Sunday, 2 October 2016


Nampak seperti perkawinan diraja

Pada 2-10-2016 satu majlis walimatulurus telah diadakan dirumah saudara Ton Jiwa Teratur bin ton jusuh kerana meraikan perkawinan anak perempuannya iaitu Wan Noor Hafsah binti Ton Jiwa teratur dengan pasangan nya Mohd Firdaus bin M.Hasan.Akad nikah dilangsungkan dimasjid kampung bukit gemuroh  pada 1-10-2016 pada pukul 9.30 malam
 Pengantin lelaki juga berasal dari kampung bukit gemuroh (makna nya sakni nikah sama sekampung).Kedua2 nya bekerja dipusat latihan bomba di wakaf tapai (senang kira,jumpa kat nung lah ning)
Majlis ini diadakan dengan gilang gemilang,Sejak pagi penduduk kampung bertukus lumus menyediakan lauk pauk,Tuan rumah telah menumbangkan tiga ekor lembu,(tuan rumah banyak lembu boh) Dengan tiga ekor lembu majlis biasanya sangat sibuk kerana jemputan tentu ramai,Majlis makan seawal jam 11.00 pagi dan rombongan pengantin lelaki akan tiba pukul 12.00 tengah hari.Dengan atur cara yang macam itu memerlukan tenaga yang bukan sedikit.


Cabutan nombor bertuah telah diadakan,Acara telah dikendalikan oleh juru hebah yang disewa khas.Disamping itu DJ telah mengadakan beberapa acara sampingan untuk memeriahkan lagi majlis walimatulurus.
Menu.
Nasi kawah.
Gulai daging kawah,Tujuh kawah
Sayur Umbut.
Sambal.Ikan kering Goreng.
Gulai ikan.

Lain2..Bubur,Akod Kedut.Chef akod kedut telah dibawa dari wakaf tapai.
(tenguk toh,gi sender dok mudah kekawan toh,huhuhu)

Semoga perkawinan ini kekal bahagia selamanya...

Admin blog JKKK kampung bukit gemuroh dan JKKK kampung bukit gemuroh mengucapkan selamat pengantin baru kapada dua mempelai.

gambar2>>>>>

Permaufakatan
semangat gotong royong seperti ini bergantung juga kapada tuan punya kerja,kalau tuan kenduri sentiasa ada ditengah masyarakat (tolong kerja kuit orang) orang yang akan tolong sehingga kerja selesai,yg datang tolong menjadi sangat ramai.tapi kalau seseorang itu kurang ditengah masyarakat juga tak perlu bimbang kerana akan sentiasa ada yang akan tolong,Bak kata orang,kalau malu pun orang kampung kita jgk seandainya satu2 majlis tidak berjaya disebabkan tak ada orang yg datang.Perlu juga diketahui,bergotong royong mesti ada elemen,yg bekerja,yg arah2,yang duduk2,yg berloyar buruk,yang makan2,yg berkenal2an,Tempat seperti ini sebaik tempat untuk mengeratkan silatulrahim...

untuk memeriahkan suasana akan ada yang bergurau berlebihan,sebenarnya nak ikat tali nak tambat kaki lembu supaya senang untuk menyiang.. #mat isan

kualiti tinggi daging ni,sampai teringat2 ketika menyiangnya

Acara makan pagi

Acara buat air

penduduk kg bukit gemuroh kebanyakan nya layak menjadi chef

terasa tinggi nilainya

(bakar akod kedut),tempat bakar akod ni beharga rm 400 untuk satu set.Dibuat dari tembaga tulin.



DJ


Tetamu>>>
Sesuatu yang mesti dibaiki dikhemah makan,meja tak sepadan dgn kerusi,kerusi banyak tapi meja tak ada.Makan terpaksa ikut stail allahyarham tan sri p.ramlee seperti dlm filem arahan nya.Tenguk gambar kat bawah..Perkara yang seperti ini terjadi dikebanyakan kampung di hulu terengganu.




lagu oleh tan sri s.m.salim

catitan:admin banyak tepengaruh kapada membuat blog race moto,sbb tu sentiasa ada perkataan acara,harap maaf deh..

0 comments :

Post a Comment