Jumaat, 16 Disember 2011
Kampung Bukit Gemuroh/khatan beramai2
Majlis ini dirasmikan oleh yang berhormat Tuan HJ Rozi bin Hj Mamat
selaku ADUN kawasan Telemong. Perarakan bermula lebih kurang pukul 9.00
pagi dan disertai oleh ibu bapa serta kanak yang berkhatan. Mereka
diarak dengan mengunakan lori panjang yang dibina khas untuk tujuan itu.
Perarakan bermula dari gelangang futsal Kampung Bukit Gemuroh dan
berakhir di Sekolah Kebangsaan Padang Setar sejam kemudian nya. Kanak2
yang berkhatan diraikan khas dimajlis tersebut dengan perarakan pulut
kuning yang dibuat khas serta diiringi oleh pemukul gendang yang dibawa
khas dalam majlis tersebut dari kalangan mereka berbangsa cina. Setelah
itu mereka dimandikan beramai2 oleh pasukan bomba dari bandar Kuala
Berang
keadan di dalam lori panjang yang luas dan selesa.
Majlis berkhatan selesai pada pukul 2.00 petang dengan tetamu dijamu dengan hidangan seperti majlis kawin. Diucapkan selamat menempuh alam remaja kapada mereka2 yang berkhatan :)
0 comments :
Post a Comment