Saturday 25 August 2018

Satu majlis menyambut menantu telah diadakan dirumah saudara Haji Arifin bin Mamat dan Hajjah Esah bt Mamat.Majlis menyambut menantu ini  telah adakan pada 25-8-2018.Majlis ini diadakan kerana perkawinan anak lelaki mereka iaitu Mohd Sabri Bin Arifin
memang padan...muka sama-sama bulat dah..

Pengantin lelaki,Sabri bin arifin merupakan penduduk kampung Bukit Gemuroh dan bekerja dijabatan kerja raya marang, Terengganu sementara pengantin perempuan iaitu Rosaliza bt Abdul Rassid berasal dari kampung padang setengge dan bekerja dijabatan pengangkut jalan (JPJ) di kuala Terengganu.Mereka berdua telah dinikahkan pada 17-8-2018 dikampung padang setengge....

Acara majlis bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang..Kenduri kawin ini telah diadakan secara gotong royong dan melibatkan ramai dari penduduk kampung.Majlis menyambut menantu ini dipimpin oleh saudara Mohamad Abdullah atau Mat Diana selaku juru acara majlis.Pengantin perempuan telah tiba pada pukul 1.00 tengah hari dan rombongan pengantin telah besurai pada pukul 3.00 petang,Sekian 

Menu..
Nasi putih
Nasi beriani
Gulai Kawah-6 kawah
Sayur2an
Buah2an tempatan
Aiskrim
Bubur Kacang..

Admin dan penduduk kampung bukit Gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kpd kedua2 mempelai Sabri dan Rosaliza..Semoga perkawinan ini diberkati Oleh ALLAH..Amin



Gambar disekitar perkawinan sabri dan rosaliza>>>>>







 



Antara yang paling glemer..>>>>





Saturday 18 August 2018

Satu majlis walimatulurus telah diadakan dirumah saudara saroji bin Cek junuh dan (isteri saroji admin dok ingat nama tp kat kampung orang panggil dengan nama semek jie,Malas nak gi tya,klu buka senarai daftar undi mmg tau pun,huhuhu)  telah dilansungkan pada 18-8-2018.Majlis ini diadakan kerana perkawinan anak perempuan mereka iaitu Nur Shahira bt saroji...

Pengantin lelaki,Anuar bin Mohd Noor berasal dari kampung butut kuala berang dan bekerja dipejabat tanah sementara pengantin perempuan masih belajar di universiti tempatan,(Nok nikoh sangat2 doh)..Akad nikah telah disempurnakan pada 18-8-2018 pukul 10 pagi dirumah pengantin perempuan..

Acara majlis bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang..Kenduri kawin ini telah diadakan secara catering dan tak melibatkan ramai dari penduduk kampung..Walau mcm mana pun tuan rumah serta jiran dan adik beradik telah berpakat untuk bergotong royong sesama mereka memasak beberapa jenis lauk lagi yg berupa masak sayuran dan gulai ayam..

Menu..
Admin dok tau apa masakan yang disediakan oleh catering,sbb admin dok gi makan,Oleh itu menu nya mungkin menjadi misteri,huhuhuhu...
Admin mengucapkan selamat pengantin baru kapada dua mempelai,semoga perkahwinan ini diberkati..Penduduk kampung serta ajk kampung juga mendoakan kedua mempelai,semoga perkawinan ini berkekalan..



Satu majlis walimatulurus telah diadakan dirumah saudara hassan bin mohamad dan Arniza bt mukhtar telah dilansungkan pada 18-8-2018.Majlis ini diadakan kerana perkawinan anak perempuan mereka iaitu Nurul Akalily bt hassan 
Pengantin lelaki berasal dari kampung gaung kuala berang dan bekerja dipejabat daerah hulu terengganu sementara pengantin perempuan bekerja sebagai dipusat jualan..Akad nikah telah disempurnakan pada 17-8-2018 pukul 10 mlm dimasjid kampung bukit gemuroh...
Acara majlisbermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang..Kenduri kawin ini telah diadakan dengan cara bergotong royong oleh penduduk kampung..Majlis kenduri kawin dirumah hasan bin mohamad telah dipimpin oleh juru acara majlis iaitu saudara wan fazrullah..
Menu..
Nasi putih
Gulai kawah
Sayur2an
Bubur
Aiscream...
Selamat pengantin baru kapada kedua2 mempelai,semoga kekal abadi hendak nya...