Sunday 4 September 2016


Pada 3-9-2016 belia 4b kampung  bukit gemuroh telah menganjurkan satu pertandingan bolasepak pasir tertutup kampung bukit gemuroh.Acara ini telah diadakan dipasir sungai tersat iaitu di pengkalan tengah.Acara ini telah disertai oleh belia2 yang berumur dari 13 tahun sehingga belia2 tua (keh keh keh).

Walau pun pertandingan ini mirip kapada sukan tetapi acara ini lebih kapada merapatkan antara penduduknya kerana pada acara ini telah diadakan jamuan makan seolah2 seperti berkelah.Telah disertai oleh ramai warga kampung dari yang semuda2nya hingga kapada yang tua.Untuk memeriahkan lagi acara bolasepak pasir,penganjur telah mengadakan satu game penyertaan ramai iaitu teka biji betik.Teka biji betik telah dimenangi oleh adik nurul farisya bt nayusdi.

Dipagi2 lagi kaum mak telah memasak lauk pauk ala kampung dan memasak nasi kawah untuk hidangan kapada penduduk kampung dan peserta bolasepak pasir.Lauk berupa sayuran kampung,ikan panggang,ikan singgang serta budu,petai jeruk pun ada jugak(hehehe)

Acara bolasepak pasir bermula pada pukul 8.00 pagi dengan lapan kumpulan telah mengambil bahagian dengan satu kumpulan mempunyai enam orang pemain,nama kumpulan seperti berikut,
1    1)    Kumpulan ikan rong
2    2)    Kumpulan ikan kelah
3    3)    Kumpulan ikan kaloi
4    4)    Kumpulan ikan kawang
5    5)    Kumpulan ikan butal
6    6)    Kumpulan ikan belida
7    7)    Kumpulan ikan terbol
8    8)    Kumpulan ikan seluang
(nama kumpulan yang berbau kampung,tapi nama butal berbau bandar boh!!!..hehehe)

Acara telah dilangsung secara liga,mata yang tertinggi akan bermain diperlawanan akhir.Pada pukul 2.00 petang jamuan makan tengah hari untuk semua yang hadir dan pelawanan akhir telah diadakan pada pukul 2.15 petang dengan kumpulan ikan rom  telah menjadi juara serta kumpulan ikan seluang telah menjadi naib juara.Pada pukul 2.30 petang telah diadakan majlis penyampaian hadiah..Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh pengerusi JKKK Kampung bukit gemuroh iaitu En Rashid bin Ismail,sekian..maju lah sukan untuk suka-suka...

Gambar-gambar>>>>>>



Masa kemuncak




penonton dan tukang masak


Tukang makan

Hadiah-hadiah






Antara penerima hadiah

Tamat lah sudah acara bolasepak pasir..

0 comments :

Post a Comment