Saturday 4 February 2017

Pada 4-2-2017 satu majlis walimatulurus telah diadakan dirumah saudara saffie bin mamat dan Siti Zaharah bt husin kerana meraikan perkawinan anak perempuan mereka iaitu Shafira Idha bt Saffie.Puteri kesayangan mereka telah dinikahkan pada pukul 11.00 pagi,4-1-2017 dimasjid kampung bukit gemuroh dengan Hanafi bin Abdul Samat.Pengantin perempuan seorang lepasan universiti tempatan dan pengantin lelaki yang berasal dari dari kampung Mahkota,batu cave,Selangor bekerja sebagai jurutera komputer.
Majlis kali ini diadakan  berbeza sedikit dengan majlis walimatulurus yang lain.Pada kebiasaan nya majlis walimatulurus dibuat secara bergotong royong yang melibatkan orang kampung dan jiran tetangga serta keluarga terdekat tetapi majlis pada kali ini tuan rumah telah mencubanya secara catering.Mungkin juga tuan rumah ingin membuat penilaian tentang untung dan rugi.Mungkin juga tuan rumah tak ingin menyusahkan jiran tetangga yg melibatkan keluarganya,Jadi kekallah majlis walimatulurus yang dibuat dirumah saudara saffie tidak melibatkan penduduk kampung.

Majlis bermula pada pukul 11.00 pagi dengan jemputan datang ke majlis yang diadakan,Pengantin lelaki bersama rombongannya telah tiba pada pukul 2.00 petang.Diteruskan dengan istiadat bersanding dan makan beradat serta beberapa acara yang lain(?) Majlis telah dikendalikan oleh DJ yang bertugas yang telah ditempah khas...
Oleh kerana kenduri dibuat dalam bentuk baru tanpa peryertaan penduduk kampung,kenduri dirasa kurang meriah dari satu sudut tapi dari sudut yang lain kemeriahan nya memang terasa terutama aturcara yang disebut diatas,Majlis kenduri tamat pada pukul 5.00 petang.

Menu.
1) nasi puteh dan nasi minyak
2) Gulai kawah.
3) Ayam masak merah
4) Sayur2
5) sambal belacan,.
6) ikan kering best punya
Manis mulut.
1) Aiskrim
2) Bubur kacang.
Pada am nya walimatul urus dirumah saudara saffie seperti juga kenduri2 yang telah lalu,Tak ada bezanya dari sudut layanan dan sebagainya. (berjaya yang sangat2).SEKIAN

Selamat pengantin baru diucapkan kapada kedua2 pengantin dari JKKK kampung bukit gemuroh dan admin blog kampung bukit gemuroh.Semoga kekal bahagia selamanya.

(habis sorang lagi awek bukit gemuroh kena bawak lari demer aduuuhhh)  :) :) :)
Setelah dirisik2 kos belanja kenduri sebanyak rm 20 ribu dan hantaran dari pihak lelaki serta mas kawin sebanyak Rm 10 ribu,makna nya lebih dari 30 ribu.Payah nak boleh menantu boh) Banyak tu boh.Bleh buat rumah sebuah doh,huhuhu<<<<<< hok ni bahagian lawok jer,tak ada kena mengena dengan penulisan blog..
Seruan kasih dari Orked Abdullah

Surat jemputan internet pengantin kat bawah


  • Hari Ini pada 11 pagi - 5 ptg
  • 74, kampung Bukit Gemuroh, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman.
  • Dijemput oleh Shafira Idha Saffie
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera
Dengan rasa penuh kesyukuran & besar hati kami sekeluarga ingin menjemput & mempersilakanTuan/Puan/Encik/Cik ke Majlis Perkahwinan saya SHAFIRA IDHA BINTI SAFFIE dan pasangan HANAFI BIN ABDUL SAMAT yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Majlis Pengantin perempuan

Tarikh : 04 Februari 2017
(bersamaan 07 Jamadilawwal 1438H)
Hari : Sabtu
Masa : 11.00am ~ 5.00pm
Alamat :74, kampung Bukit Gemuroh, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Majlis Pengantin lelaki

Tarikh : 11 Februari 2017
(bersamaan 14 Jamadilawwal 1438H)
Hari : Sabtu
Masa : 11.00am ~ 4.00pm
Alamat : Lot 4699-2 Kampung Mahkota,Jalan Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.


Semoga dengan kehadiran kalian akan memeriahkan lagi majlis saya dan pasangan & mendapat keberkatan serta limpahan rahmat dari ALLAH SWT..Insyaallah..
Terima Kasih..
Rabbi Yassir Wala Tu'assir












TUJUAN MEMBUAT KENDURI KAHWIN
Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.
Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama."
Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam Islam dibolehkan berdasarkan hadis riwayat Bukhari daripada Aisyah r.ha bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda maksudnya : "Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan."
Dalam hadis yang bertaraf 'hasan' yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda maksudnya :" Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan."
Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana. Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam adalah alunan nasyid yang memuji kebesaran Allah SWT dan berbentuk doa dan mempromosikan akhlak Islam. Hiburan yang berbentuk karaoke campuran lelaki dan perempuan adalah dilarang.

0 comments :

Post a Comment