Saturday 14 June 2014


Kampung bukit Gemuroh telah menyertai pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M),Pertandingan ini telah disertai oleh beberapa buah kampung dikawasan hulu terengganu dan salah satu kampung yang menyertai nya ialah kampung Bukit Gemuroh.
Pada 11hb.jun 2014 yang lalu ajk pertandingan kampung bukit Gemuroh telah menerima kehadiran juri dalam permarkahan kapada kampung yang bertanding.Beberapa acara telah disusun untuk menyambut para Juri yang terdiri dari pelbagai pegawai dari pelbagai jabatan yang mempunyai kepakaran dalam permarkahan seperti jabatan kemas,ketua penghulu dan dari jabatan yang berkaitan...
Rombongan telah disambut dengan acara perarakan motosikal dari team HTMCC pada  2.30 petang,Seramai 20 orang rider dan suka rela telah menyertai perarakan yg bermula dari sempadan kampung bukit gemuroh dan kampung kuala Menjing.Perarakan sejauh 500meter itu telah disambut oleh AJK pertandingan dan Ketua nya En Abdul Rashid Ismail dibalai raya kampung Bukit Gemuroh.,Rombongan Juri juga telah dihidangkan dengan tarian balai oleh penari2 balai yang dilatih khas untuk beberapa sambutan dan pertunjukan didalam dan luar kampung.Penari terdiri dari kanak2 yang berusia 9thn hingga 12 tahun.
Pada pukul 3.00 petang upacara sambutan selesai dan dimulai permarkahan oleh juri,Permarkahan selesai pada pukul 4.00 petang dan disudahi dengan jamuan ringan kapada juri dan sekelian yang hadir,Sekian....



0 comments :

Post a Comment