Friday, 16 December 2016

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 rabi ul awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 april 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Pada 15-12-2016 j3k kampung bukit gemuroh telah menyertai perarakan hari maulidur rasul peringkat hulu terengganu,J3k kampung bukit gemuroh diketuai oleh saudara shamsudin  Ahmad dan pasukan berselawat telah diketuai oleh cik puan hindun binti mamat,J3k bukit gemuroh disertai oleh 20 orang peserta..Peyertaan 20 orang itu terdiri dari golongan muda dan orang dewasa serta dua orang kanak2 sebagai pembawa sepanduk..


Sebelum dari tarikh perarakan peserta kampung bukit gemuroh telah mengadakan latihan selama empat hari,Latihan itu hanya lah untuk melicinkan sahaja diperarakan yang sebenar,Latihan itu mengambil masa hanya setengah jam sekali berlatih.

Perarakan dibandar kuala berang bermula pada pukul 9.00 pagi didepan pejabat JKR kuala berang,(dewan komuniti) Perarakan telah disertai oleh lebih dari seratus pasukan yang terdiri dari jabatan kerajaan, j3k,parti dan politik.Perarakan telah diketuai oleh dato' Tengku putera Tengku Awang,  ADUN kawasan telemong Dato’ Rozi Mamat dan MP hulu terengganu menyertai perarakan bersama2 dengan kepimpinan peringkat kampung...

Perarakan sambil berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW berakhir didewan majlis daerah kuala berang pada pukul 11.30 pagi.Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Dato’ Tengku Putera Tengku Awang kapada pasukan yang terbaik yang menyertai perarakan...SEKIAN,SEMOGA BEROLEH PAHALA...


0 comments :

Post a Comment