Selamat Datang....
Laluan T115 adalah merupakan jalan utama atau pintu masuk ke Kampung Bukit Gemuroh
Friday, 16 December 2016
00:06
azram sulong
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 rabi ul awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 april 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Pada
15-12-2016 j3k kampung bukit gemuroh telah menyertai perarakan hari maulidur
rasul peringkat hulu terengganu,J3k kampung bukit gemuroh diketuai oleh saudara
shamsudin Ahmad dan pasukan berselawat
telah diketuai oleh cik puan hindun binti mamat,J3k bukit gemuroh disertai oleh 20 orang peserta..Peyertaan 20 orang itu terdiri dari golongan muda dan orang
dewasa serta dua orang kanak2 sebagai pembawa sepanduk..
Sebelum
dari tarikh perarakan peserta kampung bukit gemuroh telah mengadakan latihan
selama empat hari,Latihan itu hanya lah untuk melicinkan sahaja diperarakan
yang sebenar,Latihan itu mengambil masa hanya setengah jam sekali berlatih.
Perarakan dibandar kuala berang bermula pada pukul 9.00 pagi didepan pejabat JKR kuala
berang,(dewan komuniti) Perarakan telah disertai oleh lebih dari seratus pasukan yang terdiri
dari jabatan kerajaan, j3k,parti dan politik.Perarakan
telah diketuai oleh dato' Tengku putera Tengku Awang, ADUN kawasan telemong Dato’ Rozi Mamat dan MP hulu terengganu menyertai perarakan bersama2 dengan kepimpinan peringkat kampung...
Perarakan
sambil berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW berakhir didewan
majlis daerah kuala berang pada pukul 11.30 pagi.Penyampaian hadiah telah
disampaikan oleh Dato’ Tengku Putera Tengku Awang kapada pasukan yang terbaik
yang menyertai perarakan...SEKIAN,SEMOGA BEROLEH PAHALA...
00:03
azram sulong
Pada 16-12-2016 Ahli jawatan kuasa masjid kampung bukit gemuroh telah mengadakan sambutan hari lahir junjungan nabi besar Muhammad SAW.Sambutan berupa berselawat keatas junjungan nabi selepas solat jumaat dan diikuti dengan jamuan yang telah disediakan...
Sebelum dari itu JKKK kampung bukit gemuroh telah mengadakan gotong royong sempena dengan sambutan hari maulidur rasul.Gotong royong berupa membersihkan kawasan masjid,membersih tanah perkuburan,bersih tepi jalan,mengutip sampah sarap,langskap..Gotong royong telah disertai oleh pemuda kampung,J3K,AJK Masjid serta penduduk kampung bukit gemuroh...Sekian
Sunday, 2 October 2016
03:07
azram sulong
Nampak seperti perkawinan diraja
Pada 2-10-2016 satu majlis walimatulurus telah diadakan dirumah saudara Ton Jiwa Teratur bin ton jusuh kerana meraikan perkawinan anak perempuannya iaitu Wan Noor Hafsah binti Ton Jiwa teratur dengan pasangan nya Mohd Firdaus bin M.Hasan.Akad nikah dilangsungkan dimasjid kampung bukit gemuroh pada 1-10-2016 pada pukul 9.30 malam
Pengantin lelaki juga
berasal dari kampung bukit gemuroh (makna nya sakni nikah sama sekampung).Kedua2
nya bekerja dipusat latihan bomba di wakaf tapai (senang kira,jumpa kat nung
lah ning)
Majlis ini diadakan dengan
gilang gemilang,Sejak pagi penduduk kampung bertukus lumus menyediakan lauk
pauk,Tuan rumah telah menumbangkan tiga ekor lembu,(tuan rumah banyak lembu
boh) Dengan tiga ekor lembu majlis biasanya sangat sibuk kerana jemputan tentu
ramai,Majlis makan seawal jam 11.00 pagi dan rombongan pengantin lelaki akan
tiba pukul 12.00 tengah hari.Dengan atur cara yang macam itu memerlukan tenaga
yang bukan sedikit.
Cabutan nombor bertuah
telah diadakan,Acara telah dikendalikan oleh juru hebah yang disewa
khas.Disamping itu DJ telah mengadakan beberapa acara sampingan untuk
memeriahkan lagi majlis walimatulurus.
Menu.
Nasi kawah.
Gulai daging kawah,Tujuh
kawah
Sayur Umbut.
Sambal.Ikan kering Goreng.
Gulai ikan.
Lain2..Bubur,Akod Kedut.Chef
akod kedut telah dibawa dari wakaf tapai.
(tenguk toh,gi sender dok mudah kekawan toh,huhuhu)
Semoga perkawinan ini kekal
bahagia selamanya...
Admin blog JKKK kampung
bukit gemuroh dan JKKK kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru
kapada dua mempelai.
gambar2>>>>>
Permaufakatan
semangat gotong royong seperti ini bergantung juga kapada tuan punya kerja,kalau tuan kenduri sentiasa ada ditengah masyarakat (tolong kerja kuit orang) orang yang akan tolong sehingga kerja selesai,yg datang tolong menjadi sangat ramai.tapi kalau seseorang itu kurang ditengah masyarakat juga tak perlu bimbang kerana akan sentiasa ada yang akan tolong,Bak kata orang,kalau malu pun orang kampung kita jgk seandainya satu2 majlis tidak berjaya disebabkan tak ada orang yg datang.Perlu juga diketahui,bergotong royong mesti ada elemen,yg bekerja,yg arah2,yang duduk2,yg berloyar buruk,yang makan2,yg berkenal2an,Tempat seperti ini sebaik tempat untuk mengeratkan silatulrahim...
untuk memeriahkan suasana akan ada yang bergurau berlebihan,sebenarnya nak ikat tali nak tambat kaki lembu supaya senang untuk menyiang.. #mat isan
kualiti tinggi daging ni,sampai teringat2 ketika menyiangnya
Acara makan pagi
Acara buat air
penduduk kg bukit gemuroh kebanyakan nya layak menjadi chef
terasa tinggi nilainya
(bakar akod kedut),tempat bakar akod ni beharga rm 400 untuk satu set.Dibuat dari tembaga tulin.
DJ
Tetamu>>>
Sesuatu yang mesti dibaiki dikhemah makan,meja tak sepadan dgn kerusi,kerusi banyak tapi meja tak ada.Makan terpaksa ikut stail allahyarham tan sri p.ramlee seperti dlm filem arahan nya.Tenguk gambar kat bawah..Perkara yang seperti ini terjadi dikebanyakan kampung di hulu terengganu.
lagu oleh tan sri s.m.salim
catitan:admin banyak tepengaruh kapada membuat blog race moto,sbb tu sentiasa ada perkataan acara,harap maaf deh..
Friday, 16 September 2016
05:54
azram sulong
Pada 16-9-2016 satu majlis
menyambut menantu telah diadakan dirumah saudara Hasan bin Muhamad kerana
meraikan perkawinan adik iparnya iaitu
Muhamad Taufik bin Mokhtar dengan pasangan nya Muliyati bt Ibrahim.Akad nikah dilangsungkan
dimasjid kampung Matang pada 13-8-2016..
Muhamad taufik merupakan
penduduk kampung bukit gemuroh dan Muliyati berasal dari kampung matang kuala
berang...Kedua2 nya bekerja dihospital kuala berang...
Majlis ini diadakan dengan
sederhana sahaja tetapi meriah dengan kehadiran keluarga dikedua belah pihak
serta penduduk kampung bukit gemuroh,Selepas solat jumaat satu majlis doa selamat telah diadakan untuk menambah berkat majlis sambut menantu sempena perkawinan Muhamad Taufik dan Muliyati...Semoga perkawinan ini kekal bahagia
selamanya...
Admin blog JKKK kampung bukit
gemuroh dan JKKK kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru
kapada dua mempelai blog
Gambar-gambar>>>>>>>>
tiga orang mat bangla sesat,hahahaha...
Sunday, 4 September 2016
05:58
azram sulong
Pada 3-9-2016 belia 4b kampung bukit gemuroh telah menganjurkan satu pertandingan bolasepak pasir tertutup kampung bukit gemuroh.Acara ini telah diadakan dipasir sungai tersat iaitu di pengkalan tengah.Acara ini telah disertai oleh belia2 yang berumur dari 13 tahun sehingga belia2 tua (keh keh keh).
Walau pun pertandingan
ini mirip kapada sukan tetapi acara ini lebih kapada merapatkan antara penduduknya
kerana pada acara ini telah diadakan jamuan makan seolah2 seperti
berkelah.Telah disertai oleh ramai warga kampung dari yang semuda2nya hingga
kapada yang tua.Untuk memeriahkan lagi acara bolasepak pasir,penganjur telah
mengadakan satu game penyertaan ramai iaitu teka biji betik.Teka biji betik
telah dimenangi oleh adik nurul farisya bt nayusdi.
Dipagi2 lagi kaum mak
telah memasak lauk pauk ala kampung dan memasak nasi kawah untuk hidangan
kapada penduduk kampung dan peserta bolasepak pasir.Lauk berupa sayuran kampung,ikan
panggang,ikan singgang serta budu,petai jeruk pun ada jugak(hehehe)
Acara bolasepak pasir
bermula pada pukul 8.00 pagi dengan lapan kumpulan telah mengambil bahagian
dengan satu kumpulan mempunyai enam orang pemain,nama kumpulan seperti berikut,
1 1) Kumpulan ikan rong
2 2) Kumpulan ikan kelah
3 3) Kumpulan ikan kaloi
4 4) Kumpulan ikan kawang
5 5) Kumpulan ikan butal
6 6) Kumpulan ikan belida
7 7) Kumpulan ikan terbol
8 8) Kumpulan ikan seluang
(nama
kumpulan yang berbau kampung,tapi nama butal berbau bandar boh!!!..hehehe)
Acara telah dilangsung
secara liga,mata yang tertinggi akan bermain diperlawanan akhir.Pada pukul 2.00
petang jamuan makan tengah hari untuk semua yang hadir dan pelawanan akhir
telah diadakan pada pukul 2.15 petang dengan kumpulan ikan rom telah menjadi
juara serta kumpulan ikan seluang telah menjadi naib juara.Pada pukul 2.30 petang
telah diadakan majlis penyampaian hadiah..Penyampaian hadiah telah
disempurnakan oleh pengerusi JKKK Kampung bukit gemuroh iaitu En Rashid bin
Ismail,sekian..maju lah sukan untuk suka-suka...
Gambar-gambar>>>>>>
Masa kemuncak
penonton dan tukang masak
Tukang makan
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)