Thursday 19 May 2016

Pada 19-5-2016 telah diadakah majlis walimatullurus untuk meraikan perkahwinan Nurul Aziah bt mohamad Shafie dengan pasangan nya iaitu Che Mohammad Hquzai bin Ali, Pengantin perempuan salah seorang dari penduduk kampung bukit gemuroh, merupakan seorang kaki tangan kerajaan dan sememangnya  berasal dari kampung bukit gemuroh,Pengantin perempuan merupakan anak ke-dua dari empat beradik dan telah kehilangan kedua2 org tua nya semenjak beberapa tahun lepas. Majlis ini telah dikendalikan sepenuhnya  oleh keluarga terdekatnya.

 Pasangan nya juga seorang kaki tangan kerajaan  yang bertugas di kuala lumpur dan berasal dari kampung Maras,Terengganu.Akad nikah telah dilangsungkan pada 19-5-2016 dimasjid kampung bukit gemuroh pada pukul  11.00 pagi iaitu sama tarikh dengan majlis walimatulurus.Majlis walimatulurus bermula dari pukul  11.00 pagi hingga pukul  4.00 petang.

Majlis yang diraikan ini merupakan majlis yang agak sederhana  tetapi telah disertai oleh sebahagian besar penduduk kampung dan keluarga terdekat.Seperti biasa majlis seperti ini telah dibuat secara gotong royong,Walaupun majlis ini dikatakan sebagai sederhana tetapi telah menyediakan tiga kawah gulai daging serta beberapa jenis lauk yang lain.Majlis  ini juga mengikut ketetapan seperti majlis2 walimatulurus yang lain juga.Bermula dengan meletak kerja,menyedialan khemah2 untuk memasak serta khemah2 untuk tetamu dan penyediaan ahli jawatan kuasa nya sendiri untuk menjayakan majlis.Semoga perkahwinan ini kekal  bahagia sehingga akhir hayat..Sekian.

Admin blog kampung bukit gemuroh serta ahli jawatan kuasa keselamatan kampung bukit gemuroh mengucapakan selamat pengantin baru kapada kedua pengantin,Semoga bahagia ke akhir hayat..

Gambar-gambar.>>>>>>>>>>











0 comments :

Post a Comment