Pada
2-2-2017 satu majlis menyambut menantu telah diadakan dirumah tuan bilal masjid
kampung bukit Gemuroh iaitu En sulong bin Ibrahim.Majlis ini diadakan kerana
meraikan perkawinan anak mereka iaitu Roslan bin Sulong.Roslan bin Sulong telah memilih Nurliyana binti
shihabudin sebagai teman hidupnya.Angkat nikah telah diangkat pada 29-1-2017 pukul 11.30 pagi di masjid Merchang....
Pengantin
lelaki berasal dari kampung bukit Gemuroh sendiri dan berkerja swasta sebagai
operator jentera berat.Pengantin perempuan seorang lulusan universiti tempatan
dan berasal dari kampung Gong Kasim. Mercang .Terengganu.
Majlis kawin
dirumah seorang bilal kampung tentunya disegani oleh penduduk kampung dan kerja
gotong royong yang dijalankan tidak bermasalah lansung kerana ramai yang hadir
untuk menjayakan majlis.Dibuat seawal pagi,pada pukul 7.30 dengan menyembelih
lembu dan menyiang daging.Tiga ekor lembu telah tumbang pada majlis ini (ambik
nok sangat,ni baru yer) itu tak termasuk gulai umbut serta menu2 yang lain
(naik peluh boh).Jarang satu2 majlis kawin masakan daging nya sampai tujuh
kawah,biasa nya gulai kawah hanya lah empat atau lima kawah sahaja kerana pada
satu2 majlis kawin tidak sekadar gulai kawah daging tapi menu2 yang lain
diketengahkan juga seperti masak umbut dan sayuran.Jadi boleh dikatakan majlis
sambut menantu dirumah bilal kampung bukit gemuroh menjadi sesuatu yang besar
juga.Seperti biasa gotong royong disertai oleh kaum lelaki dan kaum ibu serta
budak2 yang memeriahkan majlis..
Menu..
1)Gulai kawah 6 kawah
2)Sup gear box/sup tulang 1 kawah
3)Gulai umbut 1 kawah
4)Sayur air 1 kawah
5)Ikan kering
6)Sambal belacan
7)Bubur kacang
Semoga
perkawinan ini bahagia sampai beranak dan bercucu,bahagia sampai akhir..
JKKK kampung
bukit gemuroh mengucapkam selamat pengatin baru kapada kedua2 mempelai.Semoga
perkawinan ini mendapat berkat..
Majlis
berakhir pada pukul 5 petang..
tuan rumah buat perubahan yg agak memeranjatkan,tempat makan yang disediakan mengunakan dulang buluh yg dilapik dengan kertas pembungkus nasi dikedai2,Penjimatan tenaga kerja katanya,Patut sekali cara ini dipanjangkan kapada majlis yg lain kerana ada sentuhan tradisional,Mungkin boleh diubahsuai lagi dengan mengunakan daun pisang sebagai tempat lapik nya,tiada rungutan didalam cara hidangan ini kerana cara ini menyenangkan ramai orang yang tak kira pangkat..(ker guaner)
0 comments :
Post a Comment