Pernikahan adalah upacara pengikatan janji nikah yang dirayakan atau dilaksanakan oleh dua orang dengan maksud meresmikan ikatan perkawinan secara menurut ugama, menurut hukum, dan keadaan sosial. Upacara Pernikahan memiliki banyak ragam dan variasi menurut tradisi suku bangsa ugama dan budaya, maupun taraf sosial. Penggunaan adat atau aturan tertentu kadang-kadang berkaitan dengan aturan atau hukum ugama tertentu pula.
Pengesahan secara hukum suatu pernikahan biasanya terjadi pada saat dokumen tertulis yang mencatatkan pernikahan ditanda-tangani. Upacara pernikahan sendiri biasanya merupakan acara yang dilangsungkan untuk melakukan upacara berdasarkan adat-istiadat yang berlaku, dan kesempatan untuk merayakannya bersama kawan dan keluarga. Perempuan dan lelaki yang sedang melangsungkan pernikahan dinamakan pengantin, dan setelah upacaranya selesai kemudian mereka dinamakan suami dan isteri dalam ikatan perkawinan
Pada 16-10--2017 satu majlis menyambut menantu telah diadakan dirumah mohd radhi bin Ali, yang juga dikenali Ayah we saman.Majlis menyambut menantu ini diadakan kerana perkawinan anak lelakinya iaitu mohd rahmat bin mohd radhi.Menantu yang disambut bernama Siti Salmiah binti mustafa.Pengantin lelaki bekerja diladang rakyat,kampung cheting,tersat hulu terengganu dan berasal dari kampung bukit gemuroh sementara pengantin perempuan berkerja di latitude tree funiture ajil dan berasal dari kampung kolam Ajil.Majlis akad nikah pada 14-10-2017 ditempat pengantin perempuan.Seperti biasa majlis kenduri kawin bermula diawal pagi dengan bergotong royong menyediakan lauk pauk seperti gulai daging kawah dan sayur2an.Diawal pagi juga gotong royong menyiang daging dan penyediaan lauk pauk.
Majlis makan bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang,sementara itu rombongan pengantin perempuan tiba pada pukul 11.30 pagi diiringi dengan bacaan doa.Pukul 12.00 tengah hari majlis makan dengan kedua2 belah pengantin disertai dengan ahli rombongan.Rombongan pengantin perempuan telah bersurai pada pukul 1.00 tengah hari
Majlis menyambut menantu dirumah Mohd Radhi bin Ali berakhir pada pukul 5.00 petang.
SEKIAN
Tetamu menjamu selera.
JKKK Kg bukit gemuroh dan admin blog jkkk kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kapada kedua2 mempelai iaitu mohd rahmat dan Siti Salmiah. Semoga perkawinan ini kekal selama nya.Didoakan semoga perkawinan ini diberkati..INSHAA ALLAH.
DD Ice cream
DJ yang bertugas..Saudara Wan Fazrullah dan crew2nya
tetamu
Rombongan pengantin perempuan
Kawan-kawan yang datang menolong
Kawan-kawan yang datang tengok :)
0 comments :
Post a Comment