Thursday 22 March 2018

Pada 22-3-2018 satu majlis walilmatulurus telah diadakan dirumah mustafa bin Hasan (pok din) dan Zainun bt Isa,Majlis menyambut menantu ini diadakan kerana perkawinan  anak perempuan dan anak lelaki mereka.Majlis ini membawa dua maksud iaitu majlis memyambut menantu dan majlis pernikahan.(mcm pelik je ayat).Anak perempuan mereka bernama Nurkamila bt mustafa dan anak lelaki bernama Mohd Faiz bin Mustafa.

Nurkamila bt mustafa dan pasangan nya telah di ijabqabul pada 20-3-2018.Pasangan nya bernama umrull Razziman bin Mohd Rafi.Pengatin lelaki berkerja di pejabat daerah kuala berang dan berasal dari kampung gaung,kuala berang,Pengantin perempuan berkerja sebagai pembantu disebuah syarikat dibandar kuala berang.

Mohd Faiz bin mustafa dan pasangan nya telah diijab Qabul pada  16-12-2017 di surau bukit ara,ajil.terengganu.Pasangan Muhammad Faiz bernama Suzielieyana bt salahuddin dan berasal dari Ajil terengganu,Muhammad Faiz berkerja di latitud tree ajil.
Sedang mengancam

Perkawinan merupakan salah satu sunah rasullah dan mempunyai banyak kebaikan nya,antara nya ialah mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga  pasangan yang berkawin dan boleh juga mengeratkan hubungan adik beradik serta keluarga.Contoh silaturahim yang baik telah ditonjol dengan kedatangan adik2 kapada mustafa bin hasan,Perlu juga diketahui mustafa hasan merupakan pemautautin tetap malaysia,Mustafa Hasan merupakan seorang migram yg datang dari Indonesia.Beliau berasal dari lombok Indonesia. dan telah berkawin dengan Zainun Isa dan mendapat zuriat yang bernama muhammad Faiz dan Nurkamila...Dengan kedatangan adik2 kapada mustafa Hasan untuk meraikan perkawinan anak2 saudara mereka maka lengkap lah erti merapatkan silaturahim itu sendiri,perlu juga diketahui jarak antara kampung bukit gemuroh dan mataram ibu negeri lombok ialah 2100km,Itu pun ukuran google map,Perjalanan sebenar mungkin lebih jauh dari itu lagi...

Seperti biasa majlis kenduri kawin bermula diawal pagi dengan bergotong royong menyediakan lauk pauk seperti gulai daging kawah dan sayur2an.Diawal pagi juga gotong royong menyiang daging dan penyediaan lauk pauk.

Pada malam sebelum majlis walilmatulurus golongan muda bergotong royong memasak air minum secukupnya disamping menyediakan kemudahan untuk memasak seperti dapur,kayu api,periuk besar dan sebagainya.

Majlis makan bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang,Oleh kerana kerja kawin dirumah  Mustafa hasan untuk meraikan perkawin dua orang anak nya maka rombongan pengantin juga mempunyai dua masa.Rombongan pertama iaitu pengantin perempuan Suzielieyana tiba pada pukul 11.30 pagi dan bersurai pada pukul 1.00 tengah hari,sementara itu rombongan kedua iaitu umrul Razziman telah tiba pada pukul 2.30 petang dan bersurai pada pukul 4.00 petang.Sementara itu jemputan kenduri kawin berlanjutan seperti yang dirancang sehingga pukul 5.00 petang.SEKIAN
Keluarga nya dari lombok,Datang nya hanya untuk meraikan perkawinan anak2 saudaranya.Sesuatu yang boleh dipuji

JKKK Kg bukit gemuroh dan admin blog jkkk kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kapada  pengantin2 iaitu Muhammad Faiz dan Suzielieyana serta Nurkamila dan Umrul Razziman Semoga perkawinan ini kekal selama nya.Didoakan semoga perkawinan ini diberkati..INSHAA ALLAH.

GAMBAR2 MUHAMMAD FAIZ DAN SUZIELIEYANA.>>>>





GAMBAR2 NURKAMILA DAN UMRUL RAZZIMAN>>>>






TETAMU JEMPUTAN NYA>>>>






PARA PENGOTONG ROYONG>>>>>







0 comments :

Post a Comment