Monday, 16 October 2017

Pernikahan adalah upacara pengikatan janji nikah yang dirayakan atau dilaksanakan oleh dua orang dengan maksud meresmikan ikatan perkawinan secara menurut ugama, menurut hukum, dan keadaan sosial. Upacara Pernikahan memiliki banyak ragam dan variasi menurut tradisi suku bangsa ugama dan budaya, maupun taraf sosial. Penggunaan adat atau aturan tertentu kadang-kadang berkaitan dengan aturan atau hukum ugama tertentu pula.
Pengesahan secara hukum suatu pernikahan biasanya terjadi pada saat dokumen tertulis yang mencatatkan pernikahan ditanda-tangani. Upacara pernikahan sendiri biasanya merupakan acara yang dilangsungkan untuk melakukan upacara berdasarkan adat-istiadat yang berlaku, dan kesempatan untuk merayakannya bersama kawan dan keluarga. Perempuan dan lelaki yang sedang melangsungkan pernikahan dinamakan pengantin, dan setelah upacaranya selesai kemudian mereka dinamakan suami dan isteri dalam ikatan perkawinan
Pada 16-10--2017 satu majlis menyambut menantu telah diadakan dirumah mohd radhi bin Ali, yang juga dikenali Ayah we saman.Majlis menyambut menantu ini diadakan kerana perkawinan anak lelakinya iaitu mohd rahmat bin mohd radhi.Menantu yang disambut bernama Siti Salmiah binti mustafa.Pengantin lelaki bekerja diladang rakyat,kampung cheting,tersat hulu terengganu dan berasal dari kampung bukit gemuroh sementara pengantin perempuan berkerja di latitude tree funiture ajil dan berasal dari kampung kolam Ajil.Majlis akad nikah pada 14-10-2017 ditempat pengantin perempuan.

Seperti biasa majlis kenduri kawin bermula diawal pagi dengan bergotong royong menyediakan lauk pauk seperti gulai daging kawah dan sayur2an.Diawal pagi juga gotong royong menyiang daging dan penyediaan lauk pauk.

Majlis makan bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang,sementara itu rombongan pengantin perempuan tiba pada pukul 11.30 pagi diiringi  dengan bacaan doa.Pukul 12.00 tengah hari majlis makan dengan kedua2 belah pengantin disertai dengan ahli rombongan.Rombongan pengantin perempuan telah bersurai pada pukul 1.00 tengah hari

Majlis menyambut menantu dirumah Mohd Radhi bin Ali berakhir pada pukul 5.00 petang.
SEKIAN
Tetamu menjamu selera.

JKKK Kg bukit gemuroh dan admin blog jkkk kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kapada kedua2 mempelai iaitu mohd rahmat dan Siti Salmiah. Semoga perkawinan ini kekal selama nya.Didoakan semoga perkawinan ini diberkati..INSHAA ALLAH.


DD Ice cream

DJ yang bertugas..Saudara Wan Fazrullah dan crew2nya

tetamu

Rombongan pengantin perempuan

Kawan-kawan yang datang menolong

Kawan-kawan yang datang tengok :)


Thursday, 12 October 2017

Laksa merupakan sejenis makanan yang popular diterengganu.Laksa boleh didapati dengan mudah dipasar2 malam dan dipasar2 biasa.Perusahaan laksa dibuat hanya tertumpu kapada orang perseorangan dan dibuat untuk jualan harian oleh pengusahanya.Membuat laksa merupakan sejenis perusahaan kecil dan sederhana.Perusahaan membuat laksa untuk jualan biasanya mendapat pinjaman dari agensi yang berkaitan.Perusahaan membuat laksa hanya tertumpu dibandar2 sahaja dan edaran nya keseluruh tempat,dipekan2 dan dikampung2.Walau pun laksa boleh didapati dengan mudah tetapi pembuatan laksa merupakan satu sejarah kapada yang ingin mengingati nya,kerana pembuatan laksa yang sekarang merupakan kesinnabungan dari pembuatan laksa sejak beratus2 tahun yang lalu.Cuma pembuatan laksa yang dulu lebih kapada mengerat silaturahim antara penduduk setempat dan bukan tertumpu kapada bentuk perniagaan.Setelah zaman menjadi semakin maju,sedikit demi sedikit cara hidup pun berubah disebabkan kehendak semasa yang semakin mendesak.Sedikit demi sedikit sesuatu yg menjadi tradisi pun ditinggalkan,Salah satu yang ditinggalkan itu ialah pembuatan laksa secara dulu2 atau pun pembuatan laksa secara tradisional..

Sejarah pembuatan laksa secara tradisional.

Pebuatan laksa secara tradisional lebih kapada untuk mengeratkan silatulrahim kerana ianya dibuat secara gotong royong yang melibatkan penduduk setempat.Biasanya pembuatan laksa dibuat kerana kejayaan dalam bertani,Disini tumpuan kejayaan ialah dalam penanaman padi,Sesudah penuaian padi dan mendapat hasil yang lumayan,pembuatan laksa akan dikerah oleh ketua ditempat tersebut.Pembuatan laksa merupakan cara untuk meraikan kejayaan mendapat padi baru kerana laksa dibuat mengunakan padi yang baru dituai.Tempat untuk membuat laksa biasanya ditepi2 sungai atau ditempat umum berkumpul,Boleh juga dikatakan pembuatan laksa secara beramai2 ini hanya lah untuk bersuka2 setelah berpenat lelah berkerja.Dalam sejarah zaman yang berlalu, kemudahan untuk membuat laksa sangat terhad,oleh itu pengunaan tenaga ramai sangat diperlukan.Perkara asas untuk membuat laksa ialah tepung beras,Tepung beras dizaman itu memang tak ada dijual dikedai2,jadi untuk tepung beras sahaja memerlukan tenaga bukan sedikit.Tepung beras dimasa itu perlu ditumbuk dengan mengunakan lesung kayu atau pemutar yang dibuat dari batu dan diputar mengunakan tangan.Sebab itu tenaga ramai diperlukan..Selain dari itu banyak lagi keperluan untuk membuat laksa,Dari dapur kayu,tempat pemutar kebok iaitu tempat tepung yg telah di uli diisi,kawah,kayu api dan peralatan lain seperti khemah dan sebagainya.Untuk membuat laksa memerlukan beberapa bahagian jenis kerja yang perlu disiapkan..menumbuk beras untuk dijadikan tepung beras,merebus tepung beras didalam daun pisang,menumbuk tepung beras yang sudah direbus,menguli dan mengisi kedalam kebok,setelah itu kebok diisi ditempat yang dibuat khas,selepas itu diputar mengunakan tenaga ramai.Disatu sudut lain penyediaan kuah laksa dibuat dan mesti disiapkan dimasa yang sama kerana laksa akan dimakan beramai2 ditempat laksa dibuat.Atas sebab2 kerumitan laksa dibuat,tenaga ramai diperlukan disemua peringkat,dari kanak2 sehingga keperingkat yang paling tua.Kejayaan membuat laksa secara tradisional ini bukan lah bergantung sangat kapada rasa laksa yang dimakan tetapi kejayaan nya bergantung kapada sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat.Maksudnya lebih ramai yang datang maka lebih lah kejayaan nya...

Pada 7-10-2017 jkkk kampung bukit gemuroh telah mengadakan gotong royong membuat laksa. Gotong royong ini diadakan kerana meraikan program bersama2 dengan Ahli Parlimen kawasan hulu terengganu dalam lawatan kerja nya kekampung bukit gemuroh.Program buat laksa ini telah diambil kesempatan oleh JKKK  kg bukit gemuroh dalam menhidupkan kembali tradisi yang telah lama dtinggalkan.Tradisi membuat laksa telah ditinggalkan sejak akhir tahun 70an.Sejak itu buat laksa secara tradisional telah ditinggalkan terus.

Program buat laksa dimulakan dgn membina dapur tanah iaitu tempat laksa hendak direbus,Pembuatan dapur ini agak rumit sedikit kerana dapur ini dibuat didalam tanah dan memerlukan  sedikit kemahiran,Tetapi tak jadi masalah sangat kpd yg dah biasa dgn kerja2 mcm ni.

Program bermula pukul 9 pagi dgn kerja2 mengadun semua bahan2 yang nak dibuat laksa.Riuh rendah peserta tak payah disebut,Kebanyakan yg muda2 ingin sangat melihat kemuncak buat laksa,kerana ini lah julung2 kali acara buat laksa sejak puluhan tahun yg lalu.Kemuncak buat laksa ialah memutar kebok dihangar yg dibina diatas dapur tanah.Ramai yg ingin mengambil bahagian dalam bahagian ini..

Acara yang paling akhir ialah makan laksa beramai2 setelah berpenat lelah.Makan merupakan satu bahagian yg paling top dan tidak sepatutnya dilepaskan,Program berakhir pada pukul 2.00 petang.
SEKIAN
Gotong royong buat laksa lebih mirip kapada bersuka2 atau main2,Sebab itu lah dalam banyak keadaan,biasa yang terjadi ramai yg hanya duduk2 dan bercakap2


Mok teh melah merupakan top leader dalam segenap bab,Dia merupakan tempat rujuk didalam banyak hal.Dalam pembuatan laksa dia merupakan salah seorang yang sentiasa bergelumang  sejak dari masa muda nya,dia merupakan salah seorang individu yang paling tua.Ilmu dan pengalaman yang ada pada nya hendaklah sentiasa digali supaya apa yang dia tahu sentiasa hidup..


Ramlee ismail sibuk memasukan adunan tepung beras kedalam kebuk,kebuk merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembuatan laksa secara tradisional.Umtuk memasukan adunan ini memerlukan tenaga yang bukan sikit.Adunan terpaksa dimampatkan sehingga benar2 penuh..Salah seorang tenaga penting dalam pembuatan laksa secara bergotong royong..

Kamarul salah seorang yg suka kedepan didalam satu2 gotong royong.Terlebih lagi dalam pembuatan laksa,kerana peluang membuatnya tersangat jarang dan mungkin ini lah yg pertama  kali untuk nya..


Tempat untuk merebus laksa .Kebok diputar mengunakan kayu dan laksa akan jatuh kedalam kawah yg disediakan.Dapur dibuat sebegitu rupa untuk memudahkan kerja.Rasa panas dari dapur tidak terasa kapad yg memutar kebok,kerana dapur terletak dibawah
Kamarul sentiasa beraksi..Dapur dalam tanah ini mempunyai beberapa bahagian seperti didalam gambar.Kayu tempat letak kebok dinamakan sebagai buaya.. (tak tau sebab2 nama ni diberi)


Pok meri atau Zamri mat som,sentiasa beriuh rendah,Terlebih2 kalau ramai yang memberi respon,Mulut nya tak henti2 berloyar buruk,Dalam sebuah komuniti kekurangan satu elemen menyebabkan majlis tidak meriah,Keperluan kapada sikap satu2 individu sangat2 diperlukan..Sikap2 tersebut akan lengkap melengkap ditempat yang kurang....

Salah satu bahagian untuk buat laksa,Masa berkumpul mcm ni lah peralatan yang jarang digunakan boleh disaksikan oleh golongan muda,Walau macam mana pun lesung kayu bukan lah sesuatu yang ganjil disatu2 tempat.Kegunaan lesung kayu masih menjadi satu keperluan dimajlis kenduri dan ditempat2 keramaian.Yang berkerperluan masih menengengahkan lagi peralatan yang seperti ini..

Mengimbau dimasa lalu menyebabkan budaya menjadi semakin hidup,walau pun sekadar memerhati. :)

Bahagian ini merupakan salah satu yang paling penting apabila disebut gotong royong,Keperluan nya seperti tak nampak,tetapi hadirnya sangat2 diperlukan.Ternampak seperti tak berguna tetapi hadirnya memberi banyak makna,

Sebab2 utama gotong royong memerlukan penyertaan ramai,Banyak kerja mesti dibuat.Kekurangan  dan kelebihan yang terjadi  boleh diselesaikan bersama.

Bahagian yang paling penting didalam satu2 gotong royong.Bahagian ini mesti melibatkan semua peringkat umur,Tak kira muda atau tua,Bahagian ini merupakan kemuncak dalam semua acara.hehehe...