Friday 4 May 2018

Hukum menikah dalam pandangan syariah. 
Para ulama ketika membahas hukum pernikahan, menemukan bahwa ternyata menikah itu terkadang boleh mejadi sunnah, terkadang boleh menjadi wajib atau terkadang juga bisa menjadi sekedar mubah saja. Bahkan dalam kondisi tertentu bisa menjadi makruh. Dan ada juga hukum pernikahan yang haram untuk dilakukan.Semua akan sangat tergantung dari kondisi dan situasi seseorang dan permasalahannya.

Menikah itu wjib hukumnya bagi seorang yang sudah mampu secara finansial dan juga sangat beresiko jatuh ke dalam perzinaan. Hal itu disebabkan bahwa menjaga diri dari zina adalah wajib. Maka bila jalan keluarnya hanyalah dengan cara menikah, tentu saja menikah bagi seseorang yang hampir jatuh ke dalam jurang zina wajib hukumnya.

Imam Al-qurtubi berkata bahwa para ulama tidak berbeda pendapat tentang wajibnya seorang untuk menikah bila dia adalah orang yang mampu dan takut tertimpa resiko zina pada dirinya. Dan bila dia tidak mampu, maka Allah SWT pasti akan membuatnya cukup dalam masalah rezekinya, sebagaimana firman-Nya:

"Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas lagi Maha Mengetahui."(QS. An-Nur: 

Pada 4-5-2018 satu majlis menyambut menantu telah diadakan dirumah Maimun bt Mamat,Maimun mamat merupakan isteri kapada arwah mat amin bin Ahmad,Arwah dan Maimun Mamat sangat dikenali,merupakan individu yang popular juga dikampung Bukit Gemuroh.Memang tak payah diperkenalkan lagi,semua orang kenal dan tahu,Begitu juga dengan pengantin baru iaitu Mohd Asri bin mat amin,Individu yang popular,Beliau dikenali kerana sangat meminati dalam kegiatan sukan iaitu sukan berbasikal,mungkin jodoh pertemuan ini disebabkan kepopulariti nya sebagai seorang penungang basikal yg popular.Nama panggilan biasa kapada Moh Asri ialah Mat Daud..

Mohd Asri Bin Mat Amin telah bertemu jodohnya dengan Nor Aida bt Ibrahim.Nor aida berasal dari kampung Tepuh kuala terengganu.Pengantin perempuan bekerja disebuah pusat membeli belah dikuala terengganu,sementara mohd Asri merupakan seorang usahawan yang berjaya.Majlis akad nikah telah disempurnakan dimasjid kampung tepuh pada 28-4-2018.
Majlis makan bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang,Tetamu yang datang memang seawal pukul 11.00 pagi,Oleh kerana majlis kenduri ini diadakan pada hari jumaat rombongan pengantin perempuan datang seawal pukul 10.30 pagi,Majlis telah dipandu oleh DJ yang bertugas iaitu En Mohamad Bin Abdullah..SEKIAN
Menu.
Daging kawah,
Sayur2an
Bubur Kacang


JKKK Kg bukit gemuroh dan admin blog jkkk kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kapada kedua2 pengantin iaitu Mohd Asri dan Aida.Semoga perkawinan ini kekal selama nya.Didoakan semoga perkawinan ini diberkati..INSHAA ALLAH.










0 comments :

Post a Comment