Wednesday, 1 April 2015

Projek tanam kelapa ini telah dimulakan dengan kerjasama jabatan pertanian dan JKKK kampung bukit gemuroh,sejak setahun yang lalu dengan kerja pertamanya mengorek parit ditanah yang berpaya.Luas kawasan projek ini pada sekitar 20 ekar dengan pesertanya 13 orang.Kerja membersih dan memerun oleh jabatan pertanian dan peserta sendiri.Sehingga sekarang projek ini dalam peringkat membersih dan ada peserta telah memulakan penanaman. Tempat projek ini dinamakan sebagai paya bukit langkap.
Tanpa bertanya sesiapa aku menulis dengan cita rasa sendiri mewakili admin blog kampung bukit gemuroh iaitu saudara azema Ismail telah mengunjungi tempat ini sehari sebelum ini,Tempat dicadangkan dan telah pun diusahakan merupakan tempat yang sangat mengasyikan,Tempat yang jauh dari pandangan mata seharian.Tempat yang saujana mata memandang.Tempat ini sangat menghiburkan dengan pemandangan yang cukup indah persis seperti cerita dulu kala.Kesini boleh mengimbau dizaman dahulu kala dimana segala kelengkapan dimasa itu belum ada.Kawasan yang dipunggar sebegitu rupa telah mengembalikan ingatan silam.
Dicadangkan tempat ini diusahakan sehingga berjaya kerana potensinya sangat besar,Kawasan ini boleh dimajukan sehingga ketahap membina perkampungan didalam nya,Dicadangkan tempat ini dibina kemudahan awam yang membolehkan kawasan ini dijadikan kawasan kunjungan awam.Boleh dibuka kapada umum untuk minum air kelapa muda dengan harga yang murah atau dibuka kapada umum untuk tempat kursus menanam kelapa yang berjaya atau tempat kunjungan petani2 luar yang ingin menikmati kawasan yang sangat mengkagumkan ini.Tapi semua cadangan diatas akan tinggal cadangan sahaja jika usaha yang dibuat dengan sambil lewa.Diharap semua peserta dapat menjayakan projek ini kapada tahap 100% berjaya.Admin sendiri sangat kagum dengan tempat ini yang mungkin ramai tak tau tentang keistimewaannya.
Tempat yang berlatar belakangkan bukit langkap yang sangat indah,mempunyai sebatang alur yang agak besar yang sangat menghiburkan.Sungguh bertuah kapada mereka yang menjadi peserta ditempat penanaman kelapa kampung bukit gemuroh,Sekian semoga berjaya.(kat bawah sekali ada video nyanyian A.Ramli,Dendang anak tani,Yang nak pegi sini tolong bawak tab atau laptop,dengar lagu tu,sini line ternet 3G,Bleh dengar molek.huhuhu)




0 comments :

Post a Comment