Laksa merupakan sejenis makanan yang popular
diterengganu.Laksa boleh didapati dengan mudah dipasar2 malam dan dipasar2
biasa.Perusahaan laksa dibuat hanya tertumpu kapada orang perseorangan dan
dibuat untuk jualan harian oleh pengusahanya.Membuat laksa merupakan sejenis
perusahaan kecil dan sederhana.Perusahaan membuat laksa untuk jualan biasanya mendapat
pinjaman dari agensi yang berkaitan.Perusahaan membuat laksa hanya tertumpu
dibandar2 sahaja dan edaran nya keseluruh tempat,dipekan2 dan dikampung2.Walau
pun laksa boleh didapati dengan mudah tetapi pembuatan laksa merupakan satu
sejarah kapada yang ingin mengingati nya,kerana pembuatan laksa yang sekarang
merupakan kesinnabungan dari pembuatan laksa sejak beratus2 tahun yang
lalu.Cuma pembuatan laksa yang dulu lebih kapada mengerat silaturahim antara
penduduk setempat dan bukan tertumpu kapada bentuk perniagaan.Setelah zaman
menjadi semakin maju,sedikit demi sedikit cara hidup pun berubah disebabkan
kehendak semasa yang semakin mendesak.Sedikit demi sedikit sesuatu yg menjadi
tradisi pun ditinggalkan,Salah satu yang ditinggalkan itu ialah pembuatan laksa
secara dulu2 atau pun pembuatan laksa secara tradisional..
Sejarah pembuatan laksa secara tradisional.
Pebuatan laksa secara tradisional lebih kapada untuk
mengeratkan silatulrahim kerana ianya dibuat secara gotong royong yang melibatkan
penduduk setempat.Biasanya pembuatan laksa dibuat kerana kejayaan dalam
bertani,Disini tumpuan kejayaan ialah dalam penanaman padi,Sesudah penuaian
padi dan mendapat hasil yang lumayan,pembuatan laksa akan dikerah oleh ketua
ditempat tersebut.Pembuatan laksa merupakan cara untuk meraikan kejayaan mendapat
padi baru kerana laksa dibuat mengunakan padi yang baru dituai.Tempat untuk
membuat laksa biasanya ditepi2 sungai atau ditempat umum berkumpul,Boleh juga
dikatakan pembuatan laksa secara beramai2 ini hanya lah untuk bersuka2 setelah
berpenat lelah berkerja.Dalam sejarah zaman yang berlalu, kemudahan untuk
membuat laksa sangat terhad,oleh itu pengunaan tenaga ramai sangat
diperlukan.Perkara asas untuk membuat laksa ialah tepung beras,Tepung beras
dizaman itu memang tak ada dijual dikedai2,jadi untuk tepung beras sahaja
memerlukan tenaga bukan sedikit.Tepung beras dimasa itu perlu ditumbuk dengan
mengunakan lesung kayu atau pemutar yang dibuat dari batu dan diputar
mengunakan tangan.Sebab itu tenaga ramai diperlukan..Selain dari itu banyak
lagi keperluan untuk membuat laksa,Dari dapur kayu,tempat pemutar kebok iaitu
tempat tepung yg telah di uli diisi,kawah,kayu api dan peralatan lain seperti
khemah dan sebagainya.Untuk membuat laksa memerlukan beberapa bahagian jenis
kerja yang perlu disiapkan..menumbuk beras untuk dijadikan tepung beras,merebus
tepung beras didalam daun pisang,menumbuk tepung beras yang sudah
direbus,menguli dan mengisi kedalam kebok,setelah itu kebok diisi ditempat yang
dibuat khas,selepas itu diputar mengunakan tenaga ramai.Disatu sudut lain
penyediaan kuah laksa dibuat dan mesti disiapkan dimasa yang sama kerana laksa
akan dimakan beramai2 ditempat laksa dibuat.Atas sebab2 kerumitan laksa
dibuat,tenaga ramai diperlukan disemua peringkat,dari kanak2 sehingga
keperingkat yang paling tua.Kejayaan membuat laksa secara tradisional ini bukan
lah bergantung sangat kapada rasa laksa yang dimakan tetapi kejayaan nya
bergantung kapada sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat.Maksudnya
lebih ramai yang datang maka lebih lah kejayaan nya...
Program buat laksa dimulakan dgn membina dapur tanah iaitu tempat laksa hendak direbus,Pembuatan dapur ini agak rumit sedikit kerana dapur ini dibuat didalam tanah dan memerlukan sedikit kemahiran,Tetapi tak jadi masalah sangat kpd yg dah biasa dgn kerja2 mcm ni.
Program bermula pukul 9 pagi dgn kerja2 mengadun semua bahan2 yang nak dibuat laksa.Riuh rendah peserta tak payah disebut,Kebanyakan yg muda2 ingin sangat melihat kemuncak buat laksa,kerana ini lah julung2 kali acara buat laksa sejak puluhan tahun yg lalu.Kemuncak buat laksa ialah memutar kebok dihangar yg dibina diatas dapur tanah.Ramai yg ingin mengambil bahagian dalam bahagian ini..
Acara yang paling akhir ialah makan laksa beramai2 setelah berpenat lelah.Makan merupakan satu bahagian yg paling top dan tidak sepatutnya dilepaskan,Program berakhir pada pukul 2.00 petang.
SEKIAN
Gotong royong buat laksa lebih mirip kapada bersuka2 atau main2,Sebab itu lah dalam banyak keadaan,biasa yang terjadi ramai yg hanya duduk2 dan bercakap2
Mok teh melah merupakan top leader dalam segenap bab,Dia merupakan tempat rujuk didalam banyak hal.Dalam pembuatan laksa dia merupakan salah seorang yang sentiasa bergelumang sejak dari masa muda nya,dia merupakan salah seorang individu yang paling tua.Ilmu dan pengalaman yang ada pada nya hendaklah sentiasa digali supaya apa yang dia tahu sentiasa hidup..
Ramlee ismail sibuk memasukan adunan tepung beras kedalam kebuk,kebuk merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembuatan laksa secara tradisional.Umtuk memasukan adunan ini memerlukan tenaga yang bukan sikit.Adunan terpaksa dimampatkan sehingga benar2 penuh..Salah seorang tenaga penting dalam pembuatan laksa secara bergotong royong..
Tempat untuk merebus laksa .Kebok diputar mengunakan kayu dan laksa akan jatuh kedalam kawah yg disediakan.Dapur dibuat sebegitu rupa untuk memudahkan kerja.Rasa panas dari dapur tidak terasa kapad yg memutar kebok,kerana dapur terletak dibawah
Kamarul sentiasa beraksi..Dapur dalam tanah ini mempunyai beberapa bahagian seperti didalam gambar.Kayu tempat letak kebok dinamakan sebagai buaya.. (tak tau sebab2 nama ni diberi)
Pok meri atau Zamri mat som,sentiasa beriuh rendah,Terlebih2 kalau ramai yang memberi respon,Mulut nya tak henti2 berloyar buruk,Dalam sebuah komuniti kekurangan satu elemen menyebabkan majlis tidak meriah,Keperluan kapada sikap satu2 individu sangat2 diperlukan..Sikap2 tersebut akan lengkap melengkap ditempat yang kurang....
Salah satu bahagian untuk buat laksa,Masa berkumpul mcm ni lah peralatan yang jarang digunakan boleh disaksikan oleh golongan muda,Walau macam mana pun lesung kayu bukan lah sesuatu yang ganjil disatu2 tempat.Kegunaan lesung kayu masih menjadi satu keperluan dimajlis kenduri dan ditempat2 keramaian.Yang berkerperluan masih menengengahkan lagi peralatan yang seperti ini..
Mengimbau dimasa lalu menyebabkan budaya menjadi semakin hidup,walau pun sekadar memerhati. :)
Bahagian ini merupakan salah satu yang paling penting apabila disebut gotong royong,Keperluan nya seperti tak nampak,tetapi hadirnya sangat2 diperlukan.Ternampak seperti tak berguna tetapi hadirnya memberi banyak makna,
Sebab2 utama gotong royong memerlukan penyertaan ramai,Banyak kerja mesti dibuat.Kekurangan dan kelebihan yang terjadi boleh diselesaikan bersama.
Bahagian yang paling penting didalam satu2 gotong royong.Bahagian ini mesti melibatkan semua peringkat umur,Tak kira muda atau tua,Bahagian ini merupakan kemuncak dalam semua acara.hehehe...
0 comments :
Post a Comment