Wednesday 7 January 2015


Pada 17hb dis 2014 telah terjadi banjir besar dikampung bukit gemuroh,Banjir yang terjadi telah berlarut selama seminggu,Dalam masa seminggu banjir telah membanjiri kampung sebanyak 2 kali.Banyak rumah yang dinaiki air sehingga kedalam rumah,Seramai hampir 100 orang telaah dipindahkan.Pusat perpindahan ialah di masjid kampung bukit gemuroh dan surau padang nibong (padang nibong ialah jajahan takluk kg bkt gemuroh ok )


Di sesetengah tempat banjir boleh meragut nyawa dan kehilangan harta benda.Mangsa banjir memerlukan sokongan dan bantuan untuk meneruskan hidup pasca banjir,Bantuan boleh dikatagori kapada beberapa bahagian seperti bantuan sementara seperti barang makan dan bantuan yang kekal seperti rumah.



Mangsa banjir dikampung bukit gemuroh merupakan mangsa banjir yang biasa,merupakan mangsa yang tak perlu kapada bantuan yang kekal,mangsa banjir dikampung bukit gemuroh boleh lah dikatakan mangsa yang tidak kritikal dan tentu bantuan nya  dari barangan yang biasa seperti keperluan harian seperti beras dan makanan ringan yang lain.
.

Bantuan biasa nya disalurkan oleh kerajaan atau pun NGO serta orang perseorangan,bantuan biasanya diberi dari rumah kerumah atau tempat2 umum seperti  balai raya dan sebagainya.





Pada 27hb dis 2014 yang baru lalu team bola sepak terengganu telah memilih kampung bukit gemuroh sebagai tempat untuk mereka menyumbangkan bantuan banjir kepada penduduk kampung yang terjejas akibat banjir,Seramai 50 orang penduduk kampung bukit gemuroh telah terbabit dengan program yang diatur oleh JKKK kampung bukit gemuroh.



Rombongan tiba dengan sebuah bas dan beberapa pacuan 4 roda pada pukul 11.00 pagi  telah disambut dengan deruan perarakan motor dari team htmcc sebagai mengalu2kan  kedatangan ahli rombongan team bola sepak terengganu yang julung2 kalinya,Rombongan telah diarak sejauh lebih 1km dari kg bukit biah ke balai raya kampung bukit gemuroh.Majlis diserikan lagi dengan tarian balai oleh penari balai yang terdiri dari kanak2 sekolah kampung bukit gemuroh.



Turut hadir dalam majlis tersebut ialah kebanyakan pegawai dalam pasukan bolasepak terenganu,pengadil bola sepak terengganu,Wakil peminat bola sepak, sebagai ahli rombongan dari pasukan bola sepak dan pegawai dari pejabat DUN telemong,pengerusi jkkk dari dun telemong,penghulu di DUN telemong,Pemuda DUN telemong serta toh puan sebagai menwakili YB dato rozi mamat sebagai rombongan dari DUN telemong....




Ucapan alu2an telah disampaikan oleh pengerusi jkkk kampung bukit gemuroh En Rashid Ismail,Bantuan telah disampaikan oleh permain bolasepak terengganu dan ketua rombongan tersebut bagi bantuan dari pasukan bola sepak dan semua bentuan dari dun telemong telah disampaikan toh puan sebagai mengwakili Adun telemong yang tak dapat hadir kerana atas sebab2 yang tak dapat dielakan.Bantuan berupa hamper yang bernilai rm 50 dan duit sebanyak rm 50..




Majlis bersurai pada pukul 1.00 tengah hari setelah semua rombongan menikmati makan tengah hari berupa nasi  yang berlauk kan ayam kampung.Sekian

catitan:kedatangan pasukan bola sepak terengganu kekampung bukit gemuroh  telah memberi peluang kapada peminat bola sepak untuk bergambar bersama.Nampak banyak gambar2 peminat dan pemain bola sepak dalam facebook,dengan kata lain waktu yang baik untuk selfie,kikikikikikikikikiki



0 comments :

Post a Comment