Pada
25-2-2017 satu majlis Walimatulurus telah diadakan dirumah Ali Abdul Rahman dan NorAzizan bt Mat Amin.. Majlis ini diadakan kerana
meraikan perkawinan anak perempuan mereka iaitu Fatin Fasihah bt sulong dan Mohd Fazli bin Mohd Nor
Pengantin
lelaki berasal dari kampung kuala por dan berkerja sendiri dalam peniagaan bengkel,Pengantin perempuan seorang lulusan universiti tempatan
dan menjalankan perniagaan butik.
Seperti
biasa gotong royong diadakan dengan disertai oleh kaum lelaki dan kaum ibu serta budak2 yang
memeriahkan majlis.Majlis kawin dirumah seorang yang disegani oleh penduduk kampung dan kerja gotong royong yang dijalankan tidak bermasalah langsung kerana ramai yang hadir untuk menjayakan majlis.Dibuat seawal pagi,pada pukul 7.30 dengan menyembelih lembu dan menyiang daging diwakaf kampung bukit gemuroh,Wakaf yang dibina ditepi sungai,khas untuk tujuan menyiang daging bagi penduduk kampung bukit gemuroh untuk kemudahan berkenduri kendara.
Dua ekor lembu telah tumbang pada majlis ini,Boleh dikatakan majlis kawin ini dibuat secara besar2an kerana jemputan bersurat sahaja seramai 2 ribu surat.Jemputan penduduk kampung dan waris2 terdekat merupakan jemputan secara tradisional iaitu dijemput dari rumah kerumah.
Majlis makan bermula 11.00 pagi hingga pukul 5.00 petang
Menu..
1) Gulai daging tujuh kawah
2) Ayam masak merah dua kawah
3) Sayur nangka sekawah
4) Kerabu pucuk paku,Sayuran
5) Ikan kering baik punya
6) Sambal belacan sebesen
7) Bubur kacang sekawah
Semoga
perkawinan ini bahagia sampai beranak dan bercucu,bahagia sampai akhir..(Jangan kata sajer jer.lautan api sangup direnangi)
JKKK kampung
bukit gemuroh mengucapkam selamat pengatin baru kapada kedua2 mempelai.Semoga
perkawinan ini mendapat berkat..
Majlis
berakhir pada pukul 5 petang..
Tujuan perkahwinan
Salah satu dari tujuan dari pernikahan menurut Islam adalah untuk menjaga diri dari perbuatan maksiat. Seperti yang diketahui, pada saat ini banyak anak muda yang menjalin hubungan yang tidak diperbolehkan di dalam Islam yakni dengan berpacaran. Hubungan yang demikian ini menjadi ladang dosa bagi mereka yang menjalaninya karena dapat menimbulkan nafsu antara satu dengan lainnya. Nafsu syahwat merupakan fitrah yang ada dalam diri manusia. Untuk menjaga diri dari perbuatan maksiat, maka mereka yang telah mampu dianjurkan untuk menikah. Namun jika belum mampu, maka hendaknya berpuasa untuk mengendalikan diri.
Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para pemuda, barang
siapa dari kamu telah mampu memikul tanggul jawab keluarga, hendaknya segera
menikah, karena dengan pernikahan engkau lebih mampu untuk menundukkan
pandangan dan menjaga kemaluanmu. Dan barang siapa yang belum mampu, maka
hendaknya ia berpuasa, karena puasa itu dapat mengendalikan dorongan
seksualnya.” (Muttafaqun ‘alaih)
0 comments :
Post a Comment