Saturday 25 August 2018

Satu majlis menyambut menantu telah diadakan dirumah saudara Haji Arifin bin Mamat dan Hajjah Esah bt Mamat.Majlis menyambut menantu ini  telah adakan pada 25-8-2018.Majlis ini diadakan kerana perkawinan anak lelaki mereka iaitu Mohd Sabri Bin Arifin
memang padan...muka sama-sama bulat dah..

Pengantin lelaki,Sabri bin arifin merupakan penduduk kampung Bukit Gemuroh dan bekerja dijabatan kerja raya marang, Terengganu sementara pengantin perempuan iaitu Rosaliza bt Abdul Rassid berasal dari kampung padang setengge dan bekerja dijabatan pengangkut jalan (JPJ) di kuala Terengganu.Mereka berdua telah dinikahkan pada 17-8-2018 dikampung padang setengge....

Acara majlis bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang..Kenduri kawin ini telah diadakan secara gotong royong dan melibatkan ramai dari penduduk kampung.Majlis menyambut menantu ini dipimpin oleh saudara Mohamad Abdullah atau Mat Diana selaku juru acara majlis.Pengantin perempuan telah tiba pada pukul 1.00 tengah hari dan rombongan pengantin telah besurai pada pukul 3.00 petang,Sekian 

Menu..
Nasi putih
Nasi beriani
Gulai Kawah-6 kawah
Sayur2an
Buah2an tempatan
Aiskrim
Bubur Kacang..

Admin dan penduduk kampung bukit Gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kpd kedua2 mempelai Sabri dan Rosaliza..Semoga perkawinan ini diberkati Oleh ALLAH..Amin



Gambar disekitar perkawinan sabri dan rosaliza>>>>>







 



Antara yang paling glemer..>>>>





0 comments :

Post a Comment