Saturday 28 February 2015

Pada awal bulan febuari yang baru lalu seorang penduduk kampung bukit gemuroh telah mengidap demam malaria,Penyakit yang belum mempunyai ubat yang khusus untuk nya,

Untuk membendung penyakit ini dari menular pihak kementerian kesihatan telah mengambil inisiatif membekalkan kelambu untuk digunakan oleh penduduk kampung bukit gemuroh.Pada 28hb feb 2015 yang baru lalu majlis membahagi2kan kelambu kapada kebanyakan penduduk kampung telah diadakan dimasjid kampung bukit gemuroh,Sekian....
 Malaria versi wikipedia:

Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit protozoa yang paling biasa di dunia, iaitu plasmodium yang menyumbang kepada lebih kurang 3 juta kes dan 1.5 hingga 2.7 juta kematian setiap tahun. Ia disebarkan oleh nyamuk betina genus Anopheles (nyamuk tiruk), terutamanya Anopheles sundaicus di Asia dan An. gambiae di Afrika. Ramai orang mendapat malaria semasa mengembara ke negara-negara tropika atau subtropika. Malaria berlaku di kebanyakan bahagian sub Sahara Arika, Asia Tenggara dan Selatan, Mexico, Haiti, Amerika Tengah dan Selatan, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon.
Malaria merupakan penyakit berjangkit bawaan vektor yang disebabkan oleh parasit protozoa. Ia meluas di kawasan tropika dan subtropika, termasuk sebahagian dari Amerika, Asia, dan Afrika. Setiap tahun ia menyebabkan penyakit pada sekitar 650 juta orang dan membunuh antara satu hingga tiga juta, kebanyakannya kanak-kanak di Sub-Sahara Afrika. Malaria biasanya dikaitkan dengan kemiskinan, tetapi turut merupakan punca kemiskinan dan penghalang utama kepada pembangunan ekonomi.

Bacaan sepenuh nya dalam wikipedia disini.  http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaria

0 comments :

Post a Comment