Saturday 18 February 2017

Pada 18-2-2017 belia 4b kampung bukit gemuroh serta jkk kampung bukit gemuroh telah menganjurkan satu program memancing tertutup disungai kampung bukit gemuroh.Tempat pertandingan dibuat antara pengkalan masjid sehingga pengkalan hilir (orang bukit gemuroh mesti tau).Seramai 50 orang peserta telah mengambil bahagian.Peserta terdiri dari kanak2 sehingga orang dewasa.Masa pertandingan dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari..
Program ini telah mendapat sambutan dari penduduk kampung,terutamanya golongan belia dan kanak2.Sedikit mencacatkan program kerana keadaan cuaca yang tak mengizinkan,Dari pagi hujan sederhana telah turun sehingga tengah hari.alhamdulillah,hujan rahmat..



Selain itu program yang diadakan bermaksud untuk mengeratkan antara penduduk nya.Pada majlis itu diadakan jamuan makan tengah hari bersama dengan penduduk nya.Makan tengah hari berlaukkan sayur2 kampung serta ikan panggang yang dicicah dengan budu huuuuu...

Pemyampaian hadiah dan pemenang cabutan nombor bertuah telah disempurnakan oleh pengerusi jkk kampung bukit gemuroh iaitu En Abdul Rashid Ismail

Hadiah.
1) ramle Ismail
2) mat alif
3) Amirudin
4) Ahmad izaudin.
5) Mat yoe.
6) naqib Amran
7) Adib..
8) denish..

Katagori ikan kecik telah dimenangi oleh muzakir..
Katagori ikan speciel telah dimenangi oleh..ramadan

Majlis bersurai pada pukul 2.00 petang.

Gambar-gambar



gambar ni bahagian mengail..



Gambar ni bahagian hadiah dan cabutan nombor bertuah





bahagian masak memasak



Lauk pauk



Gambar ni bahagian makan.Bahagian makan ni plk,bkn setakat makan tapi bedal terus..

0 comments :

Post a Comment