk datang meminang.Kalau payah2 sgt merisik boleh saja tiru dari cerita P.Ramlee iaitu madu tiga.Hanya sekadar itu untuk datang merisik

Adat meminang.
Wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki untuk mewakili mereka meminang anak gadis yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak gadis tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan.Dimasa sekarang,biasa nya perminangan akan diterima dimasa itu juga kerana persetujuan dua2 belah pihak yg gatal nak kawin sudah pun diselesaikan terlebih dulu,Dimasa sekarang yang nak kawin lebih mengada2 dari kedua mak bapak.Tapi dizaman sekarang meminang merupakan sesuatu pembincangan untuk tarikh perkawinan. (bab gatal tu hanya gurauan,berkawin merupakan sunah nabi SAW).

Adat bertunang.
Bertunang terjadi dimasa perminangan diterima,yang biasa terjadi,hari perminangan itu juga lah hari bertunang kerana perminangan akan diterima dengan mudah setelah urusan keluarga dan peranan pihak lelaki dan perempuan,Dengan bahasa mudahnya pengoratan telah terjadi sebelum majlis merisik,kesepakatan antara keduanya lah menjadikan urusan diatas menjadi sangat mudah. (kalau kedua2 orang tua tak suka,yg tengah bergedik ni akan nikoh digolok,kikikiki|)

Masa bertunang ini lah hantaran dari pihak lelaki yg berupa tepak sirih serta sireh junjung (ada yg kata hantaran sirih ni tak perlu lagi kerana pihak perempuan dah tak makan sireh,kalau pihak perempuan makan sireh,hantaran tepak sireh dibolehkan)Hantaran berupa cincin emas,buah2an,kuih muih,pakaian dan sebagainya.Hantaran merupakan kemampuan,kalau pihak lelaki mampu hantar kereta kebal,buldozer,ferrari pun boleh,tapi tak ada pula dibuat orang..:) .Biasanya bilangan hantaran perempuan melebihi dari hantaran dari pihak lelaki dan dihantaran dalam bilangan yg ganjil.Bab hantaran merupakan adat dan tak perlu diikut tetapi menyenikan budaya,sesuatu yang tak menyalahi hukum boleh saja dibuat...

Akad Nikah...
Akad nikah merupakan ibu kapada majlis perkawinan,tanpa akad nikah memang majlis kawin tak akan terjadi.
 Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak ..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). dan disahkan oleh saksi...

Serba sedikit adab2 dalam perkawinan...

Pada 31-8-2017 satu majlis menyambut menantu telah diadakan dirumah zakaria bin embun yang juga dikenali sebagai pok ya.Majlis menyambut menantu ini diadakan kerana perkawinan anaknya iaitu sulaiman bin gzali.Menantu yang disambut bernama Nurul Aimi Faeqa bt Ahmad Faris.Pengantin lelaki bekerja sebagai operator jentera berat dikemaman terengganu dan berasal dari kampung bukit gemuroh sementara pengantin perempuan berkerja disebuah bank dikemaman dan berasal dari Gua Musang kelantan. ( kes ikan dilaut asam didarat,dalam periuk demer maufakat,heeee)Majlis akad nikah pada 26-8-2017 ditempat pengantin perempuan iaitu diGua Musang..

Seperti biasa majlis kenduri kawin bermula diawal pagi dengan bergotong royong menyediakan lauk pauk seperti gulai daging kawah dan sayur2an.Diawal pagi juga gotong royong menyiang daging dan penyediaan lauk pauk lain..seekor lembu telah disediakan dalam majlis ini.seekur lembu menerbitkan hampir lima kawah gulai daging.Lembu yg ditumbangkan pada kali ini boleh dikatakan sebagai bapak dari segala lembu,hahahaha..


Majlis makan bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang,sementara itu rombongan pengantin perempuan tiba pada pukul 1.00 tengah hari  diiringi  dengan bacaan doa.Pukul 2.00 petang majlis makan dengan kedua2 belah pengantin disertai dengan ahli rombongan.Setelah itu majlis potong kek telah dilakukan untuk menyerikan lagi majlis perkawinan.Rombongan pengantin perempuan telah bersurai pada pukul 3.00 petang.

Majlis menyambut menantu dirumah pok ya dan mok su nab berakhir pada pukul 5.00 petang..


JKKK Kg bukit gemuroh dan admin blog jkkk kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kapada kedua2 mempelai iaitu Sulaiman Gzali dan Nurul Aimi Faeqa. Semoga perkawinan ini kekal selama nya.Didoakan semoga perkawinan ini diberkati..INSHAA ALLAH.

Sekian

Klik-Klik

















0 comments :

Post a Comment