Monday 25 January 2016

Kampung bukit gemuroh salah sebuah kampung yang tidak mempunyai kawasan yang luas,dengan tiada kawasan yg luas tiada tempat untuk mendirikan kemudahan asas dan kg bukit gemuroh merupakan kampung yang kurang kemudahan asas,salah satu kemudahan asas yg dimaksudkan ialah padang permainan.Mungkin padang permainan yg dimaksudkan ialah padang bola.

Kampung bukit gemuroh merupakan salah satu kampung yang tak ada padang bola di mukim tersat,kalau ada pun hanya menumpang dipadang kepunyaan orang lain yakni padang sekolah kg bukit gemuroh,kemudahan asas yg lain hanya tempelan ditanah2 penduduk kampung,sangat menyedihkan..


Ni lah tempat yang dimaksudkan

Untuk mengatasi masalah tu,mungkin ada alternatif tertentu yang membolehkan kampung bukit gemuroh mempunyai padang permainan nya sendiri yang mungkin mempunyai taraf tertentu,Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menebus tanah,maksud menebus ialah dengan mengambil tanah penduduk kampung dengan memberi bayaran yg setimpal.tempat yang dimaksudkan ialah seperti didalam peta diatas.Kawasan yang bertanda merah ialah kawasan sungai yang akan dibuat semula untuk meluruskan aliran nya dan dikawasan sebelah kampung atau tempat aliran sungai asal ditebus guna atau ditambun,(seperti bertanda biru) kawasan tersebut boleh lah dijadikan kawasan perumahan atau kawasan permainan setelah kawasan itu  diambil oleh pihak kerajaan dengan bayaran yang tertentu,lebih mahal lebih bagus.

Kebaikan dari tindakan yang mungkin dilakukan ialah kampung bukit gemuroh boleh diselamatkan dari hakisan sungai tersat.Disekitar tepi tebing sungai tersat yang sekarang hakisan nya sangat membimbangkan,Mungkin disuatu masa yang akan datang ada rumah penduduknya akan lenyap ditelan hakisan

Penebusgunaan tanah memerlukan kos yang tinggi,mungkin sekitar 10 juta atau lebih.terpulanglah kapada pihak berwajib memikirkan nya.walau macam mana pun projek yang macam ni payah nak jadi kerana kos,Harap2 projek ni jadi jugak walau memakan masa 100 tahun lagi,Sekian..

Catitan:

Mintak maaf banyak deh,cadangan ini datang ketika amber tgk google map dan ternampak lah likuan sungai tersat yang sangat mengkagumkan tu,Sungai tersat telah menghampiri rumah penduduk kampung dan mungkin lenyap untuk beberapa tahun lagi sekira sesuatu tidak dibuat.Lagi pun ambe dah bercakap tentang ni dikedai nuar labu dan disokong plk oleh mat nor azam (lowed),Kamarul cek amat (rumah dia yang paling dekat dgn sungai tersat sekarang ni) Mat atan ( dia sengeh2 jer) nuar labu sendiri (Dia ni mcm dengar tak dengar sbb dia tengah tenguk cerita tamil,peminat nombor 1 cerita tamil dia ni)

0 comments :

Post a Comment