Tuesday, 27 January 2015

 (Walimatulurus versi wikipedia)

Tujuan walimatulurus

Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

Adab walimatulurus

Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti
  1. dilakukan selepas akad nikah;
  2. menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan;
  3. bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.

Agenda walimatulurus

Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus, etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan, namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya. Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain. Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.
Pada 23hb jan 2015 hingga 24hb jan 2015 telah diadakan majlis walimatulurus untuk menyempurnakan perkahwinan Nurlisa Atikah bt Zahari dengan pasangan nya Mohd Naaim bin Zakrah.Pengantin perempuan berasal dari kampung bukit Gemuroh dan pengantin lelaki berasal dari negeri melaka,Kedua2 nya merupakan kaki tangan kerajaan yang bertugas di negeri pahang.
Pada 23hb jan 2015 merupakan hari meletak kerja dengan disertai oleh penduduk kampung,Kerja2 dihari pertama merupakan kerja2 dasar seperti mendirikan khemah untuk memasak dan khemah untuk jamuan.Pada hari pertama semua kerja dasar mesti diselesaikan untuk mengelakan kelam kabut pada hari kedua iaitu hari kenduri walimatulurus.Kerja2 dasar  seperti menyediakan rempah ratus,bahan bakar,periuk kuali,kerusi meja dan sebagainya..
Dua minggu sebelum majlis walimatulurus biasa nya tuan kenduri iaitu En Zahari akan memanggil mesyuarat terlebih dahulu untuk melicinkan lagi majlis.Ahli mesyuarat biasa nya dipanggil dikalangan orang penting didalam kampung seperti ketua kampung,Imam Bilal,ketua2 pemuda dan jiran tetangga selain waris2 yang terdekat.Ahli2 mesyuarat akan diberi tugas masing2 pada mesyuarat yang diadakan...
Pada hari kedua majlis aliesa & naaim pada 24hb jan 2015 mempunyai aturcara yang ketat dengan dipagi hari seawal jam 8 pagi gotong royong oleh penduduk kampung dengan menyiapkan lauk pauk untuk menerima tetamu seawal jam 11pagi.Pada majlis walimatulurus alies/naaim dua ekor lembu disediakan selain dari lauk pauk lain seperti ayam dan sayur2an.

Semua peringkat penduduk kampung telah hadir  termasuk pemuda,ahli mesyuarat dan saudara mara..
 Majlis persandingan diadakan pada tengahari dan dihadiri oleh kedua2 belah pengantin perempuan dan lelaki.Boleh dikatakan majlis yang dibuat satu majlis yang gilang gemilang untuk meraikan kedua2 pengantin.Majlis berakhir pada pukul 6 petang,Sekian

>>>>>SELAMAT PENGANTIN BARU KAPADA NURLISA ATIKAH DAN MOHD NAAIM dari admin blog jkk kg bukit gemuroh serta JKK kg bukit gemuroh semoga kekal abadi<<<<<


Catitan admin 1:Majlis akad nikah pada pukul 11.00 pagi 24hb jan 2015 setelah bertunang selama 1 jam pada hari tersebut..

Catitan admin 2:Admin telah hadir pada hari itu dan rasa tak puas makan lauk gulai daging nya,sedap sangat,admin rasa nak tambah tapi malu pulak,maklum lah orang ramai sangat.Bimbang jugak orang senyum2 tenguk,kikikikiki...




0 comments :

Post a Comment