Sunday 17 January 2016

paloh

Dimasa yang lalu,sungai tersat yang melalui kampung bukit gemuroh tidak lah mempunyai laluan nya seperti sekarang,Dimasa itu laluan nya mempunyai likuan yang sangat menakjubkan,Sungai tersat yang ada sekarang telah melalui proses untuk membetulkan laluan nya oleh penduduk kampung dimasa itu, Dengan membuat laluan baru banyak menefaat yang diperolehi,salah satu dari nya dapat memendekan lagi perjalanan untuk memudiki sungai.Dengan sebab2 itu dapat memudahkan pedagang yang datang dari kuala sungai terutama nya dari kuala berang dan kuala terengganu untuk berdagang.Berdagang maksudnya ialah membawa barang dagangan dari bandar kepenempatan dihulu2 sungai.Sehingga ditahun2 akhir 1970an barang2 dagangan masih beroperasi melalui sungai tersat,Orang terakhir berdagang melalui sungai tersat ke kampung bukit gemuroh dikenali sebagai Chek Ali,dengan sebab dia lah ikan singgang,budu belancan ikan jeruk,ikan kering boleh diperolehi dengan mudah oleh penduduk kampung bukit gemuroh..Perahu dagang,perahu kajang,perahu jalur sangat sinonim dimasa itu..


Yang bertanda biru likuan sungai sebelum digali,yang merah tempat yg digali.

 Dikatakan juga laluan baru dibuat untuk memudahkan pendakwah datang untuk menyebarkan ugama Islam.Selain itu nama2 hebat yang memungkin sungai tersat mengalami perubahan ialah seperti nama Tun Indera dan nama tun Indera telah diabadikan disebuah sekolah menengah dikampung pelandan.(perlu juga diketahui tun indera datang bersama adik beradik nya yg lain kerana mengiringi angkatan sultan sulaiman yang diangkat menjadi sultan terengganu,nama adik beradik nya yang lain seperti Tun Segempa Alam,Tun Segempa Ali,Tun Belian mahmud,Tun Daud,Tun Adinda dan salah seorang nya telah dimakamkan dibukit Jerat dikampung kuala menjing.Nama sebenar Tun indera ialah Tok Tun Indera Muda)Diatas keperluan itu lah laluan sungai tersat telah mengalami perubahan.Dikatakan gotong royong telah dibuat melibatkan dua buah kampung iaitu kampung lebat daun dan kampung tepas(semasa sungai tersat digali untuk memendekan laluan nya,penduduk kg tepas belum lagi berpindah ke kg bukit gemuroh yg sekarang,semasa itu kg bukit gemuroh adalah hutan rimba,tempat itu hanya dikenali sebagai bukit gemuroh sahaja).Dikatakan juga pengalian memakan masa selama beberapa bulan.Besar laluan yang digali hanya lah lebih dari semeter.Walau pun hanya semeter lama kelamaan sungai tersat yang digali menjadi semakin membesar akibat dari hakisan terutamanya hakisan akibat dari banjir disaban tahun terjadi. Kerja gotong royong yang dilakukan melibatkan kaum lelaki dan perempuan,Kaum perempuan sebagai tukang masak kerana beberapa ekur kerbau telah disembelih untuk memenuhi makan tengahari oleh kaum lelaki.


Pada masa sekarang bekas likuan sungai tersat dikenali sebagai paloh,paloh merupakan tasik ladam dan satu2nya ada di kampung bukit gemuroh.(bersambung)

0 comments :

Post a Comment