Thursday 26 February 2015


Masih ingat kah lagi dengan cerita perkahwinan tok bomoh itam dengan puteri bunian yang telah diceritakan pada blog yang lepas?.Kalau kurang ingatan harap baca cerita itu disini http://bukitgemuroh-community.blogspot.com/2014/10/cerita-bukit-langkat.html.


Pada kali ini dibawakan cerita tempat dimana majlis perkahwinan yang gilang gemilang itu dilangsungkan.Tempat yang dikatakan perkampungan orang bunian yang ujud lebih kurang 100 tahun yang lalu.Dikatakan kawasan perkampungan itu terletak antara dua jurang yang dalam di bukit langkat.Sekarang tempat itu telah dikenali sebagai padang Mok long Said.Tenguk gambar2 kat bawah yang telah diambil pada 27hb feb 2015 yang baru lalu
Kawasan ini pada dasar nya sebuah dataran tetapi kawasan ini terletak dibawah antara dua bukit,sampai kesini baru dirasa ianya merupakan sebagai dataran,dilihat dari atas merupakan sebuah padang yang kecik sahaja,Walau macam mana pun dikawasan ini mempunyai sistem yang lengkap sebagai sebuah kampung.Kawasan ini mempunyai aliran air yang baik dan bersih,sangat sesuai kalau dibina sebuah kampung dan mungkin dakwaan yang mengatakan kawasan ini merupakan perkampungan bunian pada masa lalu tak dapat ditolak
Cakap punya cakap perkara yang tahyul dan apa2, Kawasan ini sangat sesuai dibina penempatan yang ujud nyata dan bukan perkampungan yang betul ada atau pun tidak,Mungkin generasi yang akan datang akan menduduki kawasan ini dan mereka akan membina perkampungan yang menarik dan mungkin akan menyamai perkampungan bunian yang telah digambarkan menerusi filem2 dan cerita2 dalam buku,Sekian

0 comments :

Post a Comment