(CERITA INI TELAH DICERITAKAN KAPADA AKU OLEH MOHAMAD
ABDULLAH,AKU TAK TAU SAMA ADA BETUL KE DAK,IKUT AKAL MEMANG TAK LOJIK,TAPI BACA
JE CERITA NI)
BUKIT LANGKAT
Pada tahun 1930 an,Ayah arwah yunus bin itam (pok nuh),orang panggil tok bomoh itam,memang dia
seorang bomoh,sangat terkenal dimasa itu,Tok bomoh itam telah bertanam padi
huma dibukit langkat.
Suatu hari dia berehat di dangau,kerana terlalu penat
dia tertidur,dalam tidur nya dia telah bermimpi berjumpa dengan puteri
bunian,puteri tersebut telah berkata,"kami nak berkawan dengan awak kerana
awak orang baik",lalu puteri bunian telah berpesan,kalau nak berjumpa
dengan kami,pakai lah kopiah yang terletak diatas sebuah batu dan dibawah pokok
pula,(macam cerita star gate jugak ar) Puteri
tersebut telah hilang dari pandangan dan tok bomoh itam telah terjaga dari
tidur nya,tok bomoh itam telah mencari kopiah yang diceritakan oleh puteri
bunian seperti didalam mimpi nya tadi,setelah terjumpa dengan kopiah yang
diceritakan,tok bomoh itam terus memakai nya,Bila saja dia memakai kopiah
tersebut tok bomoh itam telah nampak sebatang jalan dan dia terus mengikut
jalan tersebut dan telah terjumpa dengan sebuah kampung yang indah,kampung
tersebut ialah kampung orang bunian...Tok bomoh itam telah nampak semua kampung
halaman ayam itik,kerbau lembu dan tok bomoh itam telah berjumpa dengan mak dan
ayah puteri bunian Setelah beberapa lama berulang alik dan bercinta dengan
puteri bunian,keluarga puteri bunian telah bersetuju untuk kahwin kan tok bomoh
itam dengan puteri bunian,Dimasa itu Tok bomoh itam dah ada anak dikampung
iaitu yunus bin itam (pok nuh)
(Untuk
pengetahuan, tok bomoh itam tinggal dikampung bukit gemuroh,mereka telah pindah
kekampung kuala menjing akhir tahun 60an)
Orang bunian telah berpesan kapada bomoh itam:“kisah
di bukit langkat jangan bawak ke kampung,kalau nak kekampung dibukit
langkat,pakai kopiah yang di bagi,bila nak balik kampung,cabut kopiah dan
simpan ditempat yang selamat"..
Selang beberapa bulan kemudiannya mereka
dikahwinkan,di masa itu orang bukit langkat buat kenduri besar (perkampungan bunian)Ramai dari penduduk kampung
bukit gemuroh yang kena jemput kenduri kawin tersebut.Penduduk kampung bukit
gemuroh menghadiri majlis tersebut macam kenduri biasa,Perkampung yang mereka
lihat serupa dengan kampung2 melayu yang lain,Riuh rendah kenduri macam kenduri
dikampung2 melayu yang biasa,Ada tempat memasak,ada tempat untuk makan,riuh
rendah budak2 dan sebagainya.Selain dari jemputan biasa penduduk kampung bukit
gemuroh juga di jemput untuk memeriahkan lagi perkawinan tok bomo itam,Jemputan
untuk berdikir rebana besar memenuhi acara pada malam perkawinan tok bomo itam
dan puteri bunian.Pasukan berdikir rebana besar telah diketuai oleh tok
mezah,(tok mezah ialah tok ki kpd ketua pemuda umno kg
bukit gemuroh sekarang)dan tok pahang (Tok
Pahang ialah ayah tiri kapada Ghani Abu Bakar,Sidik Abu Bakar dan Halimah
hitam.Tok pahang telah meninggal dunia di Makah) Dikatakan jemputan
untuk berdikir rebana besar hanya berdikir sebelum subuh sahaja dan pihak tuan
rumah berjanji untuk memberitahu masa untuk berhenti berdikir tapi pihak tuan
rumah terlupa untuk mengingatkan
jemputan berdikir rebana besar kerana terlalu asyik mendengar alunan
keasyikan yang dibawa oleh para jemputan dari kampung bukit gemuroh,Oleh kerana
terjadi peristiwa lupa tersebut pasukan berdikir telah berdikir sehingga larut
ke waktu subuh,Oleh kerana hari dah siang mereka telah dijumpai oleh pasukan
pencari dari kampung bukit gemuroh, sedang asyik berdikir diatas pokok ara
besar di bukit langkat.(Waktu sebelum subuh yang dijanjikan oleh tuan rumah
ialah masa yang sesuai untuk berhenti berdikir dan kejadian berdikir diatas
pokok ara tidak akan terjadi.)
Pada masa perkahwinan tok bomo itam telah terjadi
perkara yang tak diingini,Semua hasil padi tak menjadi kerana padi telah
diambil oleh penduduk kampung bukit langkat untuk dibuat kenduri kahwin tok
bomo itam dan puteri bunian dan telah masuk kedalam mimpi penduduk kampung
bukit gemuroh, penduduk kampung bukit langkat telah meminta maaf tentang
kejadian tersebut dan kejadian berebana diatas pokok ara...
Walau macam mana pun penduduk kampung bukit gemuroh
yang menerima jemputan kawin dari penduduk bukit langkat, tidak tahu siapa yang
berkawin,mereka menghadiri jemputan sahaja tanpa tahu siapa kah yang berkawin,
Setelah berkawin dengan puteri bunian, tok bomoh itam
sentiasa berulang alik ke bukit langkat dengan memakai kopiah nya dan menyimpan
kopiah tersebut setelah pulang kekampung. Dikampung tok bomo itam mempunyai
isteri dan anak dan di bukit langkat tok bomo itam mempunyai isteri muda nya,
puteri bunian.(untung ar dia).Beberapa bulan
kemudian nya puteri bunian telah pun mengandung hasil perkawinan nya dengan tok
bomoh itam dan berita gembira itu disampaikan kapada tok bomoh itam,Oleh kerana
terlalu gembira tok bomo itam telah terlepas cakap kapada penduduk kampung
tentang perkawinan nya dengan puteri bunian kerana terlalu gembira menerima
berita isteri bunian nya mengandung.Oleh kerana pesanan orang bunian,"yang
dibukit jangan bawak ke kampung,"tok bomoh itam dah langgar,kopiah yang
menjadi kunci untuk berjumpa dengan orang bunian telah diambil balik oleh orang
bunian,Sejak itu tok bomoh itam telah menjadi sasau kerana mengenangkan puteri
bunian dan anak yang dalam kandungan puteri.Sejak itu tok bomoh itam tak dapat
lagi berjumpa dengan isteri nya.Tok Bomoh itam telah berpesan kapada anak nya
iaitu yunus itam (pok nuh) untuk mencari adik nya,Tok bomoh itam dalam keadaan
kurang waras nya sehingga meninggal dunia.
TAMAT
(Sejak itu pok nuh sentiasa berulang alik ke
bukit langkat,Arwah telah membuka tanah disitu dan dikatakan juga arwah ingin
bertemu dengan adik nya.Tak diketahui arwah berjumpa atau tidak,ada yang kata
arwah pernah berjumpa dengan adik nya seorang lelaki,kalau arwah berjumpa memang
boleh dipertikaikan kerana arwah tak pernah pakai kopiah atau pun kalau ada
kopiah tersebut adakah puteri bunian telah baik hati memberi kopiah
tersebut,baik hati benar puteri bunian,suami sendiri marah bagai nak rak tiba2
dengan anak tiri nya dia jadi baik,macam tak lojik jer,kikikikiki)
http://ceritateladan.com/2016/01/26/bomoh-saikologi/
ReplyDelete