Thursday 8 March 2018


Menimba kubang satu kegiatan dikampung2 disatu masa yang lalu,Masa menimba kubang ialah dimusim kemarau,Musim kemarau menjadikan kubang2 atau alur2 menjadi sangat sedikit air nya.Maksud menimba kubang bukan lah semata2 menimba dikubang2,tapi menimba kubang termasuk dialur2 yang hampir kering.Tempat menimba kubang hanya disekitar kampung.Dimasa yang lalu menimba kubang biasa nya dilakukan disawah2 padi yang telah dituai hasilnya.Selain itu  dikawasan tanah rendah yang airnya sentiasa bertakung.disebabkan musim kemarau air kubang menjadi kering dan kecik.Kubang terjadi disebabkan keadaan semula jadi nya.Dimusim banjir kawasan yg disebut diatas telah ditengelami air,menjadikan banyak ikan2 yang terperangkap,Ikan yang terperangkap ini lah  yang ditangkap mengunakan kan kaedah menimba kubang.Menimba kubang memerlukan tenaga yang ramai,selain untuk bersuka2,menimba kubang memerlukan kudrat yang banyak,jadi penyertaan ramai diperlukan.Biasa nya ikan yg mendiami kubang ialah anak seluang,ikan sepat,ikan keli,ikan peras,terbol,ikan haruan,udang>>>> malas nok kabor doh,banyak sangat ikan nya..
Peralatan asas yg perlu  untuk menimba kubang ialah baldi,tangguk,cangkul dan beberapa peralatan lain,namun peralatan yg disebut itu telah hanya digunakan dimasa yang lalu.Dimasa sekarang menimba kubang telah mengunakan kaedah yg sangat mudah,peralatan utama nya ialah  mesin penyedut air ( mesin pam air) dan peralatan yg disebut diatas.Mengunakan mesin penyedut air sangat menjimatkan kerja dan hasil tangkapan sangat lumayan kerana air kubang akan disedut sehingga kering dan ikan2 akan mudah ditangkap.Cara ini  sangat mudah dan tak perlu kapada tenaga yang ramai. Walau macam mana pun penyertaan ramai lebih memeriahkan suasana.
Untuk merasai mood menimba kubang yang telah lama ditinggalkan,seramai lebih dari 30 orang penduduk kampung bukit gemuroh telah membuat satu program menimba kubang bersempena dgn cuti umum baru2 ini.Tempat yang menjadi pilihan ialah dipaloh cempedak.Paloh cempedak merupakan tempat yang menjadi pilihan sejak dari zaman dahulu kerana tempat ini mempunyai kawasan yang luas  dipersekitaran nya.

Penyertaan terdiri dari peringkat kanak2 dan orang dewasa ( kanak2 tukang tgk je lah)Oleh kerana program ini untuk suka2 dan mengambil mood menimba kubang dimasa lalu jadi program yg diadakan lebih mirip kapada berkelah,Program bermula pada pukul 10.00pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang dengan mendapat hasil tangkapan yang lumayan.Waktu ini dipilih kerana bersesuaian dangan keadaan.Sekian...









0 comments :

Post a Comment