Tuesday 17 March 2015



Le tour de langkawi merupakan perlumbaan basikal yang ternama didunia,Pada siri2 yang lalu telah menyaksikan ramai perlumba diperingkat dunia menyertai nya dan tak kurang memberi saingan perlumba2 dalam negara kita sendiri,Pada tahun 2015 le tour de langkawi telah diadakan pada bulan mac dan tak kurang hebatnya seperti tahun2 yang lalu.Dalam siri kali ini beberapa peringkat telah dilalui oleh pelumba2 salah satu dari peringkat tersebut ialah di kuala berang terengganu,Untuk memeriahkan lagi acara tersebut beberapa acara sampingan telah diadakan,salah satu ialah tarian balai,



Tarian balai telah dipertonton kan kapada umum oleh penari dari kampung bukit gemuroh iaitu murid sekolah kampung bukit gemuroh,Acara sampingan ini telah menarik perhatian ramai oleh penonton tempatan dan penonton2 dari luar,dan boleh dikatakan persembahan ini sangat berjaya,Sekian

Wednesday 11 March 2015

 Aku sengaja mendaki bukit langkap untuk tenguk disisi lainnya,Sisi yang ramai orang yang sampai kepuncak nya.Walau pun bukit ini tak lah tinggi sangat tetapi bukit ini sebahagian dari kampung Bukit Gemuroh,Didalam nya mempunyai banyak cerita tentang suka duka penduduknya sejak beratus tahun yang lalu.Aku paparkan gambar video yang aku muat naik untuk tatapan penduduk kampung Bukit Gemuroh,Gambar diambil dikemuncak nya pada 11hb mac 2015,pukul 12.00 tengah hari,Sekian



Saturday 7 March 2015

Telah pulang ke rahmatullah Semek bt Mat min pada 8hb mac 2015,Beliau lebih dikenali sebagai Mok mek Pok Loh,Semek Mat Min salah seorang individu yang paling berusia diKampung Bukit Gemuroh,Usia nya melebihi dari 80 tahun,Beliau telah pulang kerahmatullah dirumah anaknya dikemaman terengganu dan akan dikebumikan pada hari ini 8hb mac 2015,Semoga Roh nya dicucuri rahmat.....

Wednesday 4 March 2015

Beberapa hari yang lalu aku telah memberi satu cadangan supaya pengkalan mandi dijadikan taman untuk mencantikan kampung bukit gemuroh,Taman yang aku syorkan itu boleh menjadi satu tarikan kapada penduduk kampung sendiri untuk menatapi sungai,untuk menghargai sungai dan mungkin menjadi tempat persinggahan pelawat2 yang datang dari luar kampung,Pelawat2 yang mungkin datang untuk menghadiri majlis2 seperti kenduri kawin atau mungkin yang datang untuk berkelah disekayu dan mungkin hanya pelawat yang datang untuk memenuhi masa lapang mereka.
Kampung bukit gemuroh mempunyai tempat yang tertentu untuk dimajukan,kampung bukit gemuroh telah menjadi kawasan yang kecil akibat dari pembinaan rumah penduduknya dan kawasan yang kecil ini semestinya dijadikan tempat yang berguna.

Kampung bukit gemuroh merupakan sebuah kampung yang didirikan ditepi sungai tersat,sebuah kampung yang mungkin jarang dipunyai oleh kampung2 yang lain dan kalau apa yang ada digunakan sepenuhnya kampung bukit gemuroh tak kurang hebatnya dengan kampung2 yang sudah ada nama besar dan salah satu tempat tersebut ialah pengkalan mandi.
Tempat yang aku cadangkan ialah dipengkalan tengah,disitu telah menjadi tempat penduduk kampung bukit gemuroh menyembelih lembu,Kawasan tradisi penyembelihan lembu ini akan menjadi tumpuan ketika kenduri kawin diadakan.Gotong royong untuk menyiang daging akan diadakan diwaktu tersebut,telah mempunyai sebuah wakaf usang yang sesuai untuk gotong royong tersebut.Kawasan yang agak luas sekitar 100kaki x 100 kaki,Alur yang boleh ditambak untuk meluaskan kawasan nya,Boleh dibina wakaf2 kecil untuk beberapa buah dan ditanam dengan pokok yang tak dimakan oleh lembu dan kerbau,boleh diturap tar sepenuhnya dan boleh dibina buaian untuk budak2 sambil menikmati permandangan indah diwaktu petang,Walau macam mana pun kos untuk pembinaan nya mungkin tinggi dan tidak terjangkau oleh pihak yang terbabit,Sekian....Hanya jauhari saja yg kenal maknikam,hehehehehe....huhuhuhu,  hihihihi.